Setelah Zikry menghantar adiknya ke sekolah.Kami berdua duduk diatas pangkin yang diperbuat daripada kayu itu. Pangkin itu berada dihadapan rumah saja. Betul-betul berada dibawah rimbunan pokok pelam.
Aku merenung pokok pelam itu. Macam sedap je pelam itu. Ada yang sudah menguning ada yang masih muda. Tak pernah aku makan yang fresh dari pokok. Teringinnya.
"Awak?" lelaki itu menegur aku selepas aku mendiamkan diri lama merenung ke atas.
Aku memandang lelaki itu.
"Tak sakit tengkuk ke mendongak je?" ujar lelaki itu pelik
"Tak. Saja tengok mempelam dekat atas pokok itu. Macam sedap" ujar aku sambil menelan air liur sendiri.
"Ouh.Awak nak ke? Kenapa tak cakap,kejap saya pergi ambil galah" lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya.
"Hehe, thanks" aku tersenyum sampai ke telinga. Rajin lelaki itu melayan karenahnya.
Lelaki itu terjengket-jengket untuk mengambil pelam diatas pokok.
"cukup?" setelah beberapa minit menggalah akhirnya dapat juga beberapa mempelam.
Aku tersenyum tawar.Lelaki itu ambil pelam yang sudah masak. Aku nak yang muda. Yang dah masak selalu sangat makan di KL.
"Kenapa nii?tak cukup ke,nak lagi?" pelik lelaki itu apabila perempuan di hadapannya senyap sahaja.
"Cukup-cukup. " aku tayang senyum lebar tapi tak ikhlas.
"Serius?Cakapla kalau awak diam. Awak jugak yang susah hati nanti" lelaki itu tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya.
Dia mungkin tak tahu sangat pasal perempuan.Tapi disebabkan dia mempunyai adik perempuan yang agak pelik perangainya.Dia dapat mengagak reaksi muka mereka.Bila mahu sesuatu tk dicakap terus terang. Tahu-tahu dia nangis sebab tk dpt barang yg dia nak. Perempuan memang macam ni eh?
"Saya nak pelam muda kat atas itu" aku dengan muka polos lalu menunjuk ke arah pelam muda yang jauh diatas sana.
"Tinggi tu. Macam mana nak ambik?" lelaki itu sudah berpeluh dahi melayan karenah si Iman.
"Mmm, takpelah" ujar aku hampa
"Ehh. Kejap saya ambil kerusi" lelaki itu berlari anak mengambil kerusi sebelum berdiri diatasnya.
"Mana sampai awak. Takpelah biar saya panjat" ujar aku yang sudah tak sabar mahu memetik pelam itu.
"Bahayalah. Mana ada orang panjat pokok pelam" lelaki itu menahan
"Takpelah. Orang tak buat saya buat.Turun cepat" aku mengarah lelaki itu turun dari kerusi plastik itu.
Lelaki itu turun memberikan kerusi kepada aku.Aku memanjat dan memijak dahan pokok pelam itu satu persatu aku sehinggalah aku dapat mencapai beberapa biji buah pelam.
"Yay!Awak tengok ni! Firstime saya panjat sendiri nak ambik buah tau! HAHAHAHA" Ujar aku bangga. Aku membaling kebawah mempelam yang aku petik satu persatu.
"Awak, cepatlah turun. Nanti mak saya marah!" lelaki itu menggunakan nama maknya. Padahal dia risau perempuan itu jatuh.
"Ey, sabarlah! " aku memijak satu-persatu dahan untuk turun dari pokok.
Prakkk...
Aku terpijak dahan reput pokok. Dahan itu patah lalu jatuh keatas tanah. Aku dengan drastik memeluk batang pokok pelam yang besar di situ.
"Awak, tolong saya" ujar aku sudah panik. Pokoknya sudahlah tinggi. Lagi tinggi dari atap zink rumah lelaki itu.
"Eyy awak. Kan saya dah cakap tadi." lelaki itu sudah panik di bawah.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
