🔔23

40 6 0
                                    

Para pengunjung mula memenuhi gerai-gerai yang menjual aneka makanan dan snek.

Jibin dan Seol berjalan ke arah gerai street foods.

"Hello girls~" Dokyeom menyapa dua gadis itu.

"hi, Dokyeom! Semua makanan ni kau masak sendiri ke?" soal Jibin , lalu dia menyucuk lidi kecil pada seketul kek beras dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Hey! Tak senonoh betul perempuan ni!" Moonbin menampar lengan Jibin. Gadis itu hanya tersengih.

"Sedap~" puji Jibin.

"Yelah, takkan aku nak suruh mummy aku datang masak lepas tu halau dia balik? Begitu?" sindir Dokyeom.

"Tanya je. Janganlah marah!" Jibin mencebik.

"Dey , kasi tapau!" sampuk Seol.

"Layan diri ya, kau ingat kau cantik?!" Moonbin bercekak pinggang.

"Eh? Apa kaitan? Itulah, dalam kelas cikgu mengajar kau main-main. Inilah jadinya, bodoh!" sindir Seol sambil menjeling Moonbin.

"Dah la kata aku bodoh, dia boleh jeling! Dokyeom, kau tengok perempuan ni!" adunya pada Dokyeom.

"Yaish! Jugullae?!" Dokyeom menghalakan senduk ke arah Seol.

"Eh ingat aku takut dengan senduk kau?!" Seol pula yang bercekak pinggang.

Jibin menepuk dahi. Kalau berjumpa, tak gaduh tak sah!

"Kau dah lambat, Seol! Byul tengah tunggu kau. Jumpa lagi kuda dan kambing!" Jibin melambai ke arah Dokyeom dan Moonbin.

"WTF?!" mereka saling berpandangan.



..

Jibin menolak Seol masuk ke dalam bilik mesyuarat yang menjadi bilik persalinan untuk semua peserta pertunjukkan fesyen.

"Ha, sampai pun! Jom, salin baju cepat." Byul mengheret Seol masuk ke ruangan untuk menukar pakaian. Jibin juga turut ikut mereka.

"Takkan aku nak buka baju depan korang?" soal Seol.

"Bukan suruh kau berbogel pun, kau pakai pakaian dalam kan? Kau buat teruk kenapa?" bebel Byul. Seol menjeling Byul.

Jibin menyerahkan gaun putih tersebut kepada Seol untuk disarungkan ke tubuhnya. Baru sahaja Jibin hendak menarik zip baju itu, Byul menepis tangan Jibin.

"Sekejap," Byul mengetatkan lagi tali baju dalam milik Seol.

"Hoi! Sakitlah, perempuan!" jerit Seol.

"Diamlah! Kau kena naikkan sikit baju dalam kau, barulah cantik." ujar Byul. Seol hanya merelakan dirinya diperlakukan begitu.

"Jibin, kau make up dia ya. Aku nak dandan rambut dia yang serabut ni." kata Byul lalu dia menyediakan segala peralatan untuk mendandan rambut Seol. Manakala , Jibin pula melakukan tugas yang diberikan.


..

Setelah 30 minit mereka membuat perubahan terhadap Seol, mereka tersenyum puas. Namun, senyuman Byul mati apabila dia merasakan ada sesuatu yang kurang.

"Wait, ada sesuatu yang kurang." Byul mengambil begnya dan mengeluarkan sesuatu. Sebuah flower crown dan veil. Dia menghampiri Seol lalu memakaikan flower crown tersebut di atas kepala Seol.

"Perfect!" Ujarnya sambil tersenyum puas.

Seol benar-benar nampak seperti seorang pengantin. Baju gaun yang direka khas oleh Byul itu menaikkan seri wajahnya. Gaun panjang yang tidak terlalu kembang, manik-manik yang tidak berlebih, ropol-ropol kecil yang dijahit kemas, bahagian dadanya pula tak terlalu terdedah walaupun gaun itu tidak berlengan.

Tidak hanya mereka yang terpana melihat kecantikkan Seol, malah peserta lain juga turut terpesona dan iri hati melihat gaun yang direka oleh Byul.

"Cantik gila, Kim Seol! Tak nampak macam Seol yang bergaduh dekat kedai budak berdua tadi!" puji Jibin sambil tersenyum.

"Diam!" Seol menjeling Jibin.

