🔔28

47 8 0
                                    

Seol menolak pintu bilik wad Seungsik. Kelihatan lelaki itu sedang berehat di atas katil.

Langkah diatur perlahan menghampiri katil. Jambangan bunga dan thermos yang berisi bubur diletakkan di atas meja.

Wajah Seungsik ditatap lama sambil tersenyum. Dia lega apabila Seungsik sudah berada di depan matanya sekarang. Perlahan-lahan wajah Seungsik dibelainya.

"Seol, bila kau datang?" Seungsik yang rasa terganggu lenanya terus mencelikkan mata.

Seol pantas menarik tangannya sambil tersenyum kekok. "Baru je. Aku ganggu kau ke?"

Seungsik menggeleng sambil tersenyum.

"Aku minta maaf, Seol." wajah Seol ditatap dengan penuh rasa bersalah.

"Untuk apa?" soal Seol lembut.

"Sebab pergi tanpa bagitahu kau apa-apa. Kau nak dengar alasan aku sekarang?"

Seol mengangguk kecil. Dia ingin mendengar alasan lelaki itu meninggalkannya sendirian.

Tiba-tiba pipinya meronah merah lalu dia menoleh ke arah lain. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia sudah bersedia atau tak untuk memberitahu alasannya.

"Lah, apahal kau ni?" Seol terpinga-pinga.

"Kㅡkau dengan Chimon ada apa-apa ke?" soalnya tanpa memandang Seol.

"Chimon? Tak adalah. Kenapa kau fikir macam tu pula?"

"Betul ke? Kau memang tak ada perasaan pada dia?" kali ini dia memandang wajah Seol.

"Tak. Aku dengan dia cuma kawan biasa. Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni, setan?" Seol merenung tajam wajah Seungsik sambil berpeluk tubuh. Geram pula bila terhegeh-hegeh macam ni!

Matanya dialihkan ke arah lain.

"Sebenarnya, aku cemburu kau rapat dengan Chimon. Aku fikir kau dengan dia ada hubungan jadi aku pindah sekolah supaya dapat jauhkan diri dari kau." jelas Seungsik.

Suasana itu menjadi sunyi untuk beberapa saat sebelum tawa Seol meletus.

Seungsik bengang. Boleh pula dia gelak sampai nak terkeluar anak tekak.

"Seol," suaranya tegas. Serta-merta tawanya terhenti.

"Aku suka kau" kata-kata yang baru sahaja keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Seol terdiam tak berkutik.

"Aku sedar diri aku. Aku dah lah tembam, senyum macam Sticth, muka macam kentang, tak kacak macam si Chimonㅡ"

"Siapa kata?" sampuk Seol.

"Tak payah tanya macam bukan kau yang kata eh! Aku tumbuk muka kau!" Seungsik merengus geram. Seol tersengih.

"Yeke? Aku cakap? Em, mungkin masa tu aku tak ada hati dekat kau lagi kot." Selamba Seol berkata. Seungsik memandang wajah Seol.

"kau cakap apa?"

Seol melabuhkan punggung di sisi katil Seungsik. Tangan Seungsik dielus lembut lalu dikucup lama.

"Bila kau tinggalkan aku, masa tu baru aku sedar yang aku sebenarnya sayangkan kau lebih dari seorang kawan." ujar Seol membuatkan Seungsik tersenyum lebar.

Tanpa berkata apa-apa, Seungsik terus mengucup bibir Seol.

Di sebalik pintu, ada seseorang yang sedang tersenyum memandang mereka.





                                •••••

Perutnya dipegang dek kesakitan yang menyerang tiba-tiba. Dia hampir saja pitam di hadapan kelas.

Mata-mata yang memandangnya sambil ketawa mengejek langsung tak dihiraukan.

Tiba-tiba pinggangnya diikat dengan sehelai blazer untuk menutupi kesan tompokkan darah pada kainnya.

"Mari pergi ke bilik kesihatan." lelaki itu membawa Byul ke bilik kesihatan.

..

Tubuh Byul dibaringkan di atas katil.

"Terima kasih, Seungyoun." Byul tersenyum nipis. Seunyoun melabuhkan punggung di sisi katil sambil menatap wajah Byul. Jari-jemarinya merapikan anak rambut Byul yang basah kerana peluhnya.

"kau nak pain killer? Aku boleh minta pada Cikgu."

Byul menggeleng.

"Tak perlu. Aku cuma perlu tidur, nanti hilanglah sakit ni." jawab Byul.

"Betul ni?" Seungyoun menginginkan kepastian. Byul mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Okay. Tidurlah." Seungyoun menepuk perlahan peha Byul bagai mendodoi anak kecil. Byul menggenggam erat tangan Seungyoun sebelum matanya terpejam dan masuk ke alam mimpi yang indah.

"Sweet dream, Princess~" Seungyoun tersenyum kecil.





                                  ••••

Jibin sibuk memasak di dapur dengan perasaan yang teruja. Maklumlah, ini makan malam pertama Seungwoo bersama keluarga Jibin.

"Jibin, kalau sudah selesai semua kamu naiklah ke atas tukar baju. Biar omma yang hidangkan makanan. Takkan kamu nak jumpa Seungwoo dengan keadaan yang comot ni?" ujar Puan Kim.

"Jibin dah siap masak. Jibin naik atas dulu ya." Jibin tersenyum lebar lalu dia berjalan untuk ke biliknya.

Puan Kim lega apabila keadaan sudah semakin baik seperti sebelumnya. Dia tidak perlu risau lagi tentang Jibin kerana Seungwoo ada untuk melindunginya.


...

Jibin membuka pintu rumahnya apabila loceng bergema di dalam rumah mereka.

Seungwoo tersenyum manis sambil memegang jambangan bunga.

"Hai!" ucapnya lalu menghulurkan bunga tersebut.

"Terima kasih. Marilah masuk, omma dan Subin dah tunggu dekat dalam." tangan Seungwoo ditarik lalu pintu ditutup.

Mereka berjalan ke arah meja makan. Subin dan Puan Kim tersenyum.

"Hyung! Apa khabar?" sapa Subin mesra.

"Baik. Kamu sihat? Makcik Sihat?" giliran Seungwoo pula bertanya khabar.

"Syukur, kami sihat seperti selalu. Duduklah, Seungwoo." pelawa Puan Kim.

Mereka semua mula menjamu selera sambil berbual mesra.

"Hyung, macam mana hyung tahu tentang Lee Eun Chae tu? Muka dia memang betul-betul sama macam noona ke?" Subin tiba-tiba membangkitkan isu itu.

Semua mata menumpukan ke arah Seungwoo.

"Sebenarnya, Lee Eun Chae tu adik sepupu saya. Saya baru dapat tahu yang mendiang Hae Jin bunuh dia. Tiba-tiba saya jumpa Jibin dan saya agak terkejut bila tengok muka dia." jelas Seungwoo.

Riak wajah Jibin tiba-tiba berubah. Chopstick dihempas ke atas meja.

"Awak tak ikhlas pun dengan saya, kan? Awak buat semua ni sebab wajah saya seiras dengan wajah adik sepupu awak je?" Jibin tersenyum sinis. Dia segera bangun dari kerusi dan terus naik ke biliknya.

"Jibin!" Puan Kim memanggil anaknya namun panggilannya langsung tak diendahkan.

Mereka semua hanya mampu mengeluh.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now