🔔12

46 8 3
                                    

Subin mengeluh apabila Jibin menyuruhnya membelikan kek beras pedas yang diidamnya.

"Mentang-mentang kau sakit, suka hati kau je suruh aku buat itu ini. Habis, aku yang sakit kepala melayan perangai kau ni tak fikir?" bebel Subin sambil memeluk tubuh.

Jibin mencebik, dia mengalihkan pandangan ke arah ibunya dan membuat muka minta simpati.

"Omma, Jibin nak kek beras pedas~" adunya.

"Subin, kakak kamu kan sakit. Tak boleh ke tolong pergi belikan?" Puan Kim memandang Subin.

Dia mengeluh buat kesekian kalinya.

"Baiklah, tunggu sekejap ya tuan puteri! Demi kau, hujan batu pun aku sanggup redah!" sindir Subin.

Jibin tersenyum nakal. Subin terus beredar dari wad Jibin.

"Annyeong, Makcik Kim!" Seol dan Byul datang untuk melawat kawan baik mereka. Seungsik juga turut ada dengan mereka.

"Oh, kamu bertiga rupanya. Duduklah." Puan Kim tersenyum.

"Tak apa, makcik duduklah. Kami okay je." Kata Seungsik.

"Macam mana perkhemahan? Okay?" soal Jibin.

"Kau tanya macam kau blah dari hari pertama pula. Semua berkemas awal sebab ada pergaduhan besar. Nasib baik Seungyoun tak mati kena belasah dengan dorang berduaㅡ" Byul terlepas cakap. Segera ditekup mulutnya.

Seol menyiku lengan Byul.

"Apa bendalah kau mengarut ni, Byul. Pergaduhan apa pula." Seol cuba berdalih.

"Sekejap, pergaduhan apa ni? Apa yang dah jadi? Seungyoun kena pukul dengan siapa?" soal Jibin ingin tahu.

"Jibin, kau tahu tak Seungyoun kena pukul teruk dengan Seungwoo dan Hae Jinㅡ ark!" belum sempat Seungsik ingin menceritakan semuanya, kepalanya diketuk oleh Seol.

"Seungwoo dengan Hae Jin pukul Seungyoun? Sebab?" dahi Jibin berkerut.

"Dah terlepas cakap pun, Seol." kata Byul.

"Korang berdualah! Haish! Jibin, yang pukul kau tu Seungyoun. Jadi, dua secret admire kau tu mengamuk dan belasah dia." beritahu Seol.

Jibin memejamkan matanya menahan geram.

"Noona! Ni aku dah belikan kek beras pedas yang kau nak dan peminat-peminat kau datang nak jumpa kauㅡ"

"Suruh dorang blah!" Jibin langsung tidak memandang wajah mereka.

"Jibin" Hae Jin cuba menghampiri Jibin.

"Pergi!" herdik Jibin.

"Jibin, kenapa marah kawan-kawan kamu?" tegur Puan Kim.

"Omma, suruh dorang balik. Jibin penat!" Jibin terus menarik selimut sehingga menutup wajahya.

Subin dan Puan Kim mengeluh.

                                ••••••

Cikgu Lee masuk ke kelas bersama seorang pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolah itu.

Kebetulan, Seol dan Byul baru pulang dari tandas.

"Haloo, Cikgu! Lepak tandas kejap tadi." selamba Seol berkata.

"Pergi duduk tempat kamu. Tegur cikgu macam tak ada adab je kamu ni Seol!" bebel Cikgu Lee.

"Seol eh, saya sopan." sampuk Byul.

Mereka berdua berjalan ke tempat duduk masing-masing.

"Baiklah, hari ni kita ada pelajar baru yang ditukarkan dari sekolah Gwangju." beritahu Cikgu Lee.

Seol terus memandang lelaki yang berdiri di sebelah Cikgu Lee. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau?!" Seol terkaku.

"Seol! Bukan ke siput ni satu group dengan kita?" bisik Seungsik.

