"Thanks ajak aku join. Siapa je ada?" Zahid tersenyum kambing. First time Iman mahu mengajaknya keluar bersama.
"Aku, kau, Hairah. Tapi tula macam tak meriah pergi tiga orang. So aku nak kau ajak kawan baik kau yang pakai spek tu dengan Zikry." Iman tersenyum manis memandang Zahid.
"Ouh.. Okay" suara excited Zahid hilang selepas aku menyebut nama Zikry.
Sebenarnya aku memang nak ajak Zahid olok-olok je. Dia cuma ingin spend time dengan Zikry. Bukan main payah nak ajak lelaki itu keluar sekarang.
"Okeylah bye, jangan lupa bagitahu tau. Pastikan diorang datang. No excuse!" Iman berjalan laju sambil mulutnya riang menyanyi.
'Zahid,kau dah tanya kawan-kawan kau? Diaorang kata apa?' - You
'Dah. Faiz tak free. Zikry pun" - Zahid
'Yeke nii?' - You
'Yela. Kau fikir aku ada masa nak menipu?' - Zahid
Iman mencampakkan iphonenya ke tepi. Dia tahu mesti ada yang tak kena. Yeke dia dah bagitahu Zikry? Cepat betul dia bagitahu kawan dia. Padahal baru petang tadi aku ajak.
'Kau main-main dengan aku yaa budak sengal.' aku mengukir senyum sinis.
Aku menunggu mereka didepan pintu kelas.Selepas ternampak kelibat mereka bertiga aku memanggil.
"Oitt" aku memanggil sambil bersandar ditepi dinding.Selepas mereka berpaling aku mendekati mereka.
"Jom teman aku beli barang masak bbq.Takde kelas dah kann petang ni?"
"Tiada. Kenapa tiba-tiba ajak beli barang bbq? Kau nak bakar apa?" Faiz menolak sedikit cermin matanya. Okay sumpah nampak nerd but. Nerd smart.
"Lahhhhh. Kan aku ada cakap. Hujung minggu nii kita pergi pantai! Nantikan dah final. Kenalah enjoy enjoy dulu." Zahid mengjongketkan keningnya sambil tersenyum manis.
"Hah? Bila kau cakap?" Faiz pelik.
"Bukan Zahid dah bagitahu ke semalam?" aku membuat muka polos.Muka innocent.
Aku dah agak dah mamat sengal nii mesti sengaja taknak diorang ikut.
"Aik, kenapa aku tak..... "
"Aku ada call lah semalam, kau mamai masa tu. " Zahid telan liur. Dia menepuk keras bahu rakannya itu.
Tapi tulah. Faiz blur.
"Ada ehh? Aku rasa macam ta.. "
"Adaaaaa. Cuba kau ingat balik" Zahid memicit kuat bahu Faiz. Dia menjenggilkan matanya.
"Ouhh.Haah ada ada. So jom lah beli barang nak buat bbq.Kitaorang free je petang nii" Zahid menepuk dahinya kuat.
"Bukan kau tak boleh pergi ke Faiz? Kau yang cakap semalam" Zahid memberi padangan tajam.
"Hah bila masa?" Faiz blur.
Aku memandang bosan. Bila nak habis drama rekaan si Zahid nii. Macam aku bodoh je takboleh detect dia tengah menipu sekarang nii.
"Dah-dah. Petang nii pukul 5.00 aku nak korang dah smpai dekat One Utama Shopping Mall. Lambat siap!"
"Aku tak boleh pergi, korang pergilah bertiga. " Zikry melangkah pergi
"Kalau kau tak pergi. Semua tak jadilah. Aku cancel. Aku baru nak kenal-kenal dengan korang. Aku baru nak sponsor semua barang nak pergi sana nanti. Jom jelah, jarang aku nak ajak orang. Selalu aku pergi sorang-sorang je" aku memandang Zikry sayu. Mintak simpati.
"Please. Kalini jee" aku mengedipkan mata aku berkali-kali.
"Jom jela Zik. Jarang wanita nak belanja semua. On jela. Bukan kau buat apa pun cutii final week nii. Pergi sekejap je" Faiz memujuk.
Aku menunjukkan tanda good dekat Faiz. Berguna jugak lelaki ini.
Aku menyepak kaki Zahid. Menyuruh dia memujuk Zikry ikut serta.
"Jom jelah Zikry. Jarang Iman ajak nii. Kita makan, mandi pastu kita baliklah" Zahid mengajak dengan muka ketat. Dasar tak ikhlas!
"Hah dengar itu. Semua nak kau pergi. Jom jela. Tak payah jual mahal sangat. Nak pergi mandi je pun. Bukan mintak kahwin dengan aku"
Terbeliak biji mata Zahid. Tapi bukan aku kesah pun. Aku nampak halkum Zikry bergerak-gerak.
"Jomlahhhhhhhhhhh" aku merayu buat kali terakhir. Kalau tak jadi jugak. Memang aku culik je dia. Heret pergi pantai.
"Yelah. Haih. " Zikry mengalah akhirnya.
"Yeay. Macam tu la. Jumpa petang nanti! Siapa lambat aku bagi denda tengah-tengah mall! Bye" aku tersenyum gembira sambil menyengit mata kearah Zikry.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
