Seol termenung jauh di tepi jendela biliknya. Yohan bagitahu dia yang Chimon bawa dia ke bilik kesihatan.
Dia sendiri pelik dengan sikapnya, dia asyik tersenyum sendiri apabila dia teringat apa yang diberitahu oleh Yohan.
"Aku dah gila agaknya." keluhnya sendirian. Dia memeluk lutut sambil menyembamkan wajahnya.
Tiba-tiba dia ternampak kelibat Seungsik yang sedang berdiri di depan rumahnya.
"Seungsik? Apahal dia berdiri dekat depan tu? Macam tak pernah masuk rumah aku." gumam Seol.
Baru sahaja dia hendak mencapai telefon bimbitnya, Seungsik terus berlalu pergi. Apa yang menghairankan Seol, Seungsik nampak macam sedih.
"kenapa dengan kau kentang? Aku belum mati lagi pun, aku tersalah makan aje." ujar Seol sambil memandang Seungsik yang berlalu pergi.
••••••
Air mata yang tak berhenti mengalir dikesat kasar. Dia benci apabila air matanya jatuh disebabkan lelaki yang menyakitinya.
"Berhenti menangislah!" Byul mengherdik dirinya sendiri. Dia tidak menyangka Hangyul sanggup memperlakukannya sebegitu.
Dia sudah mulai menaruh perasaan terhadap Hangyul, namun Hangyul pula tiba-tiba menjauhkan diri dari Byul.
"Apa salah aku, Hangyul? Kenapa kau tiba-tiba buat aku macam ni? Kenapa Hangyul!!" Byul menjerit lalu dia menangis lagi.
Bantal-bantalnya dilempar ke lantai. Segala barang yang berada di atas meja sebelah katilnya ditolak sehingga jatuh ke lantai.
"Aarghh!!" jeritan Byul telah mengejutkan ibunya yang sedang menjemur kain di luar rumah.
Ibunya menguak pintu bilik dan menghampiri Byul yang sedang menangis di atas katil.
"Byul! Kenapa ni?" soal Puan Kang. Byul segera memeluk tubuh ibunya dan menangis semahunya tanpa menjawab soala ibunya.
•••••
Kerusi kosong milik dua sahabatnya dipandang pelik. Dia yang baru sahaja menghabiskan cuti sakitnya langsung tak tahu apa yang terjadi.
Yohan yang berada di tempatnya ditegur.
"Yohan, Seol dan Byul tak datang sekolah ke?" soal Jibin.
"Eh, Jibin! Lega aku tengok kau dah sihat. Tentang Seol, kelmarin dia pengsan waktu kena denda dekat luar kelas." beritahu Yohan.
"hah?! Pengsan? Kenapa?!" Jibin terkejut mendengar berita itu.
"Dia keracunan makanan." jawab Yohan.
"Yeke? Terima kasih, Yohan. Oh, hampir terlupa. Byul pula?"
"Byul? Aku tak pasti, kelmarin dia ada aje." jawab Yohan. Jibin mengangguk faham.
"Terima kasih." Jibin berjalan ke tempatnya. Dia memandang tempat duduk Seungsik yang juga kosong, kemudian dia mengeluh.
"Kenapa dengan korang semua?" gumamnya perlahan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Seol namun tidak dijawab. Fikirnya mungkin Seol masih tidur. Dia kemudian menghubungi Byul, tetap juga tidak dijawab.
"Call Seungsik pula," nombor telefon Seungsik didial. Lama dia menanti Seungsik menjawab panggilannya, namun panggilannya telah ditolak.
Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada sahabat-sahabatnya.
Jibin termenung sendirian di rooftop. Dia serabut memikirkan hal kawan-kawannya.
"Kenapalah dengan korang semua ni. Aku fikir hari ni aku boleh bergembira dengan korang, rupanya korang sepakat tak nak datang sekolah." Keluhnya.
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya. Jibin terkejut lalu dia menepis tangan itu dan berdiri menjauhi kerusi batu tersebut.
"Sunbae!" Nafas Jibin tercungap-cungap.
"Jibin, saya rindukan awak." kata Hae Jin sambil tersenyum. Dia cuba menghampiri Jibin namun Jibin mengundur.
"Jangan dekat!"
"Kenapa ni Jibin?" soal Hae Jin hairan.
"Boleh tak awak jauhkan diri dari saya? Jangan ganggu saya lagi! Saya rimas!" herdik Jibin.
Hae Jin terkejut mendengar kata-kata Jibin.
"Jibin, kenapa awak tiba-tiba berubah?"
"Saya tak pernah berubah, saya cuma penat nak berlakon dan layan awak. Saya tak ada apa-apa perasaan pada awak pun, jadi tolong lupakan saya." Jibin terus beredar dari situ meninggalkan Hae Jin.
Hae Jin ketawa sinis.
"Tak mudah untuk aku lupakan kau, Jibin."
••••••
Jibin menekan loceng pintu rumah Seol.
"Kau jangan lama-lama eh, aku nak pergi jumpa girlfriend aku pula lepas ni." pesan Subin.
"Diamlah, Subin! Dah 100 kali kau ulang benda yang sama." Jibin menjeling adiknya.
Pintu rumah dikuak.
"Jibin dan Subin rupanya. Marilah masuk, Seol ada dalam bilik dia." kata Puan Kim sambil tersenyum mesra.
"Terima kasih, makcik." Jibin dan Subin masuk ke dalam rumah itu..
"Aku tunggu dekat bawah." kata Subin.
"Yela." Jibin menapak ke arah bilik Seol.
Jibin mengetuk pintu bilik Seol sebelum dia menguak pintu bilik itu.
"Seol,"
"Weh, Jibin!" Seol membetulkan posisinya. Jibin melabuhkan punggung di sebelah Seol.
"Kau dah okay ke?" soal Jibin.
"Sudah. Doktor bagi aku cuti sehari je. Esok bolehlah aku pergi sekolah." jawab Seol.
"Baguslah kalau macam tu. Seol, kenapa Byul dan Seungsik tak datang sekolah?"
"Apa? Dorang berdua tak datang sekolah? Byul tak ada cakap apa pun pada aku. Tapi Seungsik,"
"Kenapa dengan Seungsik?"
"Tengahari tadi dia ada datang sini tapi dia tak masuk. Dia cuma berdiri depan pagar. Aku tak tahu kenapa tapi dia nampak sedih sangat." beritahu Seol.
Jibin terdiam sejenak. Dia semakin risau tentang rakan-rakannya.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fanfiction"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.