14

1.7K 148 1
                                    


    Jimin dan seorang lelaki menunggu di luar bilik kecemasan. Dia menyandar pada dinding. Risau.

Flashback

   Wheein masuk ke dalam bilik Jimin tanpa dibenarkan.

    "Jimin ah, Encik Kim nak kau semak  dokumen ni. Dah semak, hantar kat dia", ujar  Wheein lalu meletakkan fail dokumen di hadapan komputer Jimin.

   "Okay. Lain kali ketuk sebelum masuk", pesan Jimin. Matanya mengerlir tajam ke arah Wheein.

   Wheein tersengih malu.

   "Ye ye aku tau", Wheein keluar 

   Tanpa buang masa, Jimin terus menyemak dokumen itu. Selesai semak dan pastikan semua nya tiada kesalahan, dia terus menuju ke bilik pejabat Encik Kim.

   Dua kali diketuk, tiada sahutan dari Encik Kim. Lagi dan lagi, masih tiada sahutan.

    'Dia ada ke tak ni?', bisik hati Jimin

    Prang!!

    Jimin terus masuk bila terdengar bunyi barang jatuh dan pecah. Encik Kim terbaring di atas lantai. Tangannya memegang dada.

   "Encik Kim!", Jimin berlari ke arah Encik Kim.

    Encik Kim menunjukkan botol ubat di atas meja, tapi isinya kosong.

   "Tolong..", Encik Kim pengsan.

    "Encik Kim?", panggil Jimin

    Kebetulan, Wheein dan seorang lelaki masuk ke dalam pejabat Encik Kim.

    "Jimin kenapa ni? Encik Kim?", Wheein terkejut.

    Lelaki dengan Wheein tadi terus memeriksa nadi Encik Kim.

    "Cepat call ambulans", arah lelaki tinggi lampai itu.

    Tanpa buang masa, Wheein bergegas ke mejanya untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

End Flashback

     Mata Jimin terarah pada lelaki yang tolong dia selamatkan Encik Kim.

    Lelaki itu menghulurkan tangannya pada Jimin. Jimin menyambut huluran.

    "Saya Jimin", ujar Jimin lalu menunduk hormat. Dia mendongak sedikit kepalanya ketika melihat muka lelaki itu.

   "Namjoon", ujar lelaki bernama Namjoon itu.

   Dia memakai jaket,tshirt dan seluar jeans berwarna hitam. Di lehernya terdapat rantai loket berbentuk bintang. Mask dan topi menghalang Jimin dari mengecam muka Namjoon

    Namjoon menepuk bahu Jimin perlahan.

   "Kenapa pandang aku macam tu?", Namjoon ketawa kecil.

    Jimin menggeleng perlahan lalu ketawa.

   "Maaf. Tapi aku tak pernah nampak kau sebelum ni. Kau orang Korea ke?", tanya Jimin ingin tahu.

   Namjoon menarik mask dari wajahnya. Dia mengangguk tanda ya.

   "Aku duduk dekat Amerika sebelum ni", ujar Namjoon.

    "Ouh kenapa?", tanya Jimin lagi.

    "Aku handle kan syarikat appa aku dekat situ. Bila datang sini, aku perasan banyak dah berubah dekat Korea", ujar Namjoon lagi.

   "Lagipun aku datang sini nak cari--", pintu wad dibuka.

   "Macam mana dengan uncle? Dia ok kan?", tanya Namjoon

    "Dia perlukan rehat dan tak banyak stres. Kondisi jantung lagi teruk kalau dia terlalu stres atau penat. Dan dia perlu duduk di hospital dalam seminggu dua ni untuk kami beri rawatan dan pantau pemakanan dia", ujar doktor perempuan itu.

    "Baik doktor", ujar Jimin dan Namjoon akur.

    Doktor perempuan itu memandang Namjoon lama. Tangannya cepat memukul bahu Namjoon. Namjoon terkejut.

   "Namjoon! Bile kau balik?", tanya doktor itu terkejut. Dia pon tak tau kenapa dia baru perasan Namjoon.

   Namjoon diam buat seketika. Matanya memandang tepat ke arah nametag di kot doktor itu.

   "Nayeon? Siapa erk?", Namjoon menggaru lehernya.

     Nayeon mengangkat tangannya dan diletak atas kepala dan menepuk perlahan kepala sendiri.

    "Kau lupa? Budak perempuan yang kau selalu main tepuk kepala dia", ujar Nayeon lagi.

    "Ouh! Nayeon! Dah besar la kau", Namjoon menepuk kepala Nayeon

   Nayeon ketawa. Tangan Namjoon dipukulnya.

   "Hish kau ni!", marah Nayeon

    "Kau jadi doktor? Wow ada kemajuan", perli Namjoon lagi

    Nayeon menyilangkan tangannya.

   "Kau sejak dah duduk Amerika ni, banyak perubahan eh ", ujar Nayeon dan ketawa kecil.
  
   "Of course. This is Kim Namjoon okay? Not always the same", ujar Namjoon bangga.

    "Even your dirty mind?", ujar Nayeon sinis.

   "Shh", Namjoon meletakkan jari di bibirnya. Nayeon ketawa.

   Nayeon menoleh ke arah Jimin. Dia menunjuk Jimin dan memandang Namjoon.

   "Tu Jimin. Employee uncle", ujar Namjoon .

  Jimin hanya senyum pada Nayeon. Nayeon senyum balik. Dia pandang Namjoon semula.

   "Uncle kau nanti diaorang akan pindahkan ke wad biasa. Kalau tak ada apa apa aku pergi dulu", ujar Nayeon yang baru sedar akan waktu kerja masih berjalan.

   Namjoon keluarkan kad dari beg dompetnya.

   "Nanti call aku", ujar Namjoon.

    Nayeon senyum sinis. "Okay. Aku save 'Mr. Dirty Mind' "

    Namjoon menggulingkan matanya tanda menyampah. Nayeon melambai ke arah mereka sebelum hilang dari pandangan.

   Jimin menepuk bahu Namjoon perlahan.

   "Aku kene balik pejabat", ujar Jimin

    Namjoon mengangguk faham. Kad diberikan pada Jimin.

   "Call aku kalau kau nak tau perkembangan uncle. Sorry, Encik Kim. Aku tengok kau ni ambil berat dengan bos. Such a nice employee", ujar Namjoon bangga

   Jimin senyum. "Gomawo. Aku pergi dulu", Jimin berlalu pergi.








      Nayeon mengeluarkan telefon. Nombor seseorang dicari.

    "Hello? Nayeon ah. Wae?", suara lembut di hujung talian membuat Nayeon lega

   "Asal kau lambat angkat?", marah Nayeon manja

    "Mian.. Banyak kerja. Kau asal? Takde kek takde ramen, call aku", ujar perempuan itu.

    "Appa kau masuk hospital", ujar Nayeon perlahan

    "Apa?"

    "Namjoon bawak dia ke sini. Dia baru balik Korea. Kau rasa? Dia mesti cari kau", ujar Nayeon risau.

    Tawa sinis perempuan itu saja bagi Nayeon dengar.

   "Biar lah. Aku taknak tau. Aku sibuk. Bye", perempuan itu terus mematikan panggilan.

   Nayeon menghembus nafas berat.

    'Rose ah, kenapa kau kepala batu sangat?', getus Nayeon

                       ...Bersambung...

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now