🔔15

43 6 1
                                    

Seol melajukan langkahnya untuk ke rumah Seungsik. Tiba-tiba dia terserempak dengan Byungchan yang sedang mengayuh basikal.

"Laju-laju nak ke mana awaknya?" soal Byungchan lalu memberhentikan basikalnya di bahu jalan.

"Oh, Byungchan. Aku nak ke rumah Seungsik. Kau dari mana?" Seol melangkah ke bahu jalan untuk berbual dengan Byungchan.

"Kebetulan aku pun dari rumah dia. Dia tak ada dekat rumah, waktu aku nak balik tadi dia dah keluar." beritahu Byungchan.

"Dia keluar pergi mana?" soal Seol.

"Katanya nak pergi melawat nenek dia di hospital. Ah, kau dah tahu tentang tu?"

"tentang apa?" Dahi Seol berkerut.

"Aku ingatkan kau tergesa-gesa nak ke rumah dia, kau dah tahu pasal tu."

"Tak ada, aku tak tahu apa-apa pun. Apa yang dah jadi?" Seol penasaran.

"Seungsik nak pindah sekolah." jawab Byungchan.

"Apa?! Pindah sekolah? Kenapa dia langsung tak bagitahu apa-apa pada aku?" Seol mula gelabah.

"Korang ada masalah ke? Aku perhati korang macam dah tak rapat macam sebelum ni. Kalau tak, mustahil dia tak bagitahu kau." ujar Byungchan.

Seol terdiam sejenak.

"Seol?" Byungchan menegur Seol yang sedang mendiamkan diri.

"Ah, maaf. Sebenarnya kebelakangan ni dia langsung tak nak cakap apa-apa dengan aku. Aku tak tahu kenapa." jelas Seol.

Byungchan mengangguk faham.

"Mungkin dia serabut pasal nenek dia kot, tak apalah. Kau balik dulu, hari pun nak gelap dah ni. Aku tumpangkan kau, ya?"

"Boleh juga." Seol tersenyum lalu dia naik di tempat duduk penumpang di belakang.





                                 •••••

Jibin melabuhkan punggung di sebelah Byul. Dia risau melihat sikap Byul kebelakangan ini. Sudah dua hari dia langsung bercakap dengan sesiapa.

"Byul," bahu Byul disentuh lembut. Namun, Byul langsung tak menjawab.

"Byul, kalau kau ada masalah ceritalah pada aku. Kau tak boleh berdiam diri macam ni, aku risau tengok kau macam ni." ujar Jibin.

Kedengaran Byul mengeluh kecil.

"Hangyul,"

"Kenapa dengan Hangyul?" Jibin menanti apa yang ingin Byul ceritakan.

"Lepas apa yang dia buat pada aku, dia boleh layan aku dengan kasar. Dia langsung tak jawab bila aku telefon atau mesej, tiba-tiba dia mesej aku supaya aku tak cari dia lagi dah. Kau rasa adil ke bila dia buat aku macam tu? Dia buat aku macam sampah!" jelas Byul. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.

Jibin segera menarik Byul ke dalam pelukannya. Belakang gadis itu diusap perlahan untuk menenangkannya.

"Aku faham. Tapi, kau kena bagi dia masa. Mungkin dia ada masalah yang dia sendiri tak mampu nak cerita pada kau." ujar Jibin.

"Byul,"

Byul berhenti menangis lalu dia memandang ke arah tuan empunya suara.

"Seungyoun, kenapa kau datang?" soal Jibin bagi pihak Byul.

"Boleh tak kau ikut aku malam ni, Byul? Ada perkara penting yang kau perlu tahu." beritahu Seungyoun.

"Apa dia? Kenapa tak bagitahu sekarang?" Byul memandang Seungyoun.

Seungyoun hanya menggeleng kecil.





                                 ••••

Pemandu teksi tersebut memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah.

Setelah Seungyoun membayar tambang teksi, tiga gadis itu turun dari teksi dan membuntuti Seungyoun dari belakang.

"Seungyoun, rumah ni .." Byul berhenti melangkah.

"Ikut je, nanti kau akan tahu." kata Seungyoun sambil tersenyum nipis.

Mereka meneruskan langkah sampai ke dalam rumah tersebut. Hampir saja mereka tiba di sebuah bilik, tangan Jibin dan Seol ditarik oleh seseorang.

"Seungwoo?" Jibin terkejut. Seungwoo meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh mereka untuk diam.

Seungyoun menggenggam erat tangan kecil Byul. Tombol pintu dipulas.

Kaki Byul menjadi lemah dan bibirnya ditekup. Luluh hatinya saat melihat tubuh lelaki yang terbaring lemah di atas katil itu.

Hampir saja Byul jatuh terduduk namun sempat disambut oleh Seungyoun. Air mata Byul mengalir deras.

"Aku tak kenal dia siapa, aku nak balik." baru sahaja Byul berpaling, Seungyoun segera menarik lengan Byul.

"Kenapa kau bawa dia ke sini?" kedengaran suara yang sangat lemah.

Byul melangkah menghampiri katil itu.

"Kau kejam! Untuk apa kau layan aku macam tu selama ni?! Kenapa Hangyul?!" herdik Byul.

"Kau yang buat aku paksa diri aku untuk layan kau. Sebab, aku sayang kau. Walaupun aku tahu aku tak mampu bahagiakan kau untuk selama-lamanya, tapi aku tetap nak lalui saat-saat yang bahagia bersama kau." tangan kecil Byul digenggam erat.

"Tapi kau dah bagi aku harapan, sekarang ni kau sendiri yang musnahkan harapan aku! Sampai hati kau buat aku macam ni, Hangyul!" wajahnya disembamkan ke dada bidang Hangyul.

Seungyoun mengundur beberapa langkah untuk memberi ruang kepada mereka.

"Aku cintakan kau, Byul. Aku minta maaf sebab tak dapat bahagiakan kau lagi lepas ni. Aku harap kau jumpa lelaki yang lebih baik." ujar Hangyul.

"Bercakap memang mudah, Hangyul. Aku sendiri pun tak tahu samaada aku mampu atau tak untuk buka hati aku pada orang lainㅡ"

"Byul," Nafas Hangyul turun naik. Bibir pucatnya bergetar saat ingin mengatakan sesuatu.

"Hangyul!" Byul cemas. Tangan lelaki itu digenggam erat.

Mereka yang sedang menunggu di luar terus menerjah masuk ke dalam bilik itu apabila terdengar jeritan Byul.

"Hangyul!" Seungyoun melabuhkan punggung di sisi katil Hangyul.

"Kang Byul, orang seterusnya yang akan mencintai kau adalah aku." ujar Hangyul dengan suara yang terputus-putus.

Byul sudah meraung sambil memeluk tubuh Hangyul.

"Terima kasih semua." itu ayat terakhir Hangyul sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan rakan-rakannya dan gadis yang dicintainya.

"Lee Hangyul!" Seungwoo mendapatkan tubuh kaku Hangyul.

Bilik itu dipenuhi dengan tangisan mereka.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now