SECEBIS PERASAAN AWAN 3

274 15 2
                                    




Assalamualaikum semua....

.

November 2020. Selepas manuskrip Estodania ditolak sebelum ini (28 Januari 2020), saya belum menghantar manuskrip ke mana-mana rumah penerbitan yang lain.... sebab memikirkan keadaan dunia yang sedang bergelombang dengan badai Corona ini.


Tetapi, baru-baru ini saya ada ternampak satu iklan rumah penerbitan baharu yang sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan...

.

SOALANNYA DI SINI... Seberapa ramai yang sanggup membeli buku Estodania? (Mind here, yang kelak diterbitkan ialah Draf ketiga - jalan cerita agak berbeza dengan apa yang disiarkan di sini - malah ada kesinambungan sedikit dengan lanjutan kisah pengalaman Faris)

.

Tetapi kan... tidak dinafikan, dengan dunia yang perlahan, saya agak ragu untuk menerbitkan buku Estodania kerana risau sambutan yang mengecewakan...

ditambah lagi... kewujudan saya dalam media sosial masih tidak menggembirakan...

.

Ada apa-apa nasihat tak?

PKP ini menyebabkan otak semakin lembab untuk memotivasikan diri sendiri pulak rasanya...

.

Awan Wafdan..

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now