1

5K 213 21
                                    


Jam ditangan menunjukkan pukul 2:30 pagi. Semua orang masih lagi nyenyak tidur pada waktu itu. Tapi tidak bagi dua orang lelaki ini.

Topeng hantu disarung pada kepala. Beg sandang digalas.

"Ingat. Jangan sampai kene tangkap", pesan lelaki yang dikira abang dalam kumpulan mereka berdua.

"Baik Hyung", lelaki yang lagi satu mengangguk faham.

Mereka keluar dari perut kereta. Kereta mereka disorok disebalik semak samun. Dahan dahan pokok diletak di atas kereta supaya tiada siapa kesan.

Mereka berlari ke arah belakang rumah yang telah mereka rancang untuk merompak. Alatan untuk membuka tombol pintu dikeluarkan.

Salah seorang dari mereka menggunakan penyepit rambut untuk membuka kunci tombol itu.

Klik!

"Bagus Bagus", bisik si abang perlahan.

Perlahan lahan si adik membuka pintu. Mereka menyelinap masuk dari dapur. Pintu ditutup semula.

Mereka melihat sekeliling sebelum memulakan rancangan.

"Cari benda yang bernilai. Jangan curi sudu garfu pulak", pesan si abang

"Ye hyung. Aku tak bodoh", balas si adik.

Mereka terus memulakan operasi merompak. Mereka menggunakan lampu suluh melihat sekeliling. Mana yang rasa berharga, terus capai masuk dalam beg.

Si abang suluh pada laci di bawah TV. Dia mencari apa apa yang boleh mendatangkan hasil. Satu beg dompet membuat dia tersenyum disebalik topeng hantu yang dipakai.

Duit dan segala kad kredit diambil. Dia senyum sinis.

"Inspektor Kim Seok Jin. Rumah kau rupanya", si abang tu ketawa dalam diam.

Dompet itu diletakkan semula. Si abang memberi isyarat kepada si adik supaya naik ke tingkat atas. Dia mengangguk faham.

Perlahan sahaja langkah mereka menuju ke atas. Mereka melilau masuk ke dalam setiap bilik.


PRANG!


Jisoo keluar dari bilik air.Dia mengejutkan Jin yang nyenyak tidur.

"Oppa bangun", Jisoo separuh berbisik.

Jin pantas bangun dari tidur. Dia membetulkan bajunya.

"Kenapa?"

"Ada bunyi kat luar. Takut ada orang pecah masuk", ujar Jisoo separuh menggigil.

Jin mengambil pistol dibawah katil. Dia memasukkan peluru lalu bergerak ke arah pintu. Jisoo menarik tangan Jin.

"Eun Ji", Jisoo teringat akan anaknya dibilik sebelah.

"Chagi duduk sini. Oppa pergi amik Eun Ji", kata Jin.

Jisoo mengangguk faham.




"Aduh hai kau ni. Tak boleh ke masuk senyap sikit", marah si abang separuh bisik

"Aku tak sengaja lah", si adik masuk ke dalam satu bilik. Si abang merengus geram.

"Ape je ada kat dalam bilik ni?", gumam si adik.

Matanya melilau melihat sekeliling. Banyak anak patung dan mainan bayi. Almari kecil ditepi pintu diselongkarnya. Tiada apa selain baju dan lampin.

Dia melihat ke dalam katil bayi itu. Bayi yang baru berusia sebulan lebih itu nyenyak tidur sambil mengisap ibu jari.

"Comel nya", ujar si adik geram. Dia cubit pipi bayi itu.

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now