BAB 11

1.7K 95 5
                                        

"Awak jom naik motor ronda-ronda kampung. Petang-petang macam nii best pusing-pusing" ujar Zikry sudah mencapai helmetnya.

"Motor? Alaaa bosanlah, naiklah benda lain" ujar aku bosan. Sudah muak mahu naik motor. Di KL juga dia membawa motor.

"Pastu awak nak naik apa? Kereta?" Lelaki itu sudah menggaru kepala. Mungkin dia silap tanya orang. Orang didepannya ini anak orang kaya. Mana mahu naik motor kapcai kampungnya ini.

"Apa yang kau mengarut nii. Mmm maksud aku macam. Hah basikal!" Aku menunjukkan basikal yang dikayuh boleh seorang makcik tua dihadapan lorong kecil itu.

"Basikal?awak reti ke naik basikal?" Lelaki itu menjengketkan keningnya. Seriously perempuan bandar sepertinya pandai bawa basikal?macam tak percaya.

"Hah apa-apa? Fikir saya tak reti bawak ke! Saya ni pro tau bab-bab mengayuh nii" aku menepuk dada aku perlahan berlagak seperti captain yang handal.

"Cey. Tapi kat sini ada basikal tua jelah. Basikal adik saya.Boleh ke?"

"No hal" kataku selamba. Padahal sudah lama tidak mengayuh basikal.

lelaki itu mengambil kunci stor lalu mengeluarkan basikal adik-adiknya.

Fuh memang basikal tua.Berkarat sana-sini kukuh lagi ke ni?. Kang tak pasal-pasal cabut tayar basikal nak tampung berat aku.

"Awak, naiklah tunggu apa lagi? Ke awak takut basikal ni runtuh?" Lelaki itu tertawa kecil melihat reaksi aku yang kaku disitu.

"Hey ini Iman la! Tak pernah takut dan gentar. Let's goooo" ujar aku mengayuh basikal itu.

"Jangan laju sangat." Lelaki itu mengejar aku. Aku yang tidak mahu mengalah mengayuh lebih laju.

Tiba-tiba rantai putus. Mati la aku. Siap jatuh dekat jalan raya lagi rantai basikalnya.

"Arghhhhhh" jerit aku takut. Aku sudah terfikir yang aku akan terjatuh kedalam bendang. Sebab kalau aku terus lagi mesti menuju kearah jalan raya besar. Dengan tindakan drastik aku membelok kearah bendang lalu menutup mata.

Dushhhhhhhhhh~

"Awak! Awak okay tak?? " suara Zikry membuat aku perlahan-lahan membuka mata.

"Awak saya tak nampak! Tolong" Aku dah buta ke? Omg Iman! Aku menggagau tangan aku ke udara.

"Awak..kejap saya turun" lelaki itu turun ke bendang lalu mengelap mataku yang dipenuhi lumpur dengan tangannya.

"Buka mata perlahan-lahan" ujar lelaki itu

Aku membuka mata aku perlahan. Tersembul muka lelaki itu dihadapan aku.

"Awak boleh berdiri tak ni?" Ujar lelaki itu prihatin. Kesian dia lihat perempuan itu. Penuh dengan lumpur. Comot!

"Kejap. Aku bangun dari lumpur." Aku berdiri melihat diri yang tidak cedera. Aku melihat basikal yang tercampak jauh dari aku. Patutlah tak sakit. Basikal tadi tidak menghimpapnya.

"Awak kaki saya tak boleh gerak!" ucap aku takut. Aku memeluk lengan lelaki itu tanpa sedar.

"Awak ada rasa sakit tak dekat kaki awak?"

"Tak sakit" aku memegang tangan lelaki itu lebih erat

"Lumpur ni memang macam ni. Awak kena angkat kaki awak kuat-kuat. Kejap biar saya naik dulu, nanti saya tarik awak" lelaki tersenyum lebar. Kelakar melihat muka perempuan itu. Takut benar dengan lumpur. Dengan orang tidak takut pula.

"Janganla tinggal saya. Mana tahu ada ular dalam nii" aku menarik kolar baju lelaki itu supaya tidak naik seorang diri.

"Hey relax. Mana ada ular dalam bendang. Melainkan awak sebut. Itu mesti dia datang" lelaki itu makin galak mengusiknya

"Awak!!!!! " aku memeluk lelaki itu sambil mata dipejamkan.

"Awak.. " lelaki itu agak terkejut dengan tindakannya.

"Tolonglah bagi saya naik. Saya takut" badan aku meloncat-loncat ingin naik.

Lelaki itu nak tak nak terpaksa naik keatas sambil memegang badanku agar turut naik.

"Awak.. Bukalah mata. Kita dah naik dah pun" lelaki itu menggelengkan kepalanya.

Aku membuka mata lalu memandang lelaki itu yang jarak hanya seinci darinya. Cepat-cepat aku melepaskan pelukanku.

"Sorry" aku menggarukan kepala.

"Takpela, benda dah jadi. Jom balik. Badan awak mesti melekit dengan lumpur nii"

"Macam mana dengan basikal adik awak?" Ucap aku kesal. Apalah adik dia cakap nanti. Mesti mereka marah.

"Biar saja situ.Pandai-pandailah saya pujuk mereka nanti" aku tergamam. Lelaki tiy tidak marah?

"Naiklah,saya bawak"  lelaki itu memandang kearah aku sambil tersenyum.

Aku tanpa banyak bunyi naik keatas basikal yang ditunggang oleh lelaki itu.

Aku memegang erat baju lelaki itu. Bawak laju nak mampus. Tapi aku yang suruh pun. Badan habis penuh lumpur dengan pandangan orang kampung melihat mereka sepertii orang minyak.

"Astarafirullahalazim! Kenapa nii? " terkejut mak mah melihat kami berdua diselaputi lumpur. Tapi lebih teruknya akulah. Sampai ke rambut dan muka.

"Nanti Zikry cerita. Bagi Iman dengan Zikry mandi dulu" lelaki itu tersengih lalu menarik aku masuk kedalam bilik air.

"Apa awak buat niii!!! " aku menolak lelaki itu kedinding bilik air. Dah kenapa masuk sekali dalam bilik air.

"Relax. Pintu terbukakan. Lagipun bilik airnya dekat luar.Bukan dalam rumah. " ujar lelaki itu menenangkan aku.

"Yela. Pastu kalau bilik air dekat luar. Awak boleh buat sesuka hati awak lah masuk bilik air dengan saya! " aku memandang tajam lelaki itu.

"Saya cuma nak tolong. Tunduk cepat. Lepas saya cuci rambut awak. Saya keluar. Saya tahu mesti susah awak nak cuci rambut awak yang penuh lumpur nii" jelas lelaki itu panjang lebar.

Aku terdiam mendengar penjelasan lelaki itu. Kenapalah aku selalu salah anggap dengan lelaki itu. Aku perlahan-lahan menundukkan kepala dan menenggong.

Lelaki itu mencuci rambutku sehingga hilang segala lumpur yang berada di atas kepala aku tadi.

"Dah siap. Nanti awak syampu rambut awak okay?" lelaki itu beredar dari situ lalu menutup pintu bilik air.

"Ouh yea. Nanti saya suruh adik saya ambilkan pakaian dan tuala awak." Lelaki itu tersenyum manis sebelum beredar dari situ.

TO BE CONTINUE; 3

MISS MAFIA AND MR BADBOY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang