🔔16

40 7 0
                                    

Seminggu berlalu sejak Hangyul tinggalkan mereka. Selama seminggu juga Byul tidak datang ke sekolah dan selalu ke pusara Hangyul untuk meluahkan perasaannya.

Ditambah lagi Seungsik yang sudah berpindah ke sekolah lain tanpa memberitahu apa masalahnya.

Kini mereka rasa sunyi.

Seol dan Jibin membuat hal mereka masing-masing.

"Seol, Jibin!" satu suara memanggil nama mereka. Serentak dua gadis itu menoleh.

"Kang Byul!" Segera mereka memeluk tubuh Byul. Mereka tersenyum gembira.

"Kau okay ke, Byul?" soal Seol. Byul mengangguk sambil tersenyum.

"Baguslah kalau kau dah okay." Jibin mengusap rambut Byul.

"Bantu aku untuk jalani hidup aku yang seterusnya." pinta Byul.

"Mestilah kami akan bantu kau, kau kan kawan kitorang." ujar Seol. Jibin mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang Seol katakan.

"Terima kasih." Ucap Byul. Meskipun dia tersenyum, namun hatinya belum sembuh sepenuhnya. Dia masih tak dapat melupakan cinta pertamanya.

"Kau kena sentiasa kuat." Yohan yang baru muncul menepuk lembut bahu Byul.

"Terima kasih, Yohan." Ucap Byul sambil tersenyum.






Tiga sahabat itu berjalan menuju ke kantin, tiba-tiba pinggang Jibin dirangkul erat oleh seseorang. Jibin segera menepis.

"Park Hae Jin! Apa yang awak cuba buat ni?!" herdik Jibin.

"I miss you so much, Jibin!" ujar Hae Jin dengan nada sayu.

"Sudahlah , Hae Jin! Kenapa awak buat macam ni depan orang ramai? Tak malu ke? Saya tak suka awak!" jerit Jibin yang sudah hilang tahap kesabarannya.

"Tapi aku suka kau!" lengan Jibin digenggam erat sehingga mengundang kesakitan di lengan gadis itu.

"arghh! Lepaslah, Hae Jin! Sakit!" Jibin cuba melepaskan pergelangan tangannya.

"Sunbae! Apa sunbae buat ni? Lepaskan Jibin!" Jerit Seol. Dia turut cuba untuk melepaskan tangan Hae Jin yang sedang menggenggam kasar lengan Jibin.

"Ke tepi!" Seol ditolak kasar sehingga jatuh tersungkur ke lantai.

"Tak guna!"

Dushh!

Satu tumbukan dilayangkan ke wajah Hae Jin membuatkan lelaki itu jatuh ke lantai.

"Aku paling pantang lelaki tak guna macam kau ni pukul perempuan!"

"Seungsik!" Seol terkejut melihat tindakan lelaki itu. Namun, dia segera menyedarkan dirinya. Ternyata itu bukan Seungsik, lelaki itu adalah Chimon.

"Jangan masuk campur urusan aku! Aku cuma nakkan Jibin!" tubuh Jibin ditarik kasar dan rapat dengannya.

"Jibin!" Byul menjerit ketakutan melihat Hae Jin yang sudah menjerut leher Jibin dengan tali lehernya.

"Jangan dekat! Kalau korang dekat, aku bunuh dia! Aku lebih rela kau mati daripada kau jatuh ke tangan orang lain!" kata Hae Jin.

"Lㅡlepas!" Jibin cuba meloloskan dirinya namun kudrat Hae Jin lebih kuat.

Gedebuk!!

Hae Jin dan Jibin jatuh tersungkur ke lantai apabila belakang Hae Jin ditendang kuat oleh seseorang.

Tubuh Jibin segera ditarik menjauhi Hae Jin.

"Jangan ganggu kakak aku! Kalau aku tahu niat kau sebelum ni, dah lama aku bunuh kau!" herdik Subin sambil memeluk erat tubuh Jibin.

"Subin-ah!" air mata Jibin mengalir laju.

Guru disiplin datang bersama guru besar.

"Apa yang berlaku di sini?!"





                                •••••

Seol mengurut bahunya yang terasa sakit akibat ditolak oleh Hae Jin tadi. Tiba-tiba dia terfikirkan tentang tindakan Chimon.

Chimon melabuhkan punggungnya di tempatnya tanpa memandang Seol.

"Terima kasih." ucap Seol.

"Untuk apa kau berterima kasih?" soal Chimon dengan nada dingin seperti selalu.

"Tadi kau tolong akuㅡ"

"jangan perasanlah! Aku tak ada pun cakap yang aku buat tu sebab tolong kau!" ujar Chimon.

"Oh yeke, okay." Seol terus mendiamkan diri. Dia merindui Seungsik. Dia terfikir apa tindakan Seungsik sekiranya lelaki itu ada di sini sewaktu kejadian tadi.

Sesuatu dilemparkan ke atas meja Seol. Dia memandang Chimon yang berlalu pergi kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah benda yang dilempar itu.

Yoko-yoko rupanya. Seol tersenyum sinis.

"Dasar ego tinggi!" gumam Seol.







                                ••••••

Byul duduk di sebelah pusara Hangyul. Dia tersenyum sendiri.

"Hangyul, kalaulah kita sempat lalui masa yang panjang, aku rasa akulah perempuan paling bahagia dalam dunia ni." ujar Byul.

"Aku pun berharap kau akan jadi perempuan paling bahagia dalam dunia ni." sekeping sampul surat berwarna biru dihulurkan oleh seseorang. Lelaki itu tersenyum memandang Byul.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now