Jimin masuk ke dalam biliknya dengan dulang makanan. Rose terkejut lalu menyorokkan telefon Jimin.
"Kau buat ape tu?", tanya Jimin bila nampak Rose sembunyikan sesuatu.
"Tak buat apa apa"
Rose senyum kelat. Matanya terus terarah pada dulang ditangan Jimin. Jjajangmyeon dalam satu mangkuk saiz sederhana itu buat dia terliur.
"Kau makan la dulu", Jimin meletakkan dulang itu diatas peha Rose.
"Habis kau?", tanya Rose sambil memegang tangan kiri Jimin
Jimin geleng. "Aku nak mandi. Lagipun aku tak lapar"
Rose hanya diam. Jimin terus masuk ke dalam bilik air dengan tuala dileher. Rose pandang jjajangmyeon itu lama. Dia fikir sama ada mahu makan dahulu atau tunggu Jimin. Fikirannya dah bercelaru.
'Better makan dengan dia sekali',gumam Rose.
Dia terus turun dari katil. Dulang itu diletakkan di atas meja. Dia turun bawah menuju ke dapur. Dia ingin mengambil segelas air. Tapi satu mangkuk saiz sederhana besar diatas meja buat dia tertanya tanya. Apa tu? Dia membuka penutup itu dan... Jjajangmyeon.
'Eleh! Kata tak lapar. Ni apa?', gumam Rose
Tanpa dia sedar, Jimin menuruni tangga dengan perlahan lahan tanpa pengetahuan Rose. Dia ingin menerjah Rose. Dia jalan terjengket jengket ke belakang Rose dan..
"HA!!!", Jimin menepuk bahu Rose
"Arh!", Rose menjerit lalu menampar muka Jimin kuat.
Jimin terduduk. Tangan kirinya menutup pipi yang dah kemerahan sakit. Rose memukul bahu Jimin perlahan.
"Kau dah kenapa? Tu lah, kenakan aku lagi. Kan dah kena", ujar Rose geram.
Jimin menggosok gosok pipinya. Rose ketawa kecil melihat Jimin seperti itu. Comel.
"Sakit tau tak?", Jimin menggosok gosok matanya pula. Dia terasa kuku Rose tadi terkena pada matanya.
Rose memegang pipi Jimin. Mata Jimin ditiup perlahan.
"Tu la, ni namanya balasan sebab suka kacau orang", perli Rose lalu menyambung tiup mata Jimin
Jimin mencebik lalu membuatkan Rose ketawa. Jari Rose menunjuk pada mangkuk jjangmyeon di atas meja.
"Aku dengar tadi orang tu tak nak makan. Tapi ada jjangmyeon lagi satu tu", perli Rose
Jimin menggulingkan matanya. Bunyi perut dia membuatkan Rose ketawa lagi kuat.
"HAHAHA tu bunyi perut kau ke bunyi drum?", perli Rose lagi.
Jimin menarik pipi Rose membuatkan Rose menjerit.
"Sakit le ba..bi", marah Rose perlahan.
"Balasan", Jimin menjuihkan bibir lalu mengambil mangkuk jjangmyeon dan berlaku pergi. Dia menaiki tangga menuju ke bilik.
Rose mengambil dua gelas air di atas kabinet. Peti ais jimin dicerobohnya. Satu botol air sejuk dicapai. Dia terus berlari mengikut Jimin dari belakang.
Selesai makan, Jimin terus bermain dengan telefonnya. Rose hanya mengerlir memandang Jimin .Dia membuat perkara yang sama.
LalisaM
"Chaeng ah kau okay? Kau terus balik lepas Eun Ji dah balik dekat Jisoo unnie. Are u fine with that?"
YOU ARE READING
Babysitters?! [•jirose•]
FanfictionRose menekan loceng rumah Jimin beberapa kali. "Kau dah kenapa? Memekak memalam ni"-Jimin "Kau marah aku? Sepatutnya aku yang marah kau"-Rose "Kau dah kenapa? Gila? Anak sape ni?"-Jimin "Kau tak tau ni anak sape? Aku jumpa dekat depan ru...