K E S 1 8 : P A N G G I L A N

181 22 1
                                    

"UWAA! Uwaa!!" Teriakan bayi yang baru sahaja keluar dari rahim ibunya menjadi pengisi ruang yang sunyi itu. Bayi itu bertukar tangan daripada dipeluk seorang doktor hingga diberikan kepada lelaki yang sudah bergelar ayah.

Si Ayah membuai anak sulungnya dengan lembut sekali. Dia tersenyum, bersama air mata kegembiraan, sebelum air mata tersebut menjadi air mata kedukaan. Isterinya yang kelihatan lemah di atas katil dipandang.

"Sayang... anak kita, sayang... ini anak kita." Lelaki tersebut menghulurkan anak itu kepada isterinya, menyuruh wanita kesayangannya itu menilik sendiri wajah cahaya mata mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam dunia.

Wanita itu tersenyum nipis. Air mata kegembiraan turut sama mengalir di jubir matanya. Namun, matanya terbuka separuh. Pandangannya juga kabur. Jantungnya berdegup perlahan. Setelah penat berhempas-pulas melahirkan seorang insan baru ke dunia, dia rasa mahu berehat. Bukan sementara, mungkin selamanya.

"Sayang? Sayang?" Si Suami yang melihat keadaan lemah isterinya mula memanggil. Panggilannya juga bergetar. Jelas bernada sebak. Dia mungkin gembira dengan kelahiran anak ini, namun tidak dapat dibendung kesedihan dan kerisauaan melihat si isteri lemah sebegini. Dia risau... risau akan kehilangan wanita yang sudah berjanji akan hidup bersama-sama selamanya.

Si isteri tidak dapat bertahan lagi. Mata yang terbuka separuh perlahan-lahan tertutup rapat. Mata si suami membulat, terkejut dengan perbuatan isterinya. Cepat-cepat dia mengambil tangan si isteri lantas diletakkan pada wajah bayi itu.

"Sayang! Bangun, sayang! Bangun dan lihat anak kita ni sayang. Sayang... sayang? Sayang!" Badan wanita itu digoncang. Seakan tidak mahu menerima takdir, lelaki itu masih cuba menyuruh isterinya bangun walhal dia sendiri tahu wanita itu sudah tidak dapat bertahan, syahid ketika melahirkan.

"Sayang... bangunlah, sayang. Sayang kata nak besarkan anak ni sama-sama. Sayang tak akan mungkiri janji, kan? Bangunlah, sayang... jangan buat abang macam ni.. sayang.." air mata kejantanannya mengalir laju. Air mata yang asalnya merupakan air mata kegembiraan bertukar menjadi air mata kesedihan.

Tit.. tit.. tit.. tiiiittttt....

Tangan yang digenggam jatuh layu ke atas katil kembali. Para doktor dan jururawat menundukkan wajah, turut bersedih atas apa yang dirasai lelaki itu.

"Innalillahi wa innailaihi rojiun..." seorang jururawat menyebut, diikuti perlahan oleh mereka yang lain. Ini bukanlah kali pertama mereka melalui situasi sedih sebegini. Sudah banyak. Tidak mampu dikira lagi. Tetapi bagi si suami, ia pasti sesuatu yang besar, sesuatu yang meninggalkan impak yang dalam.

"Sayang... sayang!!"

***

Kejadian yang berlaku empat tahun lalu, ketika mana isterinya pergi meninggalkan dia dan anak sulung mereka, telahpun menukarkan dirinya menjadi orang yang benar-benar berbeza. Dia bukan lagi seorang suami yang baik. Dia tidak menepati janji. Anak yang telah dijanjikan bakal mendapat seorang ayah yang penyayang, telah hancur harapannya. Rasa kasih pada si anak telah hilang. Turut sama tertanam bersama jasad si isteri. Kini yang ada hanyalah rasa benci. Benci kerana dia yakin, anak itulah penyebab kematian isterinya.

Si kecil yang diberi nama Aliff duduk di penjuru bilik yang gelap tanpa cahaya. Dia menangis teresak-esak bersama perkataan ibu yang meniti keluar tanpa henti. Walaupun tidak pernah bersua muka, apatah lagi mengenalinya, nama ibu itu sahajalah yang mampu diucapkannya sekarang. Memohon agar ada keajaiban yang berlaku, walhal dia sendiri tahu dunia ini bukan magis.

Misi IVTGWhere stories live. Discover now