BAB 14 : PERANG DUYUNG

375 62 13
                                    

Awal Tahun 2018, Esramudra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal Tahun 2018, Esramudra.

"DAN sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai."

Terkesima Ayyan membaca Surah Al-Araff, ayat 179 itu. Pembacaan yang hanya dilakukan melalui kotak minda itu cepat menyentuh hatinya. Bertapalah khilafnya dia menjadi manusia yang lalai tanpa dia sedari. Dia hanya menggunakan telinga untuk mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang saban waktu dipasangkan oleh almarhum Imam Syahriyan dahulu. Gigih mendengar tanpa memahami bait-bait yang diujarkan oleh Al-Quran itu. Dia malas menggunakan matanya untuk melihat Al-Quran yang telah dijilidkan ke dalam tablet elektronik Estodania. Matanya hanya diarah memandang Al-Quran saat dia ingin turun ke laut bersama Faris. Itupun dengan paksa hati bagi mendapatkan keizinan datuknya. Hatinya lebih diabdikan kepada keseronokan duniawi semata-mata. Lalai dalam meniti hidup. Sangkanya, dia sudah cukup ad-din kurang menggunakan teknologi Estodania mencari ikan di laut dahulu. Kononnya ingin menikmati bagaimana nikmatnya menjadi nelayan lama tanpa bantuan mesin-mesin canggih. Hanya sampannya sahaja yang terlihat moden sedikit. Namun, keperluan ibadahnya masih penuh kebergantungan dengan modenisme semata. Atas alasan, Islam itu tidak menyulitkan, bahkan memudahkan. Justeru, bacaan Quran hanya diputarkan tanpa bacaan. Tanpa pemahaman.

Ayyan memandang kejap tablet Quran Estodania di tangan kanannya. Duduknya berteleku di pusat Masjid Esramudra. Sebentar tadi dia ditemani Delustar menyelongkar bilik penyimpanan tablet-tablet ini di tingkat bawah Masjid. Tablet-tablet berwarna hijau tersusun rapi dalam bilik penyimpanan itu. Tanpa mengedipkan sedikit cahaya dan paparan bait-bait suci Al-Quran. Perlahan-lahan menitik air mata Ayyan lalu terjatuh ke atas tablet itu. Sakit terasa ulu hati apabila dia terlupa dengan ayat-ayat Al-Quran yang sepatutnya dihafaznya dahulu. Ketika Estodania masih gah, dia hanya perlu memainkan semula putaran bacaan ayat yang dia terlupa.

Kini, dia terpaksa bergantung kepada kekuatan ingatannya sahaja. Alangkah lalainya rakyat Estodania dengan kecanggihan teknologi mereka yang mendahului peradaban dunia yang lain. Istidraj dalam diam seperti Kaum Tsamud yang membelakangkan seruan Nabi Saleh A.S. dahulu. Bezanya, mereka lebih mentauhidkan Allah, tetapi sama lalai dengan nikmat dunia yang Allah izinkan mereka nikmati.

Sudah agak lama Ayyan mendiamkan diri di Esramudra. Cuba mendalami kelebihan Islam yang termaktub dalam Al-Quran. Memujuk hatinya memahami bait Al-Quran agar yakinnya pada Allah melangkaui semua. Beruntai taubat dan munajat dia lakukan. Seiring dengan itu, semakin banyak kesilapan disedarinya. Namun, perjalanan taubat tanpa rujukan Al-Quran terasa berat sekali. Dia seperti hilang panduan dan pedoman bagaimana hendak kembali menyakini keesaan Allah, apabila hatinya sudah terbiasa bergantung harap kepada mesin-mesin canggih untuk menyelesaikan masalahnya.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now