OGP. XXIV

317 66 13
                                    

seungyoun hantar dohye balik pejabat dia,

" dohye, esok saya dah nak balik gangnam. " bersuara dia.

dohye hanya diam meneliti kotak merah berisi cincin depannya, benar kah apa dia lihat ni? itu cincin bukan dalam dia.

" urusan dgn cj e&m comp. dah selesai "

" saya pun nak ke gangnam hari ni. tapi tak jadi, esok ja lah ikut tuan seungyoun. " bersuara dohye. memandangkan dia tiada teman ke gangnam utk melawat rumah peninggalan datuknya utk ibunya itu.

" lah. nak ikut balik rumah jadi isteri ke hehe, " gurau lagi dia.

dohye pandang lelaki yang bawa kereta sebelah dia tu, " tuan seungyoun ni... betul² ? serious? " saja minta kepastian.

" ya dohye. sebelum saya balik esok. lepas ni, 2 minggu saya ke china. ada urusan kerja lagi. " lanjut seungyoun sambil terus memandu.

" kalau macam tu, " dohye pandang luar tingkap, " malam ni jumpa ayah saya. "

━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

tepat masa, jam 8. seungyoun datang ke rumah marga seo itu. di seoul. rumah agam milik keluarga tu tersergam indah berdiri megah di bandaraya itu.

orang gaji rumah mempersilakan seungyoun masuk dan duduk di ruang tamu. sudah siap duduk di sana dohye dan ayahnya.

" joheun bamdwiseyo, tuan seo. " bow seungyoun. nampak segak dan kemas penampilan dia walaupun agak simple.

" ya, cho seungyoun. selamat malam. " ayah dohye bersuara. dohye duduk ja diam di situ. " dohye dah cerita.. kamu betul². serious dengan anak pakcik? " tanya tuan seo.

jadi malu dohye jadinya, ayahnya ni. straight to the point betul lah!

mengangguk lelaki tu,

" soal perasaan ni, mana boleh paksa kan. " kata tuan seo dan pandang anak dia, dohye buat muka ja. " ah kamu dohye, kamu suka seungyoun? sedia dah nak kahwin? jadi isteri dia? " soal ayahnya lagi.

membuatkan anak gadisnya itu malu, " dohye nak siap makanan dulu. " dia lari ke dapur.

seungyoun ketawa kecil tengok gelagat dohye, depan ayah dia jadi seperti wanita melayu terakhir pulak.

" nak seungyoun. soal kahwin ni bukan senang, janji kamu kena sabar dengan dohye, sama² lalui susah senang. paling penting... " terhenti kata² tuan seo. saja

seungyoun sambung bicaranya, " kepercayaaan."

angguk tuan seo, " kamu tanya lah dohye, kalau ayah ni.. confirm dah bagi lampu hijau! " thumbs up tuan seo.

membuatkan seungyoun tersenyum kecil. sudah tiga lampu hijau, appa, omma, dan ayah dohye. tinggal tanya tuan punya badan nak di bawa kahwin ja ni.

" terima kasih tuan seo. " bow lagi seungyoun.

" sudah sudah. ayah sahaja okay. panggil ayah okay? " sengih ayah dohye. seungyoun angguk laju, tak sangka dia ayah dohye ni jenis yang mudah nak bawa bincang!

" mari lah makan malam sekali, dohye dah masak awal tu. " ajak tuan seo. berdiri telinga seungyoun dengarnya. dah lebih dua minggu dia tak makan masakan dohye.

" mesti kamu rindu dah masakan dia kan? " soalan tuan seo buat kan seungyoun checkmate. ni mesti dohye dah banyak cerita dekat ayah dia ni.

️ ━━━✦❘ ✿ ❘✦━━━

di meja makan, dohye tak banyak cakap sebab... peluang dia cakap tak diberi langsung. ayah dia tanya itu lah ini lah dekat seungyoun. untung seungyoun dapat jawab semua. dah lah semua soalan kbat band 6 hehe.

Orang Gaji Pontianak. ✔Where stories live. Discover now