'Bukan awak dekat kampung ke sekarang?' - you
'Saya balik KL awal,jom keluar. Lama tak jumpa. Rindu' - Zikry
'Mengada! Nak pergi mana?' - you
'Nak saya send location dekat awak or saya ambik?' - Zikry
'Aku pergi sana sendiri. Nanti bagi location.Bye' -you
'Okay,bye Iman' - Zikry
Aku mencampakkan iphone aku ke atas katil. Aku bergerak pantas untuk bersiap.
"Basikal yang awak beli untuk adik saya tempoh hari tu, saya akan bayar balik okay sikit sikit" ucap lelaki itu setelah lama menyepi.
"Tak oayah. Aku beli pun sebab aku yang jatuhkan dalam bendang tu. Aku yang salah,jadi aku ganti." aku menjilat aiskrim yang mula cair ditangan.
"Awak buat saya serba salah. Saya tak nak awak anggap saya keluar dengan awak, bawa awak balik rumah saya sebab saya nak kikis duit awak."
"Tapi kau memang tak pernah terfikirkan nak kikis duit aku?" Aku memberi raut wajah serius
"Sumpah tak pernah. Saya kawan dengan awak ikhlas. Betul. " lelaki itu mengangkat kedua belah tangan miliknya.
Aku terus tergelak terbahak-bahak. Kelakar melihat muka pucat lesi lelaki itu. Dia hanya mahu mengenakan lelaki itu. Tak sangka dia percaya. Ada ciri-ciri lelaki takut isteri ni.
"kenapa awak gelak?" Lelaki itu hairan.
Aku hanya menggeleng, dalam diam mengukir senyuman manis tanpa dilihat oleh lelaki itu.
[HAIRAH POV]
"Iman, awak pilihlah baju mana yang awak suka. Saya ikut saje" ucap Zahid yang sudah duduk diatas sofa empuk butik itu.
"Hah?sa.. Eh. Aku pergi tandas kejap" Hairah berlalu pergi. Gelabah dia mencari iPhone miliknya.
"Weh Iman" suara Hairah dihujung telefon gelisah.
"Kau asal? Gelabah semacam."
"Zahid suruh kakak pilih baju.Kamu nