Rose menyarung selipar dan keluar untuk menghirup udara pagi yang segar. Dia membuat senaman ringan sebelum memulakan tugasnya sebelum pergi ke kerja."Good morning Busan!", Rose menjerit di muka pintu
Pili air dibuka dan getah paip dipegang. Pokok bunga dihalaman rumah disiram. Sambil sambil itu dia menyanyi kecil.
"I don't know what to do without you. Yeah yeah hey!"
Jimin menggosok rambutnya yang serabai. Jam loceng yang dah lama berbunyi dimatikan.
Matanya melirik ke arah tingkap bilik. Dia keluar ke balkoni. Dia membuat senaman ringan disitu. Sehingga lah dia merasakan paginya tidak berapa aman.
"Bisingnya perempuan ni", ujar Jimin geram.
Dia mengambil air tin yang telah kosong di atas meja lalu dilempar ke arah Rose
"Omo omo!", Rose melompat kerana terkejut.
"Padan muka! Memekak pagi pagi lagi", ujar Jimin kasar.
Rose mengutip tin kosong itu. Dia pandang Jimin geram.
"Kau ni memang tak boleh respect orang ke? Rumah kau takde tong sampah eh? Amik ni", Rose balik tin kosong tu pada kereta Jimin.
"Woi!", jerit Jimin. Dengan pantas dia berlari ke luar rumah.
"Omo!", Rose terkejut bila balingannya terlalu kuat.
Dia keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kawasan rumah Jimin. Kesan retakkan pada cermin sisi kereta membuatkan Rose mula cuak.
"No no no no", Rose geleng beberapa kali.
Jimin menolak Rose ke tepi. Dia menyentuh kesan retakkan itu. Dia menggenggam tangan.
"Kau tengok ape kau dah buat!", marah Jimin
Rose bercekak pinggang. "Suka hati kau nak tuduh aku. Kau mula dulu kan?"
Jimin diam. Dia masuk ke dalam rumah nya semula. Pintu dihempas kuat. Rose tergamam
"Biadabnya", gumam Rose lalu masuk ke dalam rumah nya semula.
Barang keperluan bayi diletak atas kaunter. Lelaki berjaket hitam dan bermask hitam itu melihat sekeliling sementara jurukaunter mengscan barang barang tu.
"Encik ada kad LifeMart?", tanya jurukaunter sopan
Lelaki itu sekadar menggeleng.
Jurukaunter itu sekadar mengangguk lalu meneruskan kerja mengscan.
Sementara menunggu, lelaki itu terdengar orang bercakap cakap. Mata dia melilau mencari suara suara itu.
Rupa rupanya, mata mereka tertumpu pada berita yang disiarkan sebentar tadi.
"Kejadian rompakan yang berlaku di sebuah rumah di kawasan perumahan semalam, menjadi kerisauan pada penduduk yang lain. Dimana salah seorang perompak itu telah berjaya ditangkap pihak polis dan seorang lagi berjaya meloloskan diri. Pihak polis meminta kerja sama orang awam membantu mencari suspek berkenaan yang bernama Kim Jae Hyun"
Lelaki itu terkejut kerana nama nya dan wajahnya tertera pada kaca TV.
"Encik?", Jurukaunter itu menepuk bahu Jae Hyun perlahan.
"Ye?", Jae Hyun terkejut
"Semua sekali 30,000 won", ujar jurukaunter itu.
Jae Hyun mengeluarkan donpetnya. Seseorang menolak bahunya tanpa sengaja. Dompetnya terjatuh.
"Maaf bro. Aku tak sengaja", lelaki itu mengutip dompet Jae Hyun lalu memberi nya kepada Jae Hyun.
Jae Hyun sekadar mengangguk tanda memaafkan. Cepat cepat dia membayar dan keluar dari kedai itu.
Dia melalui jalan perjalan kaki di bawah tanah. Kawasan yang kotor dan malap itu dilaluinya tanpa rasa takut kerana dari kecil dia pernah tinggal di tempat sebegitu.
Dia sampai pada sebuah rumah usang yang kecil. Pintu dibuka lalu ditutup dengan kerusi.
Rengekkan Eun Ji membuatkan dia rasa menyampah. Barang barang yang dibeli tadi dibawa ke belakang.
"Haish budak. Kau ni memang menyusahkan hidup aku betul la. Cepat aku dapat Jae Won, cepat ah aku boleh serahkan kau kat mak bapak kau. Menyemakkan hidup aku je", bebel Jae Hyun.
Rose menyarung hoodie berwarna putih dan seluar jeans biru. Rambutnya diikat simpul. Beg hitam digalas lalu keluar dari rumah.
Dia menghidupkan enjin kereta beberapa kali tetapi tidak berjaya. Enjin keretanya berdetum kemudian mengeluarkan kepulan asap hitam. Rose keluar dari perut kereta. Dia bercekak pinggang
"Kenapa lah pagi pagi kau buat hal?", omel Rose.
Dia mengambil beg galas lalu beralih ke motosikal yang dihadiahkan rakannya tahun lepas. Baru je dia nak naik, tayar belakang motosikal itu seperti dipancitkan.
"Sabar Rose. Sabar", Rose mengurut dadanya.
Jimin keluar dari rumahnya dan membuka lock kereta. Dia toleh memandang Rose di sebelah rumahnya.
"Selamat pagi cik Rose. Kenapa tu? Pancit? Kesian", Jimin ketawa berdekah dekah sebelum hilang dari pandangan.
Rose memandang ke arah lain. Menyampah rasanya bila bertembung dengan Jimin. Lagi lagi sikap Jimin yang suka cari masalah dengan dia sejak dia pindah ke sini 6 bulan lalu.
Pernah jugalah Rose bertanya kepada jiran jiran yang dah lama tinggal disitu tentang Jimin. Tetapi mereka hanya membalas dengan 'dia memang suka kacau orang' 'dia tu budak baik walaupun nakal'..
Itu je lah yang dia dengar. Tanpa dia sedar, terlalu lama dia berangan sehingga kan kereta Jimin pon dah tiada.
Rose tiada pilihan lain. Dia terpaksa menelefon rakannya Lisa iaitu pemandu grab yang memang rajin. Lagi lagi waktu pagi macam ni.
Jimin masuk ke dalam pejabat. Semua mata terarah pada nya. Dahinya berkerut seribu.
"Jimin. Masuk office saya. NOW", ujar Encik Kim.
Jimin mengangguk sambil menunduk 90 darjah. Dia cepat cepat letak beg bimbit miliknya di atas meja lalu masuk ke dalam pejabat Encik Kim
..Bersambung..
YOU ARE READING
Babysitters?! [•jirose•]
FanfictionRose menekan loceng rumah Jimin beberapa kali. "Kau dah kenapa? Memekak memalam ni"-Jimin "Kau marah aku? Sepatutnya aku yang marah kau"-Rose "Kau dah kenapa? Gila? Anak sape ni?"-Jimin "Kau tak tau ni anak sape? Aku jumpa dekat depan ru...