"Lambat! Kan aku dah kata tepat pukul 5.00 kena ada dekat sini! Lama aku tunggu" aku mengjenggilkan mataku.
"Sorry Iman. Aku lambat sebab cari parking dengan Zikry tadi. Lambat 15 minit " ucap Faiz termengah-mengah.
Dia punya takut taknak lambat. Dia sanggup berlari dari tempat parking ke dalam mall sebab taknak Iman marah. Last-last kena marah jugak.
"Lambat tetap lambat.Denda mesti dijalankan.Mana Zikry?" aku memandang kearah pintu buka tutup itu.
"Dia on the way datang."
Baru saja sebut namanya. Aku nampak Zikry jalan macam tak buat salah. Punyalah lama aku dengan Hairah tunggu dekat tepi mesin air nii.
"Mana lagi sorang? Zahid? Zahid mana Zahid?"
"I'm here... " sebut Zahid girang.Dia memegang aiskrim magnum, kitkat dan oreo ditangan. Cukup untuk 5 orang manusia.
Aku memandang palat. Dahla lambat. Karang aku lesing kang. Terbang kepala. Nasib bawak makanan.
"Nah. Saya belikan semua nii untuk awak,sorry lambat ".Zahid memberikan ke semua aiskrim kepada aku.
Zikry berdehem. Aku mengambil kesemua aiskrim tadi lalu memberikan kepada semua.
"Hah pilih-pilih jom makan sama-sama. Aku takkan boleh habis semua ni. "
"Yeay. You are the best" Faiz menyengitkan matanya lalu mengambil aiskrim magnum. Begitu juga Hairah.
"Nah. Pilih cepat" tinggal 2 kitkat satu oreo.
"Aku nak nii" Zahid mengambil aiskrim kitkat lalu membuka plastik aiskrim itu.
Aku menjulingkan mata keatas.Menyampah dengan perangai lelaki itu.
Aku memandang Zikry yang mengambil aiskrim kitkat. Yeah. Pilihan yang tepat. Sebab Iman suka oreo.
Zahid makan tidak puas hati. Dia nak sama aiskrim dengan Iman baru nampak sweet.
"Eh Iman. Ambikla Kitkat baru sama. Nah Zikry ambik oreo" Zahid menukar aiskrim itu dari tangan kami.
Zikry yang malas melayan mengambil lalu menyuapkan aiskrim itu kedalam mulutnya.
Iman tidak puas hati. Rasa nak tampar saja si Zahid ni. Macam budak-budak.
Aku memandang Aiskrim yang dimakan oleh Zikry. Aku nak oreo. Aku menelan liur sambil ralit memandang aiskrim itu.
Zikry yang perasan tergelak kecil melihat perangai Iman. Comel!
"Nak ke? " Zikry menyuakan aiskrim itu kearah Iman.
"Hah?" bulat mata Iman. Dia bagi kongsi aiskrim? Baiknyaa !
"Hehe.. terima kasih"
Iman menggigit tepi kon aiskrim itu.Sedapnya. dengan serpihan oreo yang dihancurkan didalam aiskrim itu. Sungguh melazatkan.
Iman menjilat atas bibirnya yang comot.
"Nak rasa?" Iman menyuakan aiskrim kitkat nya.
"Takpela. Awak makanlah" Zikry menolak.
"Lain kali kalau nak, cakap. Aku beli lagi satu.Tak payah kongsi-kongsi. Kejap aku beli lagi" Dia tidak suka tengok Iman bermesra dengan Zikry.
"Eh tak payahlah. Dah kenyang." aku menggigit cebisan yang terakhir.
"Mulut kau comotlah" Zahid mendekatkan jarinya kebibir aku. Dengan pantas aku mengelap bibir aku guna lengan bajuku.
"Hah dah tak comot ann.Dah jum gerak. "
"Comot lagilah" Zikry menggeleng.
"Mana? Mana ada" aku memandang Zikry.
Zikry mengambil tisu lalu mengelap tepi bibirku.
"Nii hah" Zikry menunjuk kearah tisu tadi.Ada kotoran coklat di atas tisu itu.
"Hehe" aku hanya tersenyum.
"Weh. Troli tak muatlah. Pergi ambil lagi satu" ucap Aku kepada mereka.
Ralit betul pilih barang. Mentang-mentang aku yang bayar habis satu mall nak dibelinya.
"Biar aku dengan Hairah pergi ambil" Ujar Faiz berlari anak ke arah Hairah lalu menariknya pergi.
"Zahid,jaga kejap troli, nak pergi tandas" aku berlalu pergi selepas menolak troli tu kearah Zahid.
Aku menarik Zikry keluar dari tempat itu. Aku membawa dia ke food court.
"Kenapa bawa saya kesini?" Zikry pelik
"Aku nak tanya. Kenapa kau cuba jauhkan diri kau dari aku." aku menarik nafas dalam. Dia takkan puas selagi tidak dapat jawapan daripada lelaki itu.
"Kalau kau still nak persoalkan benda nii. Aku nak balik. " ucap Zikry perlahan
"Apa ni? Kenapa bila aku tanya mesti kau nak larikan diri,kau kenapa? Kalau ada masalah cakaplah dengan aku. Kata kawan. " Aku mengeluh perlahan
"Awak lebih tahu Iman.Sebab kita nii,'kawan' jelah,aku taknak kau terlalu rapat dengan aku. Itu saja. Faham?" perlahan tapi tegas suara Zikry.
Aku terdiam. Apa yang tak kena? Apa yang aku buat? Kenapa dia macam ni?
"Kata pergi tandas asal lepak sini? "
Suara Zahid dari belakang membuat aku menarik nafas lega. Zikry tak jadi melangkah pergi.
"Aku ajak Zikry beli air. Dahaga pulak. Kan Zik? " aku memberi isyarat kepadanya
"Haah." Zikry mengiyakan.
"Ouh. Biar aku teman Iman. Kau pergilah sambung beli barang. " Zahid menghalau.
"Kau nii memang suka menyibuk kan mana aku pergi." aku menjeling tajam
"Dah kau future wife aku. Aku kenalah ada dekat mana kau ada. " Zahid tersenyum bangga.
Aku menutup mulutnya.
"Kau cakap lagi kuat-kuat macam tadi. Aku potong lidah kau. Kau fikir aku nak sangat ke lelaki badboy macam kau ni jadi husband aku? Teruskan jela berangan bro. "
Aku menepuk bahu lelaki itu kuat.Itu amaran. Bukan sindiran.
Aku menolak bahu lelaki itu kasar lalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
