K E S 3 : T E K A D

298 36 58
                                        

40 hari kemudian...

"SETELAH 40 hari kita bersama, akhirnya kita tiba jua ke penghujungnya. Selama sebulan 10 hari itu, ustaz harap apa yang diajar kepada kamu semua dapat diterapkan dan diamalkan selalu. Walaupun Kem Tahfiz ini dah tamat, ustaz harap rasa cinta dan sayang kamu pada Al-Quran tidak akan habis hingga ke akhir hayat. Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari ustaz,

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Marilah sama-sama kita menutup majlis kita dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr."

Tamat sahaja ucapan dan bacaan Al-Asr, para peserta bergerak membentuk barisan untuk memulakan sesi salam-bersalaman antara peserta juga guru penasihat.

"Susah dah lah nak jumpa kau lepas ni." Ujar seorang remaja lelaki bernama Wafiy. Boleh dikatakan, sepanjang kem ini Wafiy dan Aakif telahpun berkawan rapat.

Walaupun tempoh perkenalan mereka hanyalah sebulan lebih sahaja, rasa berat ingin berpisah itu sudah seperti 10 tahun perkenalan. Betullah apa orang kata, kuantiti tidak akan memberi kesan andai kualiti masa bersama itu digunakan sebaik mungkin.

"Alah, kau ni, Wafiy. Tak macho lah menangis macam ni. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lah." Balas Aakif cuba berlagak macho. Walhal, dia juga sebenarnya sedang menahan air mata perpisahan dari menjunam jatuh. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu meninggalkan kem ini. Banyak benda dan pengalaman baharu yang dia dapat. Tidak mungkinlah semudah ini dia mahu meninggalkan semuanya?

Namun, apakan daya? Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Kita manusia. Apakah kita mahu menidakkannya?

****

Malam itu...

Telefon Akim berdering, menandakan ada mesej baru masuk ke dalam kotak SMS-nya. Telefon pintar berjenama Vivo yang terletak di atas katil dicapai lantas mesej itu dimasuk. Mesej ringkas daripada ibu kesayangannya dibaca.

"Ibu akan balik lewat sikit malam ni. Kalau kamu lapar, kamu makanlah apa-apa dalam peti sejuk, ya?"

Satu keluhan berat kedengaran, memecah keheningan malam. Akim menjatuhkan badannya ke atas katil. Batal golek yang menjadi penemannya selama ini ditarik lalu ditindih ke atas badan.

"Aini tak ada, pergi buat sleepover dekat rumah Umaira. Ibu pula balik lewat. Seorang dirilah aku malam ni." Monolog Akim sendirian. Satu lagi keluhan dilepaskan seraya badannya dipaling ke kiri.

"Eh, sekejap. Hari ni Aakif balik, kan?" Soalnya sendiri. Kalau ada yang menjawab, mahunya tidak sedarkan diri sebulan.

Posisi ditukar. Daripada berbaring, kini Akim telahpun duduk bersila. Telefon pintarnya dicapai lalu ikon aplikasi 'whatsapp' ditekan. Terpaparlah semua kenalan yang pernah dimesejnya pada skrin. Kenalan yang tertulis 'Aakif Kenot' dicari pada paparan skrin.

"Hm... dia tak on lagilah. Mesti tak sampai rumah lagi." Helaan nafas kedengaran lagi. Bosan sangat lagaknya. Akim termenung seketika. Teringatkan kembali mimpi pelik yang mengacau tidurnya sejak dua menjak ini.

Dia pernah terdengar. Kata orang, andai bermimpikan satu mimpi tiga kali berturut-turut, ia merupakan satu petanda. Adakah benar mimpi itu punya makna? Jika begitu, apakah ia?

Serabut memikirkan hal itu, Akim bangun lalu langkahnya dikorak ke dapur. Satu sachet koko diambil, cawan dan sudu dicapai lalu sachet itu dikoyak. Serbuk-serbuk koko keluar meninggalkan plastik koko yang panjang itu. Air panas diisi separuh cawan kemudian ditambah pula dengan air biasa yang diisi memenuhi cawan. Dikacaunya air itu hingga sebati.

Misi IVTGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang