BAB 19 : KHABITHAH

261 48 4
                                    

Awal Tahun 2015,Estodania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal Tahun 2015,Estodania.

BERDECIT-DECIT kedengaran bunyi komputer di hadapannya. Paparan binari-binari digital pada skrin komputer terhenti kejap. Matanya dipakukan kepada skrin komputer. Imej tiga wanita berwajah bengis sedang dipaparkan. Ketiga-tiga mereka menggenakan busana panjang yang berwarna hitam. Hanya jalur dan corak pada kain sahaja yang berbeza.

"NASA, siapa mereka ini?" tanya Sultan Iltizam.

"Patik kurang pasti siapa mereka, tuanku. Tetapi hasil carian patik berkenaan Nilakendra terarah ke sini," jawab NASA.

"Pindahkan imej mereka ke Meja Replika," titah Sultan Iltizam.

Imej hologram yang tadinya memaparkan imej Istana Estodania segera berubah menjadi imej ketiga-tiga wanita yang tadinya dipaparkan hanya di skrin komputer. Sultan Iltizam menghayunkan tangannya untuk membesarkan imej di hadapannya. Matanya memandang kejap kepada wanita yang sedang berada di tengah-tengah.

"Yang mana satu Nilakendra?" tanya Sultan Iltizam.

"Maaf tuanku. Patik juga tidak pasti," jawab NASA. Jawapan itu disambut sepi oleh Sultan Iltizam. Mata sultan itu masih terpaku kejap ke arah wanita yang berada di tengah-tengah. Pada pipi wanita tersebut, ada kesan melecur yang memiliki bentuk serupa dengan kesan lebam di pipi Farihah.

"Cuba terangkan apa yang kamu jumpa berkenaan ketiga-tiga wanita ini," titah Sultan Iltizam lagi.

"Ini dapatan patik, tuanku. Ketiga-tiga mereka ini adalah tiga rangkai manusia yang pernah wujud pada zaman kegemilangan Majapahit, Srivijaya dan Langkasuka lagi, tuanku. Ketiga-tiganya terlibat dalam membangunkan dan menjatuhkan kerajaan-kerajaan tersebut," terang NASA.

"Maksudnya mereka ini hidup pada zaman sebelum Islam tiba di Nusantara lagi. Apakah mereka ini manusia biasa seperti beta?" ujar Sultan Iltizam.

"Berdasarkan hasil carian patik, ya. Mereka manusia biasa," jawab NASA.

"Beta ragu dengan kenyataan itu, NASA. Mustahil bagi mereka hidup sehingga kini jika mereka hanya manusia biasa," bidas Sultan Iltizam. Jari tangan kanannya dimain-mainkan pada janggut sejemput di dagunya.

"Tidak mustahil, tuanku. Dalam Al-Quran juga dicatatkan kisah Al-Kahfi yang dibenarkan Allah hidup dalam usia yang menjangkaui masa. Nabi Khidir juga sama bukan?" kali ini NASA pula memberanikan diri membidas kenyataan sultannya itu.

"Itu karomah yang Allah berikan untuk mereka yang beriman. Lagipun kisah AL-Khidir itu masih diragukan kesahihannya, NASA. Bezanya, mereka ini pastinya tidak terlibat dalam dakyah menegakkan tauhid Allah. Mustahil jika Allah berikan mereka karomah, penangguhan ajal melainkan mereka ini penghuni ghaib yang kufur," ujar Sultan Iltizam pula. Rasa tidak puas hatinya masih belum surut.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now