Seungyoun dari tadi menongkat dagu memerhatikan Byul yang sedang bekerja keras menyiapkan gaun untuk festival yang bakal berlangsung pada esok hari.
Dia tersenyum saat menatap wajah gadis itu yang rasa terganggu apabila cermin matanya terlorot ke pipi. Cermin mata dibetulkan , namun kali ini dia rasa terganggu apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan.
"kenapa pandang aku macam tu?" soal Byul sambil memandang Seungyoun yang sedang merenungnya sambil meletakkan kepala di atas meja.
"Tak ada apa, aku suka tengok kau buat kerja. Bila kau fokus, kau nampak sangat cantik." Seungyoun menjawab secara jujur.
Pipi Byul merona merah apabila dipuji sebegitu.
"Kau ni mengarut je!" Lelaki itu dijeling lalu dia menyambung kerjanya semula.
"Sebelum ni aku tertanya-tanya kenapa Hangyul selalu curi-curi kiss bibir kau, sekarang baru aku tahu." Hidung kecil Byul dicuit sebelum bibir mugilnya menjadi mangsa kucupan lelaki itu.
"nak dengar jawapan aku?" Seungyoun tersenyum memandang Byul yang tergamam dengan tindakannya.
"sebab bibir kau seksi, buat aku geram." tambah Seungyoun.
Byul terus tersedar dan melarikan pandangannya agar tidak bertentang mata dengan Seungyoun.
"Aku tak sedar pun gaun ni dah siap. Akhirnya, aku boleh tidur lena." ujar Byul cuba mengubah topik.
Dia bangun dan memakaikan gaun itu pada patung mannequin. Cukup cantik gaun yang direkanya.
"Mesti lebih cantik kalau kau yang pakai. Kau tak nak cuba?" soal Seungyoun.
Byul berfikir sejenak. Mungkin dia patut mencubanya memandangkan ukuran saiz badannya dan Seol tidak jauh berbeza cuma dia agak rendah berbanding Seol yang tubuhnya persis model.
..
Byul keluar dari fitting room. Tangannya tidak sampai untuk menarik zip di belakang.
"Seungyoun, tolong aku boleh?" Seungyoun menoleh. Dia tergamam untuk buat seketika melihat gadis di hadapannya mengenakan gaun pengantin yang indah.
Lama dia mengelamun.
"Seungyoun?" Byul melambaikan tangannya di hadapan wajah Seungyoun.
"Hah?" lelaki itu tersedar.
"Tolong zipkan." pinta Byul. Seungyoun mengangguk lalu dia menarik zip tersebut ke atas. Tangannya memeluk pinggang Byul secara tiba-tiba, dagunya pula direhatkan di atas bahu kiri Byul.
Gadis itu terkedu.
"Kali pertama aku jatuh hati pada kau, masa kau membebel pada Hangyul yang degil ikut main permainan dalam keadaan dia tak sihat. Masa tu, aku berfikir kalaulah aku di tempat Hangyul." ujar Seungyoun.
"Seungyoun," Byul meleraikan pelukan Seungyoun pada pinggangnya.
"Aku masih belum dapat melupakan Hangyul lagi."
•••••
Tiba hari yang dinantikan oleh semua pelajar. Hari festival kokurikulum. Tidak hanya yang belajar di sekolah itu yang hadir, tetapi keluarga dan orang luar juga turut hadir untuk memeriahkan lagi festival tersebut.
Sementara menunggu Perlawanan Bola Sepak bermula, semua yang hadir sempat melawat ke gerai-gerai makanan.
Seol, Byul dan Jibin berjalan di sekitar kawasan gerai.
"Eh Jibin, budak comel tu masuk perlawanan bola sepak kan?" soal Seol.
"Ya, sebab tu aku nak tengok sekejap lagi." jawab Jibin.
"Aku rasa tak perlu kot memandangkan dia dah ada pasukan sorak sendiri." ujar Byul. Mereka bertiga memandang ke arah sekumpulan pelajar perempuan junior yang memakai pakaian pasukan sorak dan memegang huruf-huruf nama Subin.
"Wow!" Seol terpaku.
