OGP. X

334 75 0
                                    

dua hari berlalu sudah, dohye pergi sendiri ke Shinsegye Bakery tempat donghyun bekerja. dia mengambil tmpt duduk di kawasan luar, secawan coffee panas dan pancake dipesan.

pelayan bakeri tu, donghyun. dia memberi pesanan dohye kepada dohye di meja luar.

" nah. " pesanan diberikan oleh donghyun. dohye tahu suara itu, kepala diangkat. sah, itu adiknya. dohye diam, tak mampu kata apa.

" kakak ponty " kata donghyun perlahan.

air mata bertakung tidak mampu dibendung lagi. donghyun dipeluk utk lepas rindu. dohye tahu, adiknya sudah mengingatnya. syukur!

" terima kasih hanse, halmeoni. " bisik hati dohye, dia tau ada yang menolongnya.

━━━━━━

lepas berjumpa dengan adiknya, dohye berjanji akan datang semula kerana adiknya juga berjanji akan membawa kakaknya tu ke rumah sewanya.

dohye dalam perjalanan pulang ke rumah, nak guna super power tapi tak boleh! ramai manusia dekat jalan. apa boleh buat perlu jalan ke bus stop lah. soal duit, adalah sikit simpanan.

hujan turun. dohye mula berlari lari anak ke perhentian bas. nanti basah, mana ada bas nak bawa nanti.

tiba² tangan dohye di tarik menyebabkan dia terundur ke belakang. aik, dia dah dalam payung. tapi, dengan seseorang. orang itu di sebelah dohye. dalam satu payung.

sekali sekala, orang itu di intipnya. muka tak nampak. tapi sah! lelaki. dari gaya pemakaian nya. dohye nak keluar. tapi.

" awak nak ke bus stop depan tu kan " bersuara lelaki tu.

dohye angguk, " ya "

" samalah. awak tumpang lah sekali payung saya " senyum lelaki tu.

" terima kasih. "

tiba di bus stop, dohye dapat nampak muka lelaki tu jelas. hensem juga lah. tak lah macam muka hantu jembalang lelaki yang selalu mengejarnya sewaktu dia jadi hantu dulu.

" lupa nak bagitau, saya wooseok " tangan diberi utk bersalaman.

ragu² dohye nak sambut.

" eh saya bukan nya orang jahat juga " senyum diberi.

lega sikit hati dohye, tangan wooseok disambutnya. " dohye. seo dohye "

lambat juga bas sampai. sehingga kan dohye rasa sejuk, sebab dia basah kena hujan sikit. mantel wooseok digantung pada bahu dohye utk pakaikan nya,

" eh. wooseok nanti awak sejuk lah " mantel cuba diberikan kembali tapi di tolak wooseok.

" awak pinjam lah dulu " dohye akur.

━━━━━━

bus tiba di destinasi tempat dohye nak turun. wooseok dah turun awal darinya. untung lah hujan sudah reda sedikit. hanya gerimis tinggal. sebaik sahaja turun dari bas, dohye perasan sesuatu. mantel!

" macam mana nak bagi dia balik ni? haish pabo. pinjam tak pandai bagi balik "

membebel sendiri dohye kerana cuai dan lupa kembalikan mantel wooseok. tiba di rumah,

" cantik mantel. " tuan seungyoun berkata sambil nonton tv.
------

❏ DOHYE POV

aku menjemur mantel wooseok yang dia bagi pinjam kat aku hari tu, lepas tu aku ke halaman rumah untuk bersihkan kolam.

ada kereta masuk, aku lihat ada seorang perempuan muda keluar dari kereta. wow, gaya dia macam orang kaya. mesti scandal tuan seungyoun lagi ni.

aik nak cakap tu perempuan jalang hari tu, tak pula. perempuan yang ni pendek sikit. si jalang tu lebih tinggi.

" omma! " jerit perempuan tu dah terus masuk rumah dengan bagasinya.

aik, omma! ni dah lain ni. scandal yang ni lebih gila dari si jalang hari tu.

━━━━━━

" oh. lupa nak kenalkan. ni Ara (조아라). anak buah saya " kata puan cho pada aku.

" ara..ni dohye, maid dekat rumah ni "

ara pandang aku dari atas smpai bawah, " oh. maid rupanya "

anak buah rupanya. sepupu tuan seungyoun lah ni. " ara ni dah macam anak saya sendiri. " jelasnya lagi.

si ara tu peluk puan cho, " mana oppa mama? " pelukan di lepas.

wait! oppa---

" kerja lah "

" dah dah kamu rehat dulu. pegi masuk bilik. " ara masuk bilik dan tinggalkan bagasi nya.

" tolong bawa masuk bagasi tu... MAID "
pandangan sombong angkuh berlagak diberi pada ku.

minta puji!

━━━━━━

pada waktu petang, tuan seungyoun baru balik dari pejabat. aku baru saja nak buka pintu untuk nya, tapi, ara dah lari laju dekat pintu. ooo sambut OPPA nya lah ni.

untuk cover malu, aku cuba berjalan ke dapur.

" oppaa! " ara peluk tuan seungyoun.

aku pandang dengan ekor mata, gedik nya. terus aku ke dapur.

❏ END POV

━━━━━━

❏ SEUNGYOUN POV

" oppa penat lah ara. " pelukan aku dileraikan.

" alaa baru ja nak bawa oppa shopping " gila. dasar anak manja.

" esok boleh kan " dia ni buat muka manja lagi.

aku abaikan dan cuba naik, di tangga aku terserempak omma. ara mengekori dibelakng.

" youn. kamu bawa la ara jalan² esok. nanti dia balik England. dia cuti tu kejap je "

" haish, yelah omma " malas nya aku nak layan anak manja tu. sudah besar, umur dah 20 nak manja lagi.

mata aku meliar cari dohye, bukan dia ada dekat ruang tamu kah tadi.

━━━━━

sepanjang hari, ara berkepit ja dengan aku. malas la begini. rimas aku dibuatnya.

" oppa tau tak, dekat england---- "

" tak nak tahu pun " aku pintas cakapnya.

" haish. oppa ni " bahu aku dipukulnya.

" rimaslah ara. " aku mendengus.

" haish, baik jalan lah " ara berdiri.

" pegi mana? " aku soal.

" jumpa kawan lama. " ah pergilah kau. aku ni dah rimas melayan kau.

❏ END POV

➳❥ tbc

Orang Gaji Pontianak. ✔Where stories live. Discover now