BAB 2 : FUQAHA BAHARU

862 111 15
                                    

Penghujung Tahun 2014,Istana Estodania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penghujung Tahun 2014,
Istana Estodania.

NILAKENDRA menatap wajahnya pada pantulan cermin di hadapannya. Dibiarkan terbuka jendela pintu biliknya agar tiupan sang angin dapat menyerbu masuk, mendinginkan hawa biliknya itu. Langsir bilik yang berwarna emas selayaknya kerabat diraja terikat kemas pada kisi-kisi jendela. Perlahan-lahan jari kirinya menyentuh pipi kanannya yang membengkak dan berbintik-bintik merah. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin. Hodoh. Menakutkan. Rambutnya disikat berulang-ulang sebelum disimpul secara berpusar di belakang kepalanya. Sanggul bercorak sehelai daun yang berwarna perang dikeluarkan dari laci meja solek lalu dicucuk jauh ke dalam pusaran rambut, menahan sanggulan rambutnya tadi. Perlahan-lahan sanggul itu melentur sendiri mengikut lengkuk kepalanya.

Nilakendra bangun dari kerusi lalu menuju ke arah katilnya yang terletak setentang dengan meja solek. Di atas katil itu, terbaring seorang perempuan yang jauh lebih muda berbanding dirinya. Perempuan muda itu kelihatan tidak bermaya. Matanya terpejam rapat seolah-olah sedang tidur. Nilakendra mencebikkan bibirnya. Dia tahu, perempuan itu tidak tidur. Dia sengaja memejamkan mata kerana tidak ingin melihat wajahnya.

Nilakendra tersenyum. Puas melihat ketakutan yang digambarkan oleh perempuan yang berjaya diculiknya di Belawai beberapa hari yang lalu. Perempuan ini akan menjadi tiket kejayaan perancangan bangsanya. Sebagai serikandi negaranya, Nilakendra akan melakukan apa sahaja demi mencapai hajat raja mereka. Nilakendra mengapungkan dirinya sehingga jarak antara kakinya dengan lantai bilik itu separas katil. Nilakendra mendekatkan dirinya ke kepala perempuan muda yang sedang terlantar di atas katil itu sehingga dia betul-betul terapung hanya sejengkal daripada badan perempuan yang ada di atas katilnya. Bibir perempuan itu sedang terkumat-kamit membaca sesuatu. Nilakendra merengus marah. Dia segera menekup mulut perempuan itu.

"Farihah sedang baca apa?" bisik Nilakendra. Halus. Kuku jari telunjuknya diruncingkan lalu digaritkan dagu Farihah dengan kuku runcingnya.

"Buka mata, sayang. Sebentar lagi kita akan bertemu Permaisuri. Bukankah kamu ingin sangat bertemu dengannya?" sambung Nilakendra lagi.

Farihah membuka matanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir keluar. Hati wanitanya rasa tergugah melihat kehodohan wajah yang dijelmakan oleh Nilakendra. Nilakendra sangat rapat dengannya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas perempuan jahat yang sedang terapung di atasnya itu.

"Kamu sepatutnya rasa beruntung kerana aku memilih kamu dalam misi ini! Bukan menangis seperti budak-budak!" bisik Nilakendra ke telinga Farihah. Perempuan malang itu semakin galak menangis.

"Andai misi ini berjaya, kamu bakal menerima ganjaran yang tidak mampu kamu bayangkan bagaimana lumayannya," sambung Nilakendra sambil mengukir senyuman manis. Manis tetapi masih menyeramkan sesiapa yang melihatnya.

"Aku pinjam tubuh kamu sekali lagi. Kamu hanya perlu tidur! Jangan nakal. Biar aku yang kemudi!" ujar Nilakendra sambil tersenyum. Pipi kanan Farihah diusap-usap manja. Kemudian, dia mengubah wujudnya menjadi kepulan asap hitam.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now