Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 yang daku sayangi sekaliann
Haa sempena IVTG mencapai 1k reads, maka saya nak bercerita sikit tentang halaju-- hala tuju cerita ni
Jikalau diikutkan si hati nurani daku yang kecil, merah lagikan berdarah ini, saya nak cari penerbit untuk terbitkan IVTG secara rasmi (aamiin!). Tapi the problem is, bila saya baca balik cerita ni, rasa macam... agak kurang mantap haa gituww...
Jadi, saya merancang untuk memantapkan lagi storyline, menambahkan lagi ✨spice✨ story ni. Mana yang patut buang, saya buang. Mana yang patut ditambah, saya tambah. Idea dah ada. Tunggu tulis je ni haa😚
Nak tengok? Jap.
Haa tu diaaa~ nampak dak yang tulis edited tu? Haa yang tulah yang edited version.
TAPI!!
Itu baru first edit. Bila saya baca first edit tu balik, saya still rasa buku ni belum cukup mantap. Jadi saya menambahkan lagi plot dan meng-twist sedikit ideanya daripada story asal (jangan risau, Aakif still polis. Takdaknya tetiba bertukar jadi otomen)
Kalau idea asal Akim terbunuh tanpa sengaja, idea yang baru ni Akim dibunuh untuk menutup satu kebenaran. Haaa cun en cun ennnn????
Banyak lagilah yang saya tukar dan tokok tambah. Takleh citer semua. Nanti spoil😚
Saya masih terfikir, IVTG new version ni patut diletak dalam book ni atau buat satu book baru? Cer kasi idea sikett
Oh ya tak ya. Saya ada buat satu trailer untuk IVTG. Tapi sayangnya dekat wattpad ni takleh letak video daripada gallery. Jadinya, sape2 yang ada tiktok tu boleh lah cari saya @yeathatlynn atau Lynn-i di tiktok (psst, jangan lupa like, comment and follow yaaa😚)
Tu je kut utk storytime ni.
Haaa baru teringat nak tanya. Ada yang nak IVTG s2 tak? Kalau ramai, saya nak buat. Konsep dan tema dah ada. Tunggu nak kembangkan je.
Lepastu saya terfikir juga nak buat spin-off. Cerita pasal Hilmi selesaikan misteri di tempat dia pula.
Hmm banyak je idea nk buat story. Tapi tulah. Nak tulis tu jadi masalah sikit hmm😌
Okeylah. Tu je nak bagitau. Selamat menjamu seler--- selamat menjalani hari yang indah. Semoga sentiasa sihat dan dijauhi daripada bencana banjir yang melanda. Aamiin...
Kesian daripada saya,
TheFnlini⚘***
Saya ada jugaklah mula belajar melukis semata-mata nak lukis karakter sendiri. Dan ini antara hasilnya.
(Dah, saya tunjuk satu je sebab yang ni yang paling cantik antara semua. Yang lain cam harommm T^T)
Ada orang cakap muka cam Erehhh. Kebetulan apakah ini??😂😂😂
YOU ARE READING
Misi IVTG
מתח / מותחןIVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibun...