Rose menggigil. Dia rasa nyawanya hampir melayang tadi.
"Rose? Rose!", Jimin menggoncang bahu Rose tapi Rose masih kaku.
Dia pandang Jimin tepat pada mata.
"Aku takut. Jimin aku nak balik", Rose menangis. Dia menekup mukanya lalu menyembam pada bahu Jimin.
"Ok aku bawak kau balik", Jimin mengusap belakang Rose perlahan.
Rose masih lagi takut dengan kejadian tadi. Dia langsung tidak sedar apa yang dia buat tadi. Seperti bukan dirinya.
Jimin memeluk bahu Rose sehinggakan ke parking lot. Rose diam. Air matanya masih lagi mengalir.
"So..sorry", ujar Rose separuh berbisik.
"Its okay. Kau rehat", ujar Jimin lalu memasangkan seatbelt pada Rose.
Jimin's POV
Aku jeling pada side mirror. Dia tak tidur. Dia termenung. Apa kena dengan dia ni?
Daripada malam tadi dia act weird je. Apa hubungan dia dengan Encik Kim? Namjoon hyung? Kenapa Encik Kim panggil dia chaeng? Namjoon hyung pon sama.
Aku tak faham apa yang jadi sekarang ni. Aku garu kepala aku yang tak gatal. Kenapa aku nak ambil tau pasal hal diaorang? Aku family Encik Kim ke? Bestfriend Namjoon hyung? Namchin Rose? Bukan. Aku bukan sape sape.
So why do I have to care? Duh..speaking pulak..
Tapi..
Aku risau. Risau dengan Rose. Haish ape aku nak buat erk?
Something yang boleh buat dia happy.
Kejap..
Bukan something..
Tapi ..
Someone. Aku tau siapa.
Aku pandang side mirror balik. Rose tidur. Good timing.
End POV
Nayeon keluar dari wad Encik Kim. Namjoon menghampirinya.
"Macam mana dengan uncle?", tanya Namjoon melulu
Nayeon melepaskan keluhan berat. Bahu Namjoon ditepuk perlahan.
"Aku harap kau boleh bawak Chaeyoung datang sini balik. Condition Encik Kim dah tak stabil lagi. Aku takut kalau..", Nayeon mengetap bibirnya. Susah untuk dia katakan.
Namjoon ingin masuk tapi Nayeon menariknya.
"Dia kena rehat. Aku rasa, baik kau cari Chaeyoung buat masa sekarang ni", cadang Nayeon
Namjoon ketawa sinis. "Cari? Dekat mana? Aku call dia, dia tak nak angkat. Apatah lagi kalau aku mesej. Bluetick. U heard me Nayeon? BLUETICK!"
"Aku bawak kau pergi rumah Rose", balas Nayeon serius.
"Kau tau?", soal Namjoon balik.
"Aku tak tau tapi kita boleh tanya Lisa. Her bestfriend!Dah jom!", Nayeon terus menarik tangan Namjoon berlaku pergi dari situ.
Yeri baring di atas sofa dengan selesa. Baru je dia nak melelapkan mata, Hoseok menarik hidung Yeri membuatkan Yeri menjerit.
"Sakit lah! Kau kenapa?", marah Yeri.
Hoseok tidak membalas. Sebaliknya dia duduk bersila di atas meja. Muka ditongkatkan dengan tangan. Tangan kirinya pula memegang segugus kunci.
"Kau rasa kenapa Rose tak datang erk? Semalam balik awal. Harini cakap ada hal. Habis tempahan banyak banyak ni? Nasib kita dah siapkan", ujar Hoseok separuh geram
"Mana lah aku tau. Kita ada pergi rumah dia kan semalam. Dia tak ada rumah. Kasut pon takde",balas Yeri
"Tapi kereta dia ade. Bukan kereta je, motor dengan basikal pon ada. Tak ke pelik tu", fikir Hoseok
Yeri hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Dia naik grab kot. Ala think positive je la. Maybe di-"
Ting!
Pintu dibuka seseorang diluar. Yeri memanjangkan lehernya.
"Siapa tu?", dia separuh berbisik.
Hoseok tidak membalas. Sebaliknya dia terus tunduk hormat kepada orang itu.
Yeri cepat cepat bangun kerana dia menyangkakan itu ialah pelanggan. Dan ya, Victoria.
"Selamat datang puan. Puan cari bunga apa?", tanya Hoseok dengan nada sopan. Walaupun dia dan Yeri pernah saja jumpa Victoria.
Victoria menunjukkan reaksi terkejut. Yeri menggulingkan matanya tanda menyampah.
"Puan? Am I look older to you?", ujar Victoria sambil memandang Hoseok tajam.
"Yes. Macam dah ada anak 10", balas Yeri selamba dengan nada sinis.
"Oh really? U tau tak muka u tu macam kena geser kat jalan tar? I hope you cermin diri u dulu okay?", balas Victoria menyampah.
Yeri rasa ingin menumbuk muka Victoria tapi dihalang Hoseok.
"Jangan buat hal please", Hoseok senyum paksa.
Yeri merengus geram.
"Anyway, I nak tanya pasal tempahan for Kim's Holdings. Done it?", tanya Victoria dengan kegedikannya.
"Dah puan. Eh maaf. Cik. Kitaorang dah siapkan. Kejap saya am-"
"No need. I nak u guys hantar semua bunga tu, dekat Kim's Holdings. Boleh kan? I nak lusa", ujar Victoria sambil melihat jam tangannya.
Dia menghampiri Yeri. Yeri masih lagi teguh. Langsung tak takut.
"And don't be late", ujar Victoria lagi membuatkan Yeri makin menyampah.
Victoria keluar dari Roses Garden dengan lenggok yang sememangnya gedik.
Yeri mengepal penumbuknya.
"Ee sabar je aku dengan betina tu!", kata Yeri geram.
"Dah la. Kau jangan lupa pulak lusa ni. Tapi kena bagitau Rose jugak la. Kalau dia tak tau, lagi susah doh kerja kita", balas Hoseok.
Yeri hanya mengangguk.
Rose's POV
Aku bangun dari tidur. Sekarang pukul 6 petang. Okay.. Kejap. 6?! Lamanya aku tidur..
Aku cabut seatbelt dan keluar dari kereta Jimin. Tapi mana Jimin? Jap. Sungai Han?
Aku kaku tengok Sungai Han yang cantik petang ni. Aku tak tau tapi aku amazed.
Seseorang nak ikat mata aku dengan kain. Aku terkejut lalu toleh kebelakang.
Jimin senyum kat aku. Dia pusingkan aku balik supaya dia boleh ikat mata aku.
"Kau dah kenapa?", aku tepis tangan dia.
Dia merengus geram.
"Sebelum aku campak kau dalam sungai, baik kau dengar cakap aku. Nak sweet sweet sikit pon susah", kata Jimin.
Eish.. Terpaksa patuh je dengan dia ni.
Bersambung...
YOU ARE READING
Babysitters?! [•jirose•]
FanfictionRose menekan loceng rumah Jimin beberapa kali. "Kau dah kenapa? Memekak memalam ni"-Jimin "Kau marah aku? Sepatutnya aku yang marah kau"-Rose "Kau dah kenapa? Gila? Anak sape ni?"-Jimin "Kau tak tau ni anak sape? Aku jumpa dekat depan ru...