"Kan aku cakap jangan ikut aku.Kau tak faham bahasa ke?" ujar aku geram
"Aku cuma nak kawan dengan kau.Itu saja." Zahid masih membontoti aku
"Aku tak nak kawan dengan kau.Kau faham tak?!" eyy rasa mahu debik saja muka lelaki itu.
"Kenapa?"
"Kau tak kenal aku siapa.Kalau kau dah kenal aku.Aku rasa kau orang pertama yang mungkin akan undur diri" ujar ku berlalu pergi
"Hey perempuan!" seorang perempuan yang tidak dikenalinya menegur aku
Aku memandang dari atas ke bawah penampilan perempuan itu. Aku rasa aku tak pernah kawan dengan orang macam ni.
"Kau asal pandang aku atas bawah?" ujar perempuan itu lagi
"Kau siapa?" aku malas mahu melayan
"Aku nak kau jauhkan diri dari Zahid, dia boyfriend aku faham?!" Roses Nafta's menunding jari ke arah aku.
Aku tersenyum sinis.
"Boyfriend kau yang sibuk-sibuk kejar aku.Pergila nasihat boyfriend kau itu.Aku tak pernah kacau sesiapa." aku terus berlalu pergi.
Aku masuk sahaja ke dalam kelas, satu baldi air jatuh ke atas badanku. Basah kuyup seluruh tubuhnya.Aku memandang sekeliling kelas itu.
Semua yang gelak disitu menambahkan sakit hati aku.
"SIAPA YANG BUAT?!" suara aku memberhentikan bunyi gelak ketawa tadi.
Semua menjadi senyap.Mungkin terkejut.Sebab aku memang pendiam semasa dalam kelas.Tapi tak bermaksud aku pengecut.
"Me" Roses Nafta's bersuara sinis.Memang cari mati.
Aku meluru ke arah perempuan itu,menarik kolar baju perempuan itu.
"Apa masalah kau sekarang ni?!" ingin saja aku mendebik muka perempuan dihadapannya itu.
"Iman jangan camni.Dia tak sengaja" ujar Zahid Asyraf cuak.Lunyai juga karang Iman buat si budak ini.
"Kau jangan masuk campur kalau kau tak nak kena" aku memandang tajam lelaki itu.
Lelaki itu sudah gelabah.Mampuih jugak betina ni karang kena belasah dengan Iman.Apa aku nak cakap dengan papa perempuan itu nanti.
"Hey,jangan sentuh akulah. Tangan kau itu jijik" ujar Roses Nafta's berlagak.
Tangan aku sudah naik tinggi mahu menumbuk, tiba-tiba lecturer datang.
"Iman! Apa kamu sedang buat itu?!" lecturer perempuan itu menghampiri kami.
"Masuk office saya sekarang Iman!" ujar lecturer itu berlalu pergi.
Aku menolak perempuan itu kuat sehingga tergolek si dia di lantai bilik kuliah itu.
"Hari ini kau selamat.Hari lain aku tak pasti lagi. Jangan main-main dengan aku.Kau tak tahu sejauh mana aku boleh hancurkan kau" aku memberi senyuman sinis sebelum berlalu pergi.
Semua yang berada didalam kelas itu terkaku dan cuak. Hanya Zikry sahaja tersenyum. Cara senyuman dia langsung tak dapat ditafsirkan oleh sesiapa.
"Ini master college ini.Saya bawak kamu jumpa dia sebab kamu membuli seorang senior" ucapan lecturer perempuan itu betul-betul membuatkan dia panas.
"Siapa yang buli siapa?dia yang mulakan dulu.Tengoklah badan saya" aku geram. Suka hati saja tuduh orang tanpa siasat.
"Dia hanya basahkan badan awak.Tapi awak gunakan kekerasan mahu mencederakan dia!"
"Lecturer takde pon masa mula-mula pergaduhan itu memanglah senang tuduh saja tanpa bukti kan?!" aku memberi senyuman yang amat sinis
"Iman!" papa aku mula bersuara.
"What? nak backup Minah kerek itu?dipersilakan.Saya tak pernah takut dengan apa yang akan terjadi pada saya.Saya sudah cukup bersedia sejak dulu lagi." ayat aku membuatkan air muka papaku berubah riak.
"Kamu memang mahu dibuang college ke Iman?!Kamu ingat ini college bapak kamu?!" marah Lecturer perempuan itu.
"Buatla kalau boleh..kan master?"
Aku terus berlalu keluar dari office itu. Fikir aku takut?
"Nah baju.." hulur Zikry lalu duduk di sebelahku.
Aku hanya memandang kosong baju itu.
"Jangan risau,baju ni saya tak pernah pakai lagi.Saya beli pagi tadi sebab ada rugby.Harap awak tak kesahla pakai baju jersi." lelaki itu memberikan senyuman manis kepada Iman.
"Terima kasih" aku tersenyum nipis.
"Wah,first time saya nampak awak senyum.Manislah" lelaki itu teruja.
"Mesti awak playboy macam kawan awak itu kan?" Ucap aku selamba.
"Taklah. Mana ada perempuan nak saya.Saya tak handsome macam Zahid dengan Faiz." ucap lelaki itu merendah diri.
"Iyalah tu." aku berdiri lalu mencapai baju itu.
"Thank you. Nanti aku bayar balik"
"Boleh kita jadi kawan?" lelaki itu menjerit sedikit
"Tengoklah" aku berlalu pergi.Mahu pergi ke tandas.
Zikry hanya tersenyum gembira.Aku akan dapatkan perempuan itu. Bisiknya perlahan.
"Asal senyum sorang-sorang ini?" ujar Faiz manakala Zahid hanya mengangkat keningnya
"Minah garang itu sudi berkawan dengan aku.Korang kena tengok dia senyum.Sumpah manis!" puji lelaki itu lagi
"Menipulah kau." Zahid tidak percaya.Kalau dia pon ditolak tak akan rakannya dapat pula.
"Sumpah!Aku rasa aku fall in love lah dengan budak 20 tahun itu.." lelaki itu masih tersenyum sendiri .
Hilang raut senyum dibibir Zahid.Ini tak boleh jadi.Zahid terus mencapai kunci keretanya lalu keluat dari kafetaria itu.
"Iman, Kenapa awak sudi berkawan dengan Zikry tapi dengan saya awak tak sudi?!" Luah lelaki itu geram.
"Asal?suka hati aku lah nak berkawan dengan siapa.Kau siapa nak halang?" aku menayang muka jengkel.
"Saya suka awak!" laju saja perkataan itu keluar dari mulut lelaki itu.
"Gilakah?kau sudah ada girlfriend kan? Boleh tak jangan nak jadi playboy!" ujar aku malas.
"Dia bukan girlfriend aku.Dia just kawan sepermainan aku waktu kecik dulu.Bapak dia suruh aku jaga dia.Tapi aku tak pernah sukakan dia.Dia memang suka mereka cerita" ujar lelaki itu panjang lebar.
"So? Aku tak suka dan tak nak kawan dengan badboy. So please jangan kacau hidup aku lagi!" aku memakai topi keledar lalu memecut laju menjauhi lelaki itu.
TO BE CONTINUE :3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
