BAB 22 : REKRUT LASYKAR

265 44 4
                                    

Awal Tahun 2015,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal Tahun 2015,

KampungPagung, Kepulauan Karimata.

IMAM SYAHRIYAN sedang duduk bersila di pangkin rumahnya. Hatinya terasa tidak tenang pada saat itu. Dia tidak sabar menanti kedatangan kedua-dua cucunya yang sedang berada di laut sejak subuh tadi. Hanya beberapa jam lagi, maghrib akan menjelang. Ayyan dan Faris sepatutnya sudah tiba sebelum asar berkumandang lagi seperti yang mereka janjikan. Dia tidak sabar untuk menyampaikan amanat yang sudah lama tertanam di lubuk hatinya ini. Firasat tuanya kuat mengatakan bahawa kedua-dua mereka sudah patut mengetahui amanah yang ditujukan khas kepada mereka ini.

Bibir imam tua itu mengukir senyuman tatkala melihat Ayyan dan Faris sedang melambai-lambaikan tangan mereka dari jauh. Kedua-dua cucu mudanya itu menapak beriringan di atas pantai. Pukat terlihat sedang dipikul di pundak Ayyan dan Faris sedang mengusung tong biru kecil yang diyakininya mengandungi hasil tangkapan mereka.

"Mengapa lama sangat pulang ke rumah? Atok sangka kamu berdua sudah terlupa arah kembali ke daratan," Imam Syahriyan menyambut kedatangan kedua cucunya itu dengan seloroh berbau sindiran.

"Assalamualaikum, Atok. Maaf lambat. Ayyan ini Atok, terlalu teruja menjala-jala ikan di sekitar Pulau Dulang Air. Faris sudah tidak mampu memujuknya," rungut Faris. Wajahnya kelihatan marah.

"Tidak mengapa, Faris. Atok sudah menjangka hal tersebut. Faris memang lebih matang jika dibandingkan dengan Ayyan," aku Imam Syahriyan. Ujaran itu menyebabkan Ayyan sedikit mencebik.

"Rezeki Allah masih banyak, Atok. Ayyan tidak sampai hati membiarkannya terbazir di lautan sana," Ayyan cuba membela diri.

"Mencari rezeki Allah sehingga memungkiri janji kepada orang tua! Tidak ada gunanya, Ayyan! Sedangkan redha Allah itu terletak pada redha orang tua. Tidak hairan mengapa kita tidak mendapat hasil yang banyak hari ini," Faris masih meneruskan rungutannya. Kedua-dua mereka sudah melabuhkan punggung di samping Imam Syahriyan.

"Kita perlu bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah, Faris. Hari ini, Allah sudah tentukan rezeki kita hanya setakat ini. Jangan begitu, Faris. Tidak elok untuk iman!" bidas Ayyan pula, berlagak bijak.

"Memanglah rezeki hari setakat ini sahaja! Tetapi sedikit! Allah menurunkan balasan kerana kamu memungkiri janji kepada Atok!" ujar Faris lagi. Perbalahan mereka itu menjadi hiburan di hati Imam Syahriyan.

"Sudahlah kamu berdua. Yang penting kamu berdua selamat. Tetapi Ayyan, apa yang Faris cakap itu ada benarnya. Tidak wajar Ayyan berbuat sedemikian. Jangan tamak mencari rezeki sehingga kamu melukai hati orang tua kamu," nasihat Imam Syahriyan.

"Dengarkan itu Ayyan!" ujar Faris sambil mengerlingkan matanya kepada Ayyan.

"Maafkan Ayyan, Atok," akhirnya Ayyan mengaku kalah. Sebenarnya, dia juga mengakui kesalahannya. Cuma sengaja dia berdalih, enggan kalah kepada Faris.

ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSAWhere stories live. Discover now