24

1.7K 156 23
                                    

Jimin menghantar Rose dihadapan rumah agam Encik Kim. Rose membuka seatbeltnya.

"Thanks hantar aku balik", ucap Rose.

"Takde hal la", balas Jimin.

Baru je Rose ingin keluar, Jimin memanggil namanya.

"Kau ada ke event malam esok?", tanya Jimin teringatkan hal itu

Rose mengangkat bahunya perlahan."Not sure. Why?"

"Nothing. Bye", balas Jimin dengan senyuman tipis.

Rose keluar dari kereta Jimin. Dia melambai kecil dan terus masuk ke dalam.

Jimin masih lagi berada di hadapan rumah agam Encik Kim. Dia ingin katakan sesuatu pada Rose tapi dia takut.

'Next time aku bagitau la', ujar Jimin pada dirinya

Dia terus memandu kereta keluar dari taman perumahan itu.

Rose merebahkan badan diatas katil. Fikirannya hanya satu. Perlu ke dia pergi ke event malam esok? Dia gementar.

Tok! Tok!

" Boleh oppa masuk?", pinta Namjoon.

"Masuklah", panggil Rose. Dia ubah ke posisi duduk.

Namjoon masuk ke dalam. Dia mengambil tempat disebelah Rose.

"Kenapa ni?", tanya Namjoon bila nampak kerisauan di muka Rose.

"Chaeng takut", balas Rose

"Takut? Sebab? Event esok?", tanya Namjoon

Rose mengangguk perlahan. Namjoon ketawa kecil. Dia mengusap kepala Rose.

"Oppa dengan Encik Kim ada. Relax kay? Lagipun ade je kan workers kat situ kenal Rose. Lagipun ramai orang baru dekat situ. So no worries kay?", ujar Namjoon menenangkan Rose.

"Okay..", balas Rose perlahan.

Rose mencari cari telefon bimbitnya.

"Kenapa ni? Cari apa?", tanya Namjoon bila Rose mula tercari cari sesuatu.

"Phone. Chaeng rasa tertinggal dalam kereta Jimin", ujar Rose cemas.

"Oh jom la. Kita ambil kat rumah dia", ajak Namjoon.

Rose mengangguk setuju. Tiba tiba sahaja hati dia rasa tak sedap. Seperti sesuatu telah berlaku pada Jimin.

Jimin masuk ke dalam rumahnya. Suis lampu dibuka. Dia terkejut bila seseorang berjaket hitam berdiri dibelakangnya.

"Kau sape? Macam mane kau boleh masuk?", tanya Jimin dengan nada biasa. Tidak mahu menunjukkan rasa gentar.

ZAASH!!!

Darah mengalir keluar banyak dari perut Jimin. Jimin rebah. Dia terbatuk batuk. Darah keluar dari mulutnya.

"Kalau aku tak dapat kau, orang lain pon tak boleh!!!", jerit Victoria marah.

Pisau ditangannya jatuh. Pintu hadapan dibuka seseorang. Victoria terkejut. Dia terus berlari melalui pintu belakang.

Jungkook masuk ke dalam rumah Jimin. Dia terkejut apabila Jimin terbaring di hadapan pintu dengan berlumuran darah.

"Hyung!!", Jungkook cuba mengejutkan Jimin tetapi Jimin tidak sedarkan diri.

Dia lantas mendail nombor hospital.


Kereta Namjoon berhenti dihadapan rumah Jimin. Mereka pelik kerana rumah Jimin dipenuhi dengan orang ramai yang mengelilingi ambulans.

"Kenapa tu?", Namjoon menyoal Rose. Rose hanya mengangkat bahu.

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now