" youn, kamu buat apa dekat dia ni hah " puan cho pukul lembut anak dia dekat bahu.
dohye nangis. dia rasa tu sebab anak dia lah.
" tak buat apa². tanya la dia sendiri " seungyoun lari ke tingkat atas.
" dohye. kenapa ni " anak itu dipeluk utk meredakan kesedihan nya. " dohye, ada masalah apa ni ? "
dohye tetap nangis, " puan izin saya nak masuk bilik dulu "
sungguh dia ingin menyendiri sekarang. dia diselubungi kesedihan menimpa adik nya.
━━━━━━
" bro, kau tau apa yg boleh buat orang peremuan nangis? " soal seungyoun pada kawan sekerja nya, vernon.
" aku tak pakar sangat la bab ni. mana lah aku ada awek " jawab si vernon lelaki berdarah orang putih itu.
" kau try tanya la jamie " kata vernon lagi.
interkom dihidupkan lalu seungyoun menghubungi pekerja bawah nya utk memanggil rakan sekerja nya, park jimin atau lebih dikenal sebagai jamie.
jamie adalah rakan sekerja nya dan seorang perempuan yg boleh gaul dengan siapa² ja. maksudnya, orang yg boleh mana² sandar.
" seungyoun. wassup ? " jamie datang ke pejabat seungyoun dengan fail ditangan.
" kau tau apa hal yang boleh perempuan nangis ? "
" kau buat jaein nangis ke? apa yg--- "
seungyoun memintas bicara jamie, " mana ada, bukan jaein la"
" ok kalau macam tu, baca dulu surat dalam fail ni. baru tu aku bagi jawapan kepada soalan kau " fail bertukar tangan dan dibuka.
Surat Kenaikan Saham Syarikat.
" oh patutlah appa senang hati je hari ni " kata hati seungyoun.
━━━━━━
❏ DOHYE POV
petang itu, aku membersihkan halaman rumah. potong rumput parasit, gunting daun bunga yang dah mati. and so on.
aku dikejutkan oleh kedatangan kereta mewah keluarga itu, kemudian tuan cho keluar dari perut kereta. aku pandang ke arah tuan dan bow, hormat lah. tuan cho ke arah aku.
" dohye, saya dengar kamu ada masalah keluarga. betul ? " soalnya.
angguk kecil aku, " ya... tuan "
" kalau kamu perlukan masa, cutilah beberapa hari. sebanyak mana kamu mau "
" tapi tuan, tak apa. tu hal kecil saja "
" kalau macam tu, uruskanlah cepat. kalau nak minta bantuan wang ke apa. minta dekat saya, atau isteri dan anak saya "
aku angguk, " baiklah. terima kasih tuan " see, baik nya bapak mertua aku. ops, bakal.
tuan cho masuk dan 15 minit kemudian, kereta tuan seungyoun pulak yang datang. hm see, kaya sangat kan. tak lah balik sama² appa dia. aku biar dan terus potong daun mati pada bunga puan cho.
" ambil cuti esok. aku teman selesai masalah kau " kata tuan seungyoun dan terus masuk dalam.
wait---- apa yg aku dengar tadi. yehuu, baru sahaja hati ni nak melonjak gembira, tiba²...
tip! aku terpotong bunga nya lah. mati aku!
------
DOHYE POV
pagi itu, aku bangun lambat sikit. sebab, puan dan tuan cho benarkan aku cuti nak urus hal donghyun..hm aku rasa, tak habis masalah ni kalau satu hari je.
aku nak ke dapur. nak masak, siapkan semuanya sebelum aku keluar. aku pelik, ada tuan seungyoun di meja makan. dia bersarapan.
aih siapa yg masak. aku abaikan dan terus ke dapur dan masak. bahan diambil dari peti sejuk dan almari. nak masak dulu.
" duduk sarapan. "
bersuara tuan seungyoun.
" saya... nak masak dulu " aku kata.
" 30 minit kau siap. kita jalan " lepastu dia tinggal kan makanan atas meja.
wow, ni mesti dia yang masak. sebab omma appa nya dah keluar. comel aku tengok breakfast tu, ianya sandwich dengan telur gulung yang dihias. aroma kopi aku terbau.
bismillah, aku try dulu masakan bakal suami hehe.
━━━━━━
selesai bersiap, aku memang dah ditunggu oleh tuan seungyoun dekat parking lot. aku masuk ke dalam kereta. duduk seat belakang.
" aku bukan driver kau " bersuara tiber tuan seungyoun. hah. maksudnya apa? aku diam saja.
" duduk depan. " bersuara lagi. oh itu maksudnya. maklumlah, pontianak kan. manalah aku pernah merasa hidup jadi orang kaya ni.
malu lah pulak aku duduk sebelah tuan seungyoun. tapi, aku tepis jauh malu tu. demi, donghyun.
enjin dihidupkan dan kereta itu meluncur laju di jalan raya.
sepanjang dalam kereta, senyap je. aku lemparkan pandangan ke luar tingkap. berfikir." lelaki pekerja bakeri tu siapa? " tanya tuan seungyoun.
sah. memang dia nampak aku hari tu. " adik saya " aku jawab dia. tuan seungyoun hanya diam.
" adik saya hilang ingatan " sedih aku bila terkenangkan kembali. " satu saja cara nak buat dia ingat kembali "
" apa? " soal tuan seungyoun.
aku takut nak bagitau, tapi. bila teringat semula kata² majikan aku yang menyarankan untuk minta bantuan dengan keluarga mereka. aku lega sedikit,
" buat dia jatuh cinta "
kedengaran mengarut bukan. tapi itulah kata ayah aku hari tu. haih, susah lah kalau nak bawa bincang soal hati dan perasaan ni. mana boleh paksa.
kereta tiba² dihentikan. aik, aku pandang keluar tingkap kembali. belum sampai destinasi.
" kenapa tuan seungyoun berhenti? " ni mesti nak ketawakan cerita aku ni.
aku lihat ke arah nya, diam pula,
" haish " mengeluh tuan seungyoun.aku lihat ke hadapan semula. ni yang buat aku benci ni!
➳❥ tbc
YOU ARE READING
Orang Gaji Pontianak. ✔
Fanfiction❛❛Misi 100% menjadi manusia.❜❜ START ⋮ 15/12/2O19 END ⋮ 15/O1/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O19