10

1.9K 154 0
                                    


Jimin mundar mandir di ruang tamu. Lagi setengah jam, sudah menunjukkan pukul 8. Dia tak boleh lambat.

Pintu rumahnya diketuk. Langkahnya pantas menuju ke pintu dan.. Rose berdiri dihadapannya.

"Kau marah lagi ke?", tanya Rose tiba tiba

Jimin tidak membalas pertanyaan Rose. Dia berlari naik ke biliknya. Rose terkedu. Dia masuk tanpa dijemput.

Chaengi di dalam pelukkan Jimin bertukar tangan ke Rose.

"Sorry aku dah lambat. Kau tolong jaga Chaengi. Bye", Jimin keluar dari rumahnya.

Dia toleh ke arah Rose sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kunci rumah aku sebelum kau keluar", pesan Jimin lalu hilang dari pandangan

Terkebil mata Rose. Dia pon dah lambat sebenarnya. Dia datang pon sebab nak tengok Chaengi sekejap. Tapi kena jaga.

"Tengok tu Chaengi. Senang je dia nak lepas tangan", ujar Rose pada Chaengi yang bermain dengan rantai miliknya Rose

Rose mengemas barang Chaengi lalu dimasukkan dalam begnya. Dia mengunci rumah Jimin sebelum keluar.

Rose berhenti buat seketika. Dia teringat yang dia tiada seatbaby untuk Chaengi. Dia masuk ke dalam rumahnya dan meletakkan Chaengi di atas sofa.

Nombor Lisa didail.

"Yeoboseyo?", suara lelaki di hujung talian membuat Rose berkerut

"Siapa ni?", tanya Rose.

"Awak cari Lisa?", tanya lelaki itu

"Yes. Who are u?", tanya Rose lagi

"Hello? Rose ah. Wae call aku?", tanya Lisa yang agak kelam kabut. Lelaki tadi dimarahinya perlahan tapi dapat didengari Rose.

"Lisa aku perlukan khidmat kau", rengek Rose seperti budak tak dapat coklat.

"Bukan kereta kau dah okay ke?", tanya Lisa

"Kau nak tolong ke tak ni?", balas Rose dingin

"Ok ok ..20 minit lagi aku sampai", ujar Lisa lalu meletakkan panggilan.

Rose menyandarkan badan pada sofa. Chaengi merangkak ke arah Rose. Senyuman Rose melebar. Dia menepuk tangan.

"Chaengi dah besar la. Cepatnya dia besar", Rose mengangkat Chaengi. Chaengi dicium beberapa kali.

Walaupun berapa hari lepas dia jumpa Chaengi, tapi rasa bahagia, seronok semua la.

Ingin mencari ibubapa kandung Chaengi tak pernah terlintas dalam fikiran Rose. Rose merasakan Chaengi dibuang begitu sahaja. Dia tidak mahu fikir tentang hal itu.

Dia nak Chaengi ada dengan dia. Selamat.

Rose keluar dari rumah dengan Chaengi didalam pelukkannya. Lisa didalam kereta tidak perasan Rose yang menggendong Chaengi kerana sedang bercakap dengan seseorang di dalam panggilan.

Rose duduk di sebelah tempat pemandu. Lisa mematikan panggilan setelah Rose masuk. Mata dia terarah ke arah Chaengi.

"Omo! Comelnya. Baby siapa ni?", tanya Lisa sambil tangannya mengusap pipi Chaengi.

"Nama saya chaengi", Rose membuat suara bayi.

"Cute name. Baby siapa ni?", tanya Lisa.

Rose hanya diam. Kalau boleh dia tak nak ceritakan hal sebenar pada Lisa. Dia terpaksa memberi alasan lain dan lagi logik. Dia senyum pada Lisa.

"Kau nak aku bagitau? Jalan dulu. Bila nak sampai", Rose ketawa supaya keadaan tidak kekok.

"Ok miss Roseanne", balas Lisa lalu memulakan pemanduan.

Hampir 4 minit mereka diam. Rose seperti lupa ingin menceritakan tentang Chaengi pada Lisa. Lisa memandang Rose apabila keretanya berhenti kerana lampu merah.

"Kau tak cerita kat aku pon. Pasal chaengi", ujar Lisa

Rose ketawa gugup. Dia memandang Chaengi yang bermain dengan rantai Rose. Lagi.

"Ni anak jiran. Aku tolong jaga sementara ni", tipu Rose.

Lisa pandang Rose pelik. Dari kata kata Rose, dia dapat rasa yang Rose menipu.

"Yeke?"

Rose menunjuk ke arah lampu isyarat.

"Dah hijau. Jalan", ujar Rose

Lisa meneruskan pemanduannya. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Lagi lagi bila Jennie menelefonnya tadi.

Jennie kata Jisoo semakin tak okay. Sekarang pon, dia dimasukkan ke dalam hospital kerana jatuh tangga. Kerinduan Jisoo pada Eun Ji mereka dapat rasakan. Sejak kehilangan Eun Ji, Jisoo tidak terurus.

Walaupun Lisa tak berpeluang jumpa Eun Ji, tapi perasaan nya kuat mengatakan Eun Ji dekat dengannya.

"Tadi ade ki angkat call aku. Siapa tu?", tanya Rose.

Lisa mati dari lamunan. Dia tersengih.

"Tunang aku. Jungkook", balas Lisa

Rose hanya mengangguk dan dia mula diam. Jungkook? Pernah dengar nama tu.

Dia mengetap bibir. Lisa mencuit bahunya perlahan.

"Dah sampai la", Lisa ketawa kecil.

Rose mencari duit di dalam beg nya. Lisa menghalang.

"Kali ni tak perlu. Free", ujar Lisa

"Serious? Thanks lis. Ckp bye bye kat Lisa unnie", Rose mengangkat tangan Chaengi lalu dilambai kepada Lisa

"Bye chaengi!", Lisa mengucup dahi Chaengi sebelum Rose keluar dari keretanya.





Hoseok dan Yeri berpandangan. Rose yang menyiapkan tempahan pelanggan tidak perasan yang dirinya seperti diperhatikan.

"Rose.. Boleh aku tanya?", Yeri memulakan perbualan

"Apa? Kau nak tanya ni siapa? Ni Chaengi", ujar Rose lalu bermain dengan jari kecil Chaengi. Tau tau sahaja dia, Yeri ingin tanya apa.

"Yes we know. Kau dah sebut 10 kali. But, baby siapa ni?", ujar Hoseok pula

Rose tersenyum sampai ke telinga. Muka Chaengi di pandang lama.

"Baby aku", balas Rose tanpa teragak agak

Yeri dan Hoseok terkejut. Sejak bila Rose kahwin? Anak kandung Rose? Kenapa mereka tak tau? Tu lah soalan yang bermain di fikiran Yeri dan Hoseok.

"Korang cepat la. Aku tak bole nak siapkan kerja ni sorang sorang", ujar Rose kembali serius

Mereka mengangguk faham.



.....Bersambung.....

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now