‼️I M P O R T A N T‼️

147 9 7
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia!

Lama benar tak dengar khabar cerita ni bukan? Pasti ada yang tertanya-tanya, adakah perjalanan IVTG akan berhenti di sini, atau akan disambung lagi?

Tsk, tsk, tsk... Jangan risau...

Soalan kalian... Bakal terjawab.

Ehem, ehem.

Di sini, saya, sebagai author dan ibu kandung IVTG, ingin mengumumkan bahawasanya saya....

Jeng jeng jengg....















Terfikir nak terbitkan buku ni. Yeayy🎊

Ehem, tapi baru terfikirlah. Belum terjadi lagi hm... Biasalah, angan-angan kan percuma?

Baiklah, itu poin pertama saya. Poin kedua kenapa saya terbitkan chapter IMPORTANT ni adalah...

Bagi mencapai cita-cita saya yang ingin menerbitkan buku ini, saya telahpun meng-edit serba-sedikit manuskrip Misi IVTG ni untuk... add the spices...

Haa... Excited tak? Excited tak?

Saya telahpun menambah serba sedikit adegan-adegan baru, begitu juga menukar atau membuang adegan-adegan yang saya rasakan kurang sesuai.

Maksudnya, IVTG yang ada di Wattpad dan IVTG yang (mungkin) bakal diterbitkan (aamiin) adalah berbeza.

Haaa.... Menarik bukan?

Jadi,

Bagi menceritakan poin saya yang kedua, iaitu poin terbesar dalam chapter ni, silalah ambil tempat duduk dahulu. Ambil popcorn ke, sebab lepas ni laagii menarik ^^.

Ehem, ehem, juga bagi menjayakan projek "Misi IVTG" saya, saya telah berfikir masak-masak... Malah sehingga hangit...

Dan saya sedar bahawa...

Saya...

Memerlukan beberapa orang test reader.

Ehh kejap. Apa itu test reader? Alah, mudah saja. Test reader ni adalah antara orang pertama yang membaca manuskrip IVTG. Boleh kata macam, pembaca prototaip la gitu. Test reader ni tugas dia mudah saja — duduk atas katil, baca IVTG, habis baca, review buku tersebut dekat saya.

Mudah je kann??

Haa, jikalau dah berminat, maka ayuhlah kita tengok ciri-ciri test reader yang saya perlukan:

1. Boleh memberi kritikan yang honest, mantap dan tidak menyakitkan mana-mana pihak.

2. Mempunyai masa lapang yang banyak

3. Pernah menghabiskan pembacaan IVTG (tak wajib, tapi sunat muakkad)

4. Boleh menghabiskan pembacaan IVTG edited version dalam masa paling lewat 3 minggu

5. Suka membaca (lebih-lebih lagi action+thriller)

6. Mudah untuk di-contact

7. Sudi bekerja secara percuma (belum mampu nak bayar pekerja TT)

Saya memerlukan paling kurang seorang test reader buat masa sekarang.

Jikalau berminat, boleh DM saya di Wattpad. Kita akan berurusan selanjutnya di sana.

Terima kasih yee atas kerjasama rakan-rakan reader yang saya kasihi sekalian. Moga kalian semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Aamiin...

Ok-lah. Itu sahaja yang saya mahu utarakan.

Harapnya, ada-lah yang berminat ya.

Terima kasih sekali lagi.

Babaii

Roger and out,
TheFnlini🥀

Misi IVTGWhere stories live. Discover now