Aku berlari tanpa hala tuju.Nafas yang sudah tercungap-cungap menyukarkan lagi pernafasan.Aku bersandar pada pokok besar disitu untuk melepaskan lelah.
"Bob,jumpa tak budak sial itu?" Jerit Black dari hujung sana
"Tak jumpalah Black.Gelap sangat" ujar Bob dari sebelah sini.
"Aishhh asal liat sangat budak tu nak mati?!" Black merungut
"Dia tak jauh punya.Hutan nih teballah.Tak kemana budak tu." Bob meyakinkan
"Cepat cari sebelum polis sampai.Mampus kita nanti nak jawab apa dekat boss." ujar Black keras
"Ye.ye." Mereka berpecah lalu menyepak dan menendang segala semak dan tumbuhan disitu.
Aku mulai risau apabila orang-orang berbadan besar itu sudah mula mendekati aku.
Tanpa berlengah aku berlari sekuat mungkin supaya jauh dari lelaki-lelaki durjana yang sudah mengambil nyawa mamaku sebentar tadi.
"Woi! Budak itu disana!" jeritan dari lelaki yang berkulit hitam itu membuatkan aku semakin takut dan gerun. Langkah kakiku dipercepatkan.
Aku berlari tanpa menoleh kebelakang.Aku tidak mempedulikan langsung kaki aku yang sudah mula terasa sakit dan sengal.
Tanpa sengaja aku menyepak satu dahan tajam diatas tanah itu.Aku jatuh menyembah bumi.Aku merangkak ketepi lalu mengesot ke arah belakang pokok.
Aku menutup kaki kiriku yang sudah berdarah kerana terkoyak.Aku memegang kakiku sambil mengetap bibir.Perit.
Aku hanya mampu menangis dalam diam supaya tidak dijejaki lelaki-lelaki berbadan sasa itu tadi.
whooo‑OOOO‑whooo
Siren polis dan ambulans kedengaran tidak jauh dari situ membuatkan aku menarik nafas lega.
"Black cau, cau.." mereka menaiki motosikal milik mereka meluncur laju menggunakan jalan tikus.
Hah.hah.hah.
Aku menarik nafas laju,terduduk aku diatas katil bersaiz king itu. Aku mengusap peluh aku lalu mencapai tuala untuk mandi.
Aku naik lif untuk turun ke tingkat bawah.Aku menarik kerusi lalu duduk tanpa menghiraukan orang di sekelilingku.
"Cuba beradab sikit Iman,kalau kawan papa ada tadi mana papa nak letak muka?" Tan Sri muhyiddin mengeluh berat
aku hanya diam. Lalu menyumbat roti kedalam mulut dan berlalu pergi dari situ.
"Iman pergi jelah dengan akak, nanti kelas kita sama jugak" ucap Hairah Amani
"Malas.Aku nak naik motorbike aku." aku menyarungkan kasut menuju ke arah mimi. (Motobike miliknya)
"Akak ikut kamu jelah" Hairah mendekati aku
"Boleh tak kalau sehari kau tak kacau life aku?aku nak pergi sorang.Kau naik jelah kereta mahal kau itu" aku menghidupkan enjin lalu meninggalkan si dia terpinga-pinga.
Aku memarkingkan motorbike aku lalu berjalan menuju ke perpustakaan.
Ini college papa aku.Tapi takde sapa pon pernah tahu aku anak dia.Sebab aku lebih suka merahsiakan hal itu dan tak adalah malukan papa aku itu.
Sedang kusyuk mendengar music dari air pod bahu aku dirempuh kuat.Aku mengutip buku aku lalu berlalu pergi dari situ.Memandangkan ini hari first aku disini,aku malas mahu membuat onar.Tak pasal-pasal kena ceramah dengan papanya nanti.Penat.
"Woi,tak reti mintak maaf ke?! " ujar Zahid Asyraf kasar
Aku menoleh kebelakang.Kira malas mahu melayan tapi kalau dia yang mulakan bukan salah aku la kan?
"Kau yang langgar aku,kau nak panas apahal?" aku turut meninggikan suara aku
"Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa.... Aku anak Tan Sri Hisyam" Ucap Lelaki itu berlagak
"So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost." aku berlalu pergi dari situ.
"Kau ini !" lelaki itu menunding jari kearahku
Namun aku hanya berlalu pergi.Malas mahu melayan lelaki tidak cukup akal seperti dia.
"Iman,kenapa kamu tak tunggu akak?" ujar Hairah Imani tercungap-cungap.
"Kau macam tak tahu je selok-belok tempat ni.Tak payah nak mengada boleh?" aku menjeling geram.Suka mengganggu ketenteramannya.
"Papa nak jumpa." Ujaran Hairah membuat aku mengeluh.
"Dekat mana?" aku bertanya malas
"Dekat office papa" Hairah mulai berdiri selepas menunduk penat memegang lutut.
"Cakap dekat papa jumpa dekat rumah saja." aku berlalu pergi dari situ.Cukup malas kalau mahu pergi ke office papanya itu.karang orang tahu pulak.
WATAK WATAK :
Hairah Imani - kembar Iman Imani
Zahid Asyraf - si Badboy
Zikry Latif - Kawan baik Zahid
Hariq Faiz - Kawan baik Zahid
Tan Sri Muhyiddin - Papa Iman
Tan Sri Hisyam - Papa Zahid a.k.a kawan baik bapak Iman.
Roses Nafta's - Girlfriend Zahid
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
