OGP. II

681 113 44
                                    

" ini langkah terakhir untuk jadikan kamu manusia sementara. " sang ayah pocong kain kafan polka dot itu pun mengeluarkan sebuah paku panjang 5 inch dari sebuah peti lama.

" tu buat apa ayah? "

" perlu paku pada tengkuk kamu untuk jadikan kamu manusia sementara. nah mari sini nak "

tengkuk diberikan dan sang ayah pocong polka dot itu pun menukulnya menggunakan batu separa besar pada tengkuk ponty dohye.

maka, bercahaya teranglah seluruh rumah buruk itu di buatnya.

" wah, hyun terlepas sesuatu ke? " terloncat² adik lelakinya itu ke arah mereka dua beranak.

" KEMANA HILANGNYA KAKAK KU ! HUARGHH "

seketika kemudian cahaya itu memudar dan menampakkan sosok tubuh manusia.

" AOMG CANTIK NYA NAK NGURAT BOLEH TAK AYAH "

" eh, kalau pocong tu buat cara pocong lah " kepala donghyun diketuk mengguna kan batu bekas menukul paku pada tengkuk ponty dohye .

" itu kakak kaulah! "

" mustahil! kakak ku yang berliur basi tu cantik cenggini eleh. hidup ini bagai mimpi " rapping dah anak pocong cina seekor ni.

" aku tau lah anak aku cantik! tengok ayahnya lah " acah hensem orang tua pocong polka dot tu.

" huarghhhhh! " menangis kuat si ponty dohye .

" kenapa nangis ni ponty. permintaan kamu dah ayah kabulkan. ada yang kurang lagi ke? tak nak wajah ni. wajah ni kurang cantik ke apa ke? sumbing? ada gigi salah parking? "

" cerewet. " ejek donghyun si pocong cina.

" tak lah. cuma sedih ponty akan tinggalkan donghyun dan ayah disini. huargh" bertambah kuat nangisnya pontianak yang telah menjadi manusia sementara itu.

" cengeng " ejek donghyun lagi.

" tak apa kamu boleh lawat ayah dan donghyun ke sini. "

" jangan risau. ayah beri kamu sedikit super power ayah. kamu boleh guna kuasa tu untuk sampai ke sini secepat mungkin, atau bantu kamu dalam kesusahan"

" tapi ingat, kuasa tu hilang kalau kamu langgar pantang larang. dan tak boleh manusia lain nampak kamu guna dia "

" baiklah ayah. " ayahnya dan adik lelaki nya tu dipeluk erat.

" ayah. donghyun nak jadi manusia jugak lah "

di cepuk kepala adiknya, " kau teman kan ayah disini sahaja. "

" hm yelah kakak ku yg cantik-- lah sangat. baik layan music bank! " si pocong cina tu pun beredar pergi.

━━━━━━

DOHYE POV

mulai hari ni aku dah tukar nama. ponty kepada dohye haha. dohye tu nama manusia cun sikit la.

aku menggunakan super power ku utk meng gps kan lokasi di mana manusia berdarah dinasti joseon di korsel(korea selatan) ni.

ok dah jumpa.

━━━━━━

sebuah rumah banglo besar di gangnam.
setiap inch rumah aku teliti.

seorang lelaki tua kira² berumur 50-an sedang duduk di sofa sambil membaca surat khabar. aip, malam² baca surat khabar. latihan rabun malam ke apa.

seorang wanita tua hampir sebaya lelaki tua tu menghampirinya.

" yeobo. penatlah bersihkan rumah ni." lalu wanita itu duduk di samping lelaki tua itu. suaminya mungkin ya.

" haih. awak pun satu. tak senang nampak habuk hinggap dekat rumah ni" menggeleng² suaminya tu.

" tunggulah esok orang gaji baru tu sampai. " kata suaminya lagi.

suasana sunyi seketika. senyap. aku yang memerhati dari tingkap segera bersembunyi.

" yeobo. seramlah malam ni. tiba² bulu roma merinding lah pula." batang leher disapu lembut oleh wanita tua itu.

aku rasa. oleh kerana kehadiranku lah ni. hihihihi

" macam² lah awak ni. ah mana seungyoun? " soal suaminya.

" kat atas lah. dalam bilik dia. asyik berkepit dengan laptop dia uruskan hal pejabat lah tu "

segera aku petik jari dan dengan super power yang aku ada ni. sekelip mata aku smpai ke rumah lama kami.

zzup!

END POV

━━━━━━

" ayah. tak nak lah jadi manusia, kahwin lelaki tua yang dah ada bini tu huarghh " mengadu domba si dohye kepada ayah pocongnya.

" nah meh la tukar. hyun pula jadi manusia " tawar si donghyun pocong cina

" bukan tu lah. itu ayah dia. ada tu anak lelaki dia." kata ayah.

" betul ke ayah? "

" lah kamu tak check ke hmm " menggeleng kepala ayah pocong. kemudian. anak gadisnya hilang lagi.

━━━━━━

HONK HONK

bunyi hon pada waktu pagi itu memeranjatkan seungyoun yang sedang melakukan senaman ringan di halaman rumahnya. ibunya pun menjenguk keluar.

" selamat pagi puan, ni dia orang gaji baru yang saya janji kan kemarin. "

" selamat pagi puan. seo dohye imnida" dohye bow dan maju. menyalam lembut tangan wanita itu. bakal mak mertua yehey.

" wah. baguslah kamu dah datang. nah ambik ni Haha " sampul wang diberi pada Haha, tuan mandur kepada sistem orang gaji.

" terima kasih puan. " Haha berlalu pergi. masuk semula ke dalam vannya untuk menghantar orang gaji yang lain.

bahu Haha dipegang dari seat belakang,
" eh mas bro, bukannya gue yang harus diturunin di sini ? " kata seorang tukang gaji. import dari indonesia.

" eh. " alamak ini semua kerja dohye la. dia pukau mandur tu.

" aku hantar kau balik ke indonesia ja lah kan "

➳❥ tbc

media di atas adalah adik ponty a.k.a seo donghyun si pocong cina tu.

in real life tu adalah seo donghyun yg participate dekat show me the money 8.

dia top4. dia bias author. umur dia 17. visit his ig @bignaughtyboi

Orang Gaji Pontianak. ✔Where stories live. Discover now