25

1.9K 161 32
                                    

5 bulan kemudian..

Rose berdiri di persisiran pantai. Dia berpeluk tubuh sambil menikmati pemandangan pantai petang itu. Seseorang memegang bahu Rose perlahan.

"Chaeyoung ah, jom makan", ajak Jisoo.

"Tapi diaorang dah sampai ke?", tanya Rose. Matanya mencari cari kelibat yang lain di tempat mereka berkelah.

Mereka melambai ke arah Rose. Rose melambai kecil. Dia dan Jisoo terus berjalan menghampiri mereka.

"Mana Jin oppa? Eun Ji pon takde", tanya Rose bila tiada Jin dan Eun Ji disitu.

"Dia .. beli barang dengan Eun Ji. Kita makan dulu", balas Jungkook.

Mereka ketawa.

Mesti korang nak tau apa jadi kan? Victoria dikenakan hukuman penjara atas kesalahan cuba membunuh. Encik Kim pula telah meninggal dunia akibat terkejut mendengar berita tentang Jimin. Rose pula, dia dah digelar CEO baharu di Kim's Holdings. Namjoon pula sudah balik ke Amerika semula.

Taehyung dan Jennie berebut kamera.

"Yah Kim Taehyung! Biar chagi yang ambil la. Chagi ni amik gambar makanan buat apa?", marah Jennie sambil menolak Taehyung ketepi.

"Tadi chagi yang suruh. Ah sudah la saya merajuk", Taehyung menghentak kakinya meninggalkan kawasan itu.

"Ala sorry la.. Awak!", Jennie terus mengejar Taehyung yang sudah jauh.

Mereka ketawa terbahak bahak melihat pasangan sejoli itu.

"Unnie nak tu!", Rose menunjukkan buah epal disebelah Jisoo.

Buah epal itu bertukar tangan. Bukan pada Rose, tapi satu tangan kecil disebelah Rose. Rose terkejut bila Eun Ji disebelahnya.

"Eun Ji!!", Rose mendukung Eun Ji. Dia letakkan Eun Ji diatas pangkuannya.

"N..nak!", pinta Eun Ji sambil cuba menggigit buah epal itu.

"Auw.. Comel", ujar Lisa dan Jungkook geram.

"Hyung. Apa rahsia dapat anak comel?", tanya Jungkook pada Jin yang baru tiba dengan Eun Ji tadi. Jungkook menjongket jongketkan kening kanannya.

Lisa menolak badan Jungkook. Jungkook mengaduh.

"Ape ni? Malu la sikit ade Eun Ji", marah Lisa sambil mengunyah sandwich perlahan.

"Buat apa nak malu kan? Suka cakap je la..", ujar Jungkook menyakat.

"Kau nak tau jugak? Meh aku bisik sikit", panggil Jin.

"YAH OPPA!!"

"Jeon Jungkook!!"

Jungkook dan Jin terdiam. Lisa dan Jisoo sudah mula dengan bebelan mereka pada dua mangkuk itu. Itulah padahnya kalau tak reti jaga mulut.

Rose tidak melayan dengan karenah dua pasangan itu, sebaliknya dia fokus pada Eun Ji sahaja.

"Nah", Rose menyuap Eun Ji dengan epal yang dipotongnya tadi.

"Nak jugak boleh?", suara seseorang membuatkan Rose toleh kebelakangnya.

Jimin membuka mulutnya tanda minta disuap.

Rose senyum sinis. Dia menolak muka Jimin perlahan. Dia ketawa jahat.

"Nak sangat kan?", ejek Rose.

Jimin senyum sinis. Dia mengambil Eun Ji dari Rose. Rose merengus geram.

"Yah Jimin!!", Rose mengejar Jimin yang membawa Eun Ji lari ke persisiran pantai.

"Eun Ji ah, nak main air tak?", tanya Jimin.

"N..nak!!", Eun Ji memukul air pantai itu dengan tangannya.

Rose senyum jahat. Dia jumpa kulit kerang dan diberikan pada Eun Ji.

"Wah..naaak", ujar Eun Ji sambil mulutnya ternganga.

"Nah mommy bagi. Simpan tau", ujar Rose sambil melepaskan tangan Jimin dari Eun Ji.

Dengan pantas dia menolak Jimin ke dalam air.

"Main kotor boleh ah! Eun Ji tolong", panggil Jimin sambil membuat gaya lemas.

Eun Ji menunjuk nunjuk ke arah Jimin. Tangan Rose digoncangnya.

"Ah.. Ah olong!!", Eun Ji menjerit.

"Yah Jimin!! Jangan la takut kan Eun Ji!" jerit Rose.

Yang lain dengar akan jeritan Eun Ji. Lagi lagi Jin dan Jisoo. Mereka terus berlari ke arah Rose.

"Kenapa ni? Chaeng ah? Eun Ji okay?", tanya Jisoo bertalu talu.

"Tengok le tu. Anjing laut tu mintak tolong", ujar Rose geram.

Jimin berdiri di dalam air itu. Dia membetulkan rambutnya. Dia tersengih.

"Aku nak mintak satu benda. Harap kau boleh tolong", pinta Jimin pada Rose.

Rose memberikan Eun Ji pada Jisoo.  Dia menyilangkan tangan di dada.

"Apa dia?", tanya Rose.

"Wanna be my wife?", Jimin melutut di dalam air.

Rose senyum sinis. Lisa dan Jennie menggoncang bahu Rose.

"Chaeyoung ah, cakap la 'yes I do'", sampuk Jisoo pula

"Sorry la, tak dengar la. Kau cakap ape tadi?!!", tanya Rose lagi.

"Aku cakap PARK CHAEYOUNG DO YOU WANNA BE MY WIFE. BE MINE FOREVER?!!", jerit Jimin

"Chaeyoung?", mereka semua toleh ke arah Rose yang masih lagi tersenyum jahat.

  Ape jawapan Rose? Ya ke tak?

Bersambung...

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now