12

1.8K 167 9
                                    


     Rose mendukung Chaengi masuk ke dalam rumah. Jimin memanggilnya. Rose toleh.

    "Kau betul ke ni tak nak aku jaga kan?", tanya Jimin ingin kan kepastian.

    Rose mengguling matanya tanda menyampah. Masuk kali ni saja, dah 10 kali Jimin tanya.

    "Of course. Berapa kali kau nak tanya aku ni?", Rose ketawa kecil.

    Jimin turut ketawa. Dia menggosok leher tanda malu.

   "Aku tanya je. Goodnight", ujar Jimin dan berlalu pergi.

   Rose hanya senyum kepadanya dan terus mengunci pintu.

    Chaengi diletakkan perlahan lahan di atas katil.

    "Kesian chaengi ye. Kene ikut mama kerja. Mama?", Rose terdiam dengan kata katanya.

    Chaengi ketawa menampakkan gigi susu nya yang baru tumbuh. Rose mengusap pipi Chaengi perlahan.

    "Sape nak mandi? Chaengi nak mandi tak? Nak mandi tak? Dah bau masam ni", ujar Rose lalu mengucup lembut muka Chaengi.

    Chaengi ketawa. Rose mengangkat Chaengi membuatkan kaki Chaengi menendang katil.

    "Wow Chaengi dah pandai eh. Meh kita test merangkak. Tapi sebelum tu, kita MANDI DULU!!", Rose mengangkat Chaengi masuk ke dalam bilik air.

   Chaengi tidak henti henti ketawa.

   
    Jimin berdiri di balkoni. Suara Chaengi dan Rose membuatkan dia tersenyum sendiri. Tuala di lehernya dicampak ke atas katil.

   Dia terbaring lemah. Dia sedaya upaya ingin tidur tapi matanya tidak mahu tutup.

    Matanya terarah ke arah katil Chaengi. Terasa rindu pulak.

    Dia berjalan ke arah katil itu. Dia tersenyum sendiri. Patung alpaka yang mempunyai reben merah diambilnya.

    Chaengi suka peluk patung itu ketika tidur. Jimin bergesa keluar dari biliknya dan terus ke rumah Rose.

    Pintu diketuk beberapa kali. Baru lah Rose buka. Chaengi di dalam dakapannya menggapai tangan ingin kepada Jimin.

    "Chaengi jatuh nanti", ujar Rose.

    Chaengi mencebik. Mereka ketawa.

    Jimin menghulurkan patung alpaka itu.

    "Chaengi selalu tidur dengan anak patung ni. Nah", Jimin meletakkan patung itu di tangan Chaengi.

    "Thanks", ucap Rose.

    Jimin hanya senyum. Baru sahaja Rose ingin menutup pintu, Jimin menahan dari luar.

    "Wae?", Rose pelik.

    "Kau nak  jaga Chaengi lagi ke esok?", tanya Jimin

     Rose mengangguk laju."Mesti lah. She's my baby after all", Rose mengucup perlahan pipi Chaengi.

    "Maksudnya-"

    "Aku boleh jaga dia sampai bila bila. Aku tak kacau kau lagi. Jangan risau", ujar Rose tanpa membenarkan Jimin bercakap.

    Jimin terkejut. "Aku tak maksudkan macam tu"

    "Dah tu?"

     "Boleh aku jaga Chaengi malam ni? Anggaplah kali terakhir aku jaga dia", ujar Jimin perlahan.

    Rose tahu apa yang Jimin rasa. Dia pon bukannya nak menjauhkan Jimindari Chaengi. Lagipon siapa lah dia nak buat macam tu? Dia ibu kandung Chaengi ke? Bukan.

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now