23

1.6K 159 8
                                    

Jimin keluar dari tingkat pejabatnya kerana telah waktu makan tengahari. Dia terserempak dengan Hoseok yang mengangkat bunga bunga ros itu keluar dari lif.

"Perlukan pertolongan sementara?", tanya Jimin membuatkan Hoseok menoleh memandangnya.

"Jimin! Lama tak nampak. Nak tolong? Amik ni", Hoseok menghulurkan separuh bunga ditangannya pada Jimin.

"Dari tadi aku cari dewan utama. Tapi kat mana?", soal Hoseok sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau salah tempat. Kita kena turun balik", ujar Jimin dengan tawa kecil.

Hoseok masuk semula ke dalam lif. Jimin menekan butang nombor 2. Hoseok dah tersandar lemah di dinding lif.

"Mana Rose dengan kawan kau lagi sorang tu?", tanya Jimin ingin memecahkan kesunyian.

"Ouh dorang dekat dewan utama. Aku tunggu dorang dekat van tadi, tapi bila lama sangat tunggu dorang, dengan aku pon yang dah penat, tu aku masuk. Nasib jumpa kau", ujar Hoseok lega.

Jimin hanya balas dengan tawa. "Takkan Rose tak bagitau dewan utama dekat mana", kata Jimin.

"Tak", balas Hoseok ringkas.

Jimin sekadar mengangguk.



Rose dan Yeri memberikan bunga bunga itu pada pekerja yang bertugas. Mereka terus akur dengan arahan yang diberi Rose.

"Wah, akak kitew dah jadi big boss la", sakat Yeri

"Hish kau ni. Eh Hoseok mana?", tanya Rose bila menyedari Hoseok tidak mengekori mereka berdua.

Hoseok keluar dari lif dengan Jimin. Dia nampak Rose dan Yeri yang tidak jauh dari diaorang. Dia melangkah laju ke arah Rose.

"Kenapa tak turun balik? Nasib ni last", ujar Hoseok dengan nada marah sambil menunjukkan bunga ditangannya.

" Sorry la. Kitaorang lupa", balas Yeri

Rose tidak perasan yang belakang Hoseok itu Jimin sehinggalah bunga itu di ambil oleh pekerja yang menguruskan dewan.

Yeri dan Hoseok berlalu pergi. Rose memberikan mereka balik awal kerana tiada kerja lagi yang perlu dibuat. Selepas hilang nya mereka berdua, tinggal Jimin dan Rose disitu yang masih pandang antara satu sama lain.

"Hi Miss Park. Atau patut saya panggil, Chaeng?", tanya Jimin dengan gurauan.

Rose ketawa. Dia bercekak pinggang. "Chaeng je. Tak payah nak ber'Miss' la"

Jimin mengangguk faham."So Chaeng, nak join aku pergi lunch? Aku belanja", pelawa Jimin

"Serius la?!", Rose hampir menjerit.

Jimin mengangguk laju. Dia menunjukkan lengannya. Tanpa fikir panjang, Rose terus memegang lengan Jimin. Entah kenapa, dia terasa gembira bila buat demikian.

"Kau kalau makan, laju je eh", perli Jimin

"Hish kau ni. Ikhlas ke tak?", marah Rose perlahan

"Hahaha aku gurau je. Bila lagilah nak gurau dengan kau macam ni lagi kan", ujar Jimin dengan nada perlahan.

Rose senyum tipis. "Boleh la. Hari hari pon boleh", balas Rose

"Tapi kau dah pindah dekat rumah appa kau"

"Kenapa? Rindu eh?", Rose mencucuk pipi Jimin.

"Buang masa aku jer", balas Jimin acuh tak acuh.

Mereka ketawa. Sedang seronok melayan loya buruk masing masing, mereka tidak sedar yang mereka kini di lobi. Kebetulan yang tidak dijangka, Victoria lalu dihadapan mereka.

Victoria terkejut. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia menolak bahu Rose kasar membuatkan Rose dan Jimin menoleh melihat Victoria.

"Victoria apa masalah kau?", marah Jimin. Dia menolak Rose perlahan ke belakangnya.

"Serius la jimin. Perempuan ni? Perempuan tak mandi ni jugak yang u nak? I lagi cantik dari dia. Lagi sexy. Ape je ade dekat perempuan selekeh ni", ujar Victoria dengan kutukan pada Rose.

Rose terkejut. Marah dia makin meluap luap tapi ditahan. Jimin menampar kuat pipi Victoria.

"Kau hina dia lagi, aku-", Victoria memotong percakapan Jimin

"U ape? Nak tampar I lagi? Tampar la!", cabar Victoria

Jimin ingin menampar Victoria lagi tapi Rose menghalanganya.

"Jimin stop. Jangan buat kecoh please", Rose separuh berbisik.

Jimin menarik Rose keluar dari bangunan Kim's Holdings. Mata mata orang masih lagi pada mereka. Rose hanya menundukkan wajahnya.

"Jimin dah la tu", ujar Rose cuba menenangkan Jimin.

"Dia hina kau. Kau boleh biarkan je?", tanya Jimin yang masih lagi marah dengan Victoria.

Rose diam. Dia hanya balas dengan senyuman.

"Cakap la. Kau sanggup ke dengar dia hina kau?", tanya Jimin lagi.

Rose pegang perutnya."Lapar la. Jom!", Rose terus menarik tangan Jimin ke kafe Kim's Holdings.

Selepas mengambil tempat duduk dan memesan makanan, mereka hanya diam. Rose hanya mengalihkan pandangan ke luar.

"Hey", panggil Jimin

Rose toleh melihat Jimin."Ape?"

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau sanggup ke tengok Victoria hina kau macam tu?", tanya Jimin teringat akan hal sebentar tadi

"Sape je sanggup kan. Aku tunggu je", balas Rose

"Tunggu apa?",tanya Jimin lagi

"Tunggu masa yang sesuai nak malukan dia dengan cara BAIK", ujar Rose dengan menekan kan perkataan BAIK.

Bersambung....

Babysitters?! [•jirose•]Where stories live. Discover now