"Kau nak pergi mana?" tanya lelaki itu selepas Iman bergegas ke bilik adik perempuannya.
"Nak baliklah. Papa aku sudah cari aku" ucap aku keras.
"Kau boleh percaya ke diorang tu?kau baru je pukul diorang. Tak risau ke nak ikut diorang? Kalau dia buat apa-apa dekat kau macam mana? Aku hantar kau balik KL lah." ucap lelaki itu serius.
" Tak payah merepek. Kau pon baru saja cedera,ada hati nak drive? Memang tak lah aku bagi. Duduk je sini sampai habis cuti semester ni. Kalau aku ada masa lapang aku ikut kau balik kampung kau lagi okay?" suara aku mula mengendur
"By the way, aku ada beli barang untuk adik-adik kau. Kau jangan tak nak tanda tangan pulak." aku terus menaiki tangga kayu menuju ke bilik adik lelaki itu.
Aku memperonyokkan kesemua baju aku kedalam bagasi dan beg sandang tepi. Aku menarik beg itu turun dari tangga.
"Assalamualaikum makcik,saya nak balik dah. Terimakasih sebab layan saya baik sangat. Lain kali insyaallah saya datang lagi tau" aku menyalam dan memeluk wanita tua itu sebelum keluar dari rumah.
"Baik-baik Iman.Kalau ada apa-apa datang je sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Iman. " ucap wanita tua itu mesra.
Aku mengganguk. Aku mengheret beg bagasi aku masuk kedalam kereta Alphard milik papaku.
"Iman.." lelaki itu memanggil
"Ya" aku memandang lelaki itu.
"Kau hati-hati tau. Aku jauh nak selamatkan kau. Aku taknak hilang kau" ucap lelaki itu perlahan.
Suara ikhlas lelaki itu membuatkan aku menarik senyum segaris.Aku mendekatkan diri dengan lelaki itu sebelum membisikkan sesuatu pada telinganya.
"Aku pun taknak hilang kau. Jumpa bulan depan okay. Speedy recover,take care." Bisik aku agak lembut.
Aku terus masuk kedalam perut kereta hitam itu. Aku menutup pintu kereta alphard itu lalu menoleh kearah bertentangan dari lelaki itu.
Apabila sudah keluar dari kawasan halaman lelaki itu,baru aku menoleh.
'I will miss you.' tutur aku perlahan sambil mata memandang rumah kayu itu yang sudah semakin jauh ke belakang.
"Iman.What's your problem? Kamu nak bertunang hujung bulan nii. Kenapa kamu lari and give me this rubbish hah?! " mengamuk orang tua itu meletakkan sticker note aku tempoh hari diatas mejanya.
"Kan Iman kata Iman taknak kahwin! Taknak tunang! Papa yang tak faham kan? So inilah cara dia nak buat papa faham" Aku menghentak meja kerja milik papaku.
Lelaki tua itu mengeluh perlahan.
"Kamu boleh keluar sekarang".
"I'm sorry papa. Iman tak bermaksud nak menentang papa. But please. Don't force me to do what I won't. I'm still study,bagi Iman focus dulu." Aku melangkah keluar dari bilik papaku.
'Aku kena cari jalan supaya tak terjerat dalam hal ni.' Aku berkata perlahan sambil menuju ke arah lift untuk naik ke tingkat atas.
"Iman" Hairah memanggil.Aku berpaling kebelakang.
"Kamu dah tahu dah kamu akan bertunang dengan siapa?" Perempuan itu menelan air liurnya.
"Tahu. Kenapa?" Aku menjawab malas.
"Kamu setuju ke?"
"Kenapa tanya macam-macam nii? Kau suka mamat tu ke? " aku memandangnya malas.
"Taklah" perempuan itu berlalu pergi.
"Itu je?" Aku mengomel sendiri.
Aku termenung melihat syiling didalam bilik aku itu. Aku tak nak tunang dengan dia.Aku meraup muka aku serabut. Macam mana aku nak bertunang dengan orang yang aku tak suka?!
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romansa"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