"Pegang bunga ni." Byul menghulur sejambak bunga ros merah yang dihiasi dengan bunga baby breath.




...

Jibin melabuhkan punggungnya di kerusi penonton di bahagian depan, berdekatan dengan pentas. Sedang dia sibuk dengan media sosialnya, seorang lelaki melabuhkan punggung di sebelah Jibin.

Gadis itu tidak langsung terfikir untuk melihat siapa lelaki di sebelahnya.

"Sibuk nampak?" tegur lelaki itu. Jibin tahu suara lelaki itu. Dia terus menoleh.

"Eh, kamu?" Jibin terkejut.

"Hai, noona!" Choi Soobin tersengih.

"Hㅡhai!" ucap Jibin dengan kekok lalu dia kembali memandang telefon bimbitnya.

"noona tak masuk pertunjukkan ni? Mesti cantik kalau noona jadi model." ujar Soobin.

Jibin hanya membiarkan jejaka di sebelahnya itu bercakap sendirian. Baru sahaja dia mengangkat muka, kerusi kosong sebelah kirinya pula diduduki oleh lelaki yang juga dia kenali. Dari ekspresi wajahnya, nampak seperti dia masih marahkan gadis itu.

"Apa pandang-pandang?" dingin suaranya menyoal Jibin.

"Perasan!" Jibin terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Nak beralih ke arah kanan, ada Soobin pula. Pening kepala dibuatnya.

"macam ni ke cara kau menghadap si gila tu? Kau cuma biarkan aje dia ikut kau ke sana ke sini. Silap aku sebab sukakan perempuan degil macam kau ni. Sekali pun kau tak pernah ikut cakap aku." kata Seungwoo tanpa memandang wajah Jibin.

Jibin yang sedang menaip di telefon bimbitnya terhenti mendengar apa yang Seungwoo katakan.

"Kalau macam tu, tak payah simpan perasaan pada saya. Saya pun takkan balas cinta awak, Encik Han Seungwoo." Jibin tersenyum sinis apabila melihat wajah lelaki itu yang rasa tercabar.

"Lagi satu, awak bukan teman lelaki saya. Kenapa saya perlu ikut cakap awak? Betul tak apa yang saya cakap ni?"

Seungwoo hanya membiarkan soalan itu sunyi sepi tanpa jawapan. Hati lelakinya benar-benar tercabar. Namun, kata-kata Jibin lagi membuatkan dia ingin memiliki gadis itu.

"Jangan kau yang termakan dengan kata-kata kau, sayang." lembut kata-katanya namun cukup untuk membuat hati gadis itu bagai tertusuk panah beracun.



Kini pertunjukkan bermula.

"Selamat datang semua, sekarang kita akan mulakan pertunjukkan fesyen untuk festival kokurikulum pada tahun ini. Kepada sesiapa yang belum tahu, tema pada tahun ini adalah 'Wedding'."

"Baiklah, mari kita mulakan dengan model pertama kita. Gaun pengantin zaman British yang direka semula oleh peserta kita, Kim Jisoo. Gaunnya ala-ala gaun yang dipakai oleh wanita Greek di suatu masa dahulu. Rekaannya agak unik dan cantik."

Designer Jisoo keluar bersama modelnya dan bergaya di atas pentas.

Setelah mereka kembali ke belakang pentas, kini tiba giliran peserta seterusnya iaitu Byul dan Seol.

"Model seterusnya menggayakan gaun yang cukup indah sehingga mampu membuatkan semua orang terpesona. Rekaanya cukup cantik, jahitan yang kemas dan teliti. Gaun ini direka khas oleh peserta Kim Byul!"

Byul dan Seol berjalan ke atas pentas untuk menggayakan gaun tersebut. Tiba-tiba Seol berhenti di tengah pentas apabila dia ternampak seperti seseorang yang dia kenali.

Para penonton memandangnya dengan penuh tanda tanya. Byul menyikunya.

"Wae?" bisiknya. Seol menggeleng lalu dia menggayakan gaun itu semula sebelum dia kembali ke belakang pentas.

Sebaik dia turun dari pentas , dia terus berlari keluar dari bilik mesyuarat dengan gaun tersebut.

Dia mengejar seseorang dengan gaun itu tanpa mempedulikan orang-orang yang melihatnya. Lelaki yang dikejarnya itu berlari sepantas mungkin.

"Kang Seungsik!" jerit Seol.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now