"Tak ku sangka tak ku duga adik aku ramai peminat." Jibin ternganga.
"Oi noona!" jerit Subin lalu berlari ke arah Jibin.
"Eo, Subin-ah!" Jibin tersenyum menyambut kedatangan adiknya.
"Jangan lupa datang tengok aku lawan bola sepak sekejap lagi. Ha, Byul dengan Seol pun." ujar Subin.
"Apa kau panggil aku? Seol? Hey! Aku ni sebaya kakak kau tahu!" Dahi Subin ditunjal-tunjal.
"Ada aku kisah? Gelilah nak panggil kau noona, tak sesuai dengan kau!" ejek Subin.
"Hey! Jangan sampai bola tu yang sepak kau nanti!" Seol mencubit pipi Subin sekuat mungkin.
"Argh!"
"Hey! Apa yang kau buat pada Subin oppa?!" Tiba-tiba saja sekumpulan gadis tadi datang menghampiri mereka.
Seol tersenyum sinis.
"Budak-budak junior sekarang biadap betul!" Seol merengus geram.
"Subin, bawalah pasukan sorak kamu ni pergi." ujar Jibin.
"Kau siapa nak suruh kitorang pergi?!" salah seorang dari mereka menyoal dengan biadap. Jibin tersenyum sinis.
"You better watch your words, girl. He's my brother. I'm your senior, this is how you talk with us? Please, respect your senior whoever she is. Jangan sampai kakak tak restu kalau salah seorang dari kamu semua jadi teman wanita Subin. Let's go, girls!" Sempat Jibin menghadiahkan senyuman manis sebelum melangkah pergi dari situ.
"Hidup Jibin! Jibin hidup! Hidup Jibin!" Seol bersorak dengan nada sindiran sambil tersenyum nakal ke arah gadis-gadis yang kegelisahan itu.
Byul melambai dengan penuh sombong kemudian dia turut membuntuti rakan-rakannya.
"Oppa! Macam mana ni?" gadis-gadis itu merengek.
"Pergilah minta maaf pada kakak aku. She's so georgeus, right?" Subin tersengih.
..
Selepas habis perlawanan bola sepak , mereka beralih pula ke perlawanan bola keranjang yang tidak hanya disertai oleh pelajar Sekolah Seoul, tetapi pelajar sekolah lain turut menyertai.
"Bapak! Handsome belaka oi~" Seol menjerit teruja.
"Haish! Janganlah jerit kuat sangat, malulah!" sampuk Jibin sambil memandang orang sekeliling yang sedang memerhatikan mereka.
"Eh? Seungwoo dengan adik sepupu dialah!" kata Seol.
"Adik sepupu?" Byul dan Jibin memandang Seol.
"Ya, adik sepupu dia. Aku terjumpa waktu dekat gym minggu lepas. Adik dia tu sebenarnya tak waras, OKU~" beritahu Seol dengan wajah selamba.
"OKU? Biar betul kau ni? Nampak sihat je, handsome pula tu." kata Jibin.
"Memanglah, itu luaran. Dalamannya, dia ada sakit otak. Kira macam bangang sikitlah." kata Seol. Dua gadis itu memandang Seol pelik. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
Jibin melemparkan semula pandangannya ke gelanggang bola keranjang. Kelihatan, Seungwoo sedang memerhati ke arahnya tetapi dia tahu lelaki itu bukan sedang memandangnya.
Dia menoleh ke belakang. Tekaknya terasa perit untuk menelan liurnya saat matanya bertembung dengan sepasang mata yang sangat dia kenali.
Lelaki itu duduk tak jauh darinya.
"Korang, jom kita duduk depa tu. Ada kosong lagi." cadang Jibin sambil menunjukkan ke ruang kosong di bahagian depan.
Dua gadis itu akur lalu mereka mengubah tempat duduk.
YOU ARE READING
When The Bell Rings (✔)
Fanfiction"Ring the bell when you walk beside me." Aku akan menunggu kau berjalan di sebelahku dan bunyikan loceng itu. Loceng yang menandakan, kau adalah gadis yang aku tunggu.