"Yelah, kentang! Dialah lahanat durjana tu. Takkanlah dia pindah sini nak balas dendam sebab aku campak rokok dia dalam sungai hari tu!" duga Seol.

"Aku Chimon!" Chimon mengenalkan dirinya dengan wajah sombong dan bongkak.

"Seol, sebelah kamu tu kosong kan?" soal Cikgu Lee.

"Apa? Sebelah saya? Eh, mana ada kosong. Ni ada beg!" nafi Seol.

"Jangan nak menipu Seol, saya tahu sebelah kamu kosong. Alihkan beg kamu , bagi Chimon duduk sebelah kamu." kata Cikgu Lee dengan tegas.

Seol mencebik. Dia mengalihkan begnya. Baru sahaja Chimon melabuhkan punggungnya di tempat kosong itu, Seol terus duduk bersila di lantai.

"Kim Seol! Apa tak kena dengan kamu ni?" Cikgu Lee hairan dengan sikap Seol.

"Lantai sejuk, atas tu panas berapi!" ujar Seol sambil mereling Chimon.

"Macam-macam hal kamu ni Seol! Bangun dan duduk di tempat kamu sekarang!" arah Cikgu Lee.

Seol perlahan-lahan bangun dan duduk di tempatnya semula.

Chimon memandang Seol sambil tersenyum sinis.

"Apa pandang-pandang?!" herdik Seol. Chimon menjeling Seol.

Seungsik di belakang keresahan.

Byul dan Seol melepak di dewan terbuka sambil berbual-bual kosong.

Tiba-tiba datang dua pelajar Junior menghampiri mereka.

"Eo?" Seol berdiri dan menghampiri salah seorang daripada mereka yang agak tinggi darinya.

"Kang Minhee, eii comelnya!" pipi Minhee dicubit geram.

"Ark! Sakit, sunbae!" rengek Minhee.

"Woi! Kau gila ke Seol? Lebam pipi anak orang!" Seungsik menarik tangan Seol.

"Tak! Aku geram tengok pipi dia, gebu!" Seol tersengih seperti orang bodoh.

"Sunbae, boleh tak tolong sampaikan surat ni pada Jibin sunbae?" Minhee tersenyum malu.

Senyuman Seol mati.

"Surat apa ni? Surat luahan perasaan ke?" soal Seol sambil membelek sampul surat berwarna soft pink.

Minhee tersipu malu.

"Tak nak! Aku tak nak bagi! Buang masa aku puji kau!" Seol memulangkan semula sampul surat itu dan terus pergi dari situ.

Minhee kebingungan.

"Tak apa, noona sampaikan surat ni pada Jibin ya. Abaikan perempuan gila tu." Byul turut mengejar Seol.

                              •••••

Seungwoo melabuhkan punggung di sebelah Jibin yang sedang duduk di atas buaian di taman hospital.

Baru sahaja Jibin hendak bangun, tangannya dirangkul oleh Seungwoo.

"Aku nak cakap dengan kau sikit," kata Seungwoo.

Jibin mengeluh dan duduk semula.

"Apa lagi?" soal Jibin acuh tak acuh.

"Aku nak minta maaf bagi pihak Seungyoun."

"Saya sebenarnya tak tahu nak sedih ke nak marah, awak semua bertindak membuat keputusan yang bodoh! Kalau betul Seungyoun yang pukul saya, saya lagi simpati pada dia sebab awak dan Hae Jin pukul dia teruk sampai macam tu sekali. Kenapa?" Jibin merenung wajah Seungwoo.

"takkan saya nak biarkan aje bila tahu dia buat macam tu pada awak!"

"siapa saya pada awak? Penting ke saya pada awak? Saya tak kenal awak pun dan tiba-tiba awak muncul! Saya rimas dengan awak dan Hae Jin!" Jibin terus pergi dari situ dengan perasaan marah.

"Kim Jibin!" Panggil Seungwoo, namun tidak diendahkan. Seungwoo meraup kasar wajahnya.

When The Bell Rings (✔)Where stories live. Discover now