Para penganjur sedang menyediakan name tag untuk semua para peserta memandangkan aktiviti seterusnya akan dijalankan 10 minit lagi.
"Perhatian! Aktiviti seterusnya kita akan bermain satu permainan. Iaitu 'Tarik Tanda Nama'. Macam running man tu, kejar-kejar lepas tu tarik tanda nama. Jangan tarik tali bra pula! Lagi satu nak diingatkan, jangan lari terlalu jauh ke dalam hutan. Ambil tanda nama kamu dan lekatkan di belakang dan bersedia di tempat masing-masing." Jelas Puan Jung.
Para peserta mula mendapatkan tanda nama mereka di khemah penganjur.
Hae Jin membantu Jibin melekatkan tanda namanya di belakang.
"Terima kasih, sunbae." ucap Jibin.
"Sunbae? Bukan yayang?" soal Hae Jin. Jibin tersenyum kekok.
Hae Jin berdiri di belakang Jibin agar dapat melindungi gadis itu daripada penyerang.
"Seol! Kau berdiri belakang aku tau, cover aku." arah Seungsik.
"Eh sepatutnya kau yang cover aku! Dasar siput tak guna!" Kepala Seungsik ditolak.
"okaylah , kita berdiri membelakangkan badan. So sama-sama cover. Janji jangan buat khianat dekat aku!" ujar Seungsik.
"Kau tu yang suka khianat aku!" Seol menjeling Seungsik.
"Korang tak payah bisinglah! Aku tak ada siapa pun nak cover, tak kecoh macam korang pun!" Byul bengang. Hangyul demam dan tak dapat menyertai aktiviti mereka.
Puan Jung meniup whistle menandakan permainan telah bermula.
Para peserta berlari bertempiaran. Ada yang cuba menyelamatkan diri dan ada yang cuba menyerang mangsa.
Seungsik memerhatikan Chimon yang liar menarik tanda nama peserta lain. Dalam masa seminit, tiga orang peserta sudah tersingkir dari permainan.
"Seol, lahanat tu bahaya! Jangan biar dia tarik tanda nama kita. Kita kena bersatu, singkirkan siput tu!" cadang Seungsik.
"Tunggu sampai dia datang serang kita. Sementara tu kita kena singkirkan orang lain dulu." Kata Seol.
Mereka mula bergerak mencari mangsa.
Seungwoo terus menghampiri Hae Jin dan cuba menarik tanda nama Hae Jin namun gagal apabila Hae Jin menyedarinya.
Hae Jin tersenyum sinis. Jibin masih dilindunginya sambil dia berusaha menyerang Seungwoo.
"Kau nak tanda nama aku ke?" soal Hae Jin.
"Tak! Aku nak gadis yang kau lindungi ni." Seungwoo pula tersenyum sinis.
Air muka Hae Jin berubah. Jibin yang rimas dengan sikap dua lelaki itu segera meloloskan diri daripada mereka.
"Jibin!" jerit Hae Jin dan Seungwoo apabila tanda nama Jibin hampir ditarik oleh Heo Chan, namun sempat dihalang oleh Jungkook.
Prakk!
Tanda nama Jungkook ditarik. Jungkook tersingkir dari permainan.
"Jungkook!" Jibin terkesima.
"Selamatkan diri kau." Sempat Jungkook mengenyitkan matanya kepada Jibin sebelum dia keluar dari permainan.
Hae Jin segera berlari ke arah Jibin.
"Tolonglah jangan jauhkan diri dari saya." Hae Jin menarik Jibin rapat dengannya.
Byul berjaya menarik tanda nama Byung Chan, kemudian dia berlari ke arah Park Jimin yang sedang liar menarik tanda nama peserta perempuan.
Prakk!
Tanda nama Jimin ditarik.
"Oh shit!" keluh Jimin.
"Seronoknya game ni! Sukanya!" Byul menjerit teruja. Tanpa dia sedari Park Mina sedang berlari menuju ke arahnya untuk menarik tanda namanya.
Prakk!
Tanda nama Park Mina ditarik oleh seseorang. Byul pula terkejut apabila ada seseorang memeluknya dari belakang. Dia menoleh.
"Cho Seungyoun?"
Seungyoun tersengih. Mata Byul beralih ke arah lelaki yang sedang memegang tanda nama Park Mina.
Dia memandang Byul dengan wajah sayu.
"Lee Hangyul!" Byul terkejut. Segera dia menepis tangan Seungyoun.
"Hangyul , bukan ke kau demam?" soal Byul.
"Kenapa? Aku tak boleh join?" Hangyul kedengaran serius.
"Aniya, aku .. aku tanya je. Aku risaukan kau, kau kan demam. Eh! Kau ambillah tanda nama aku ni!" Byul menarik tanda namanya dia diberi kepada Seungyoun.
Prakk!
Tanda nama Hangyul juga turut ditarik. Hangyul tercengang.
"Ni juga! Sambunglah main. Kau ni, dah tahu tak sihat buat apa main juga? Degil! Jom!" Byul mengheret Hangyul pulang ke khemah.
Seungyoun ketawa kecil.
"comel .. macam makcik-makcik." gumamnya perlahan.
Setelah 20 minit berlalu, permainan hampir sampai ke penghujungnya. Para peserta hanya tinggal kurang dari 10 orang.
Kini yang tinggal hanya Hae Jin, Jibin, Seungwoo, Seungyoun, Seol, Seungsik, Chimon dan Taehyung.
Seungyoun, Chimon dan Taehyung menghampiri Jibin dan Seol memandangkan mereka sahaja peserta perempuan yang tinggal.
Seungwoo dan Hae Jin berdiri di hadapan Jibin agar gadis itu tidak diserang.
Seungsik pula masih mencuba untuk menyingkirkan Chimon.
Prakk!
Prakk!Kedengaran tanda nama ditarik. Mereka memandang ke arah Jibin.
"Jibin" Hae Jin dan Seungwoo terkesima.
"Sorry," Jibin tersenyum puas. Mereka tersingkir ketika cuba melindungi Jibin.
Kini tinggal Seol, Jibin, Seungsik, Seungyoun, Chimon dan Taehyung.
Seol dan Seungsik menyerang Chimon manakala Jibin pula sedang dikepung oleh Seungyoun dan Taehyung.
Hae Jin dan Seungwok seperti cacing kepanasan menunggu permainan tamat. Mereka berharap agar Jibin menang. Jika Jibin disingkirkan, maka tamat riwayat si penyerang sebentar lagi.
Prakk!
Tanda nama Seungsik ditarik oleh Chimon.
"Shit!" Seungsik mengeluh.
Jibin mengundur agar dapat meloloskan diri daripada dua lelaki itu.
Apabila peluang tiba, Jibin terus memegang tanda nama Taehyung dan Seungyoun kemudian tangannya tangkas merentap tanda nama mereka membuatkan dua lelaki itu tersingkir.
Kini tinggal Seol, Jibin dan Chimon.
Chimon dikepung oleh dua gadis itu.
"Yes! I got you!" Seol terus merentap tanda nama Chimon.
"Tak guna!" Chimon keluar dari gelanggang permainan.
Perlawanan antara dua sahabat baik.
"Jibin,"
"Seol,"
"kalau aku singkirkan kau, kau nak kawan dengan aku lagi tak?"
"Aku dah penatlah, Seol. Singkirkan aku please. Tak ada daya dah aku nak bergelut dengan kau." kata Jibin.
Seol terus merentap tanda nama Jibin lalu mereka berpelukkan.
Seungsik bersorak keriangan sementara Seungwoo dan Hae Jin mengeluh.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fiksi Penggemar"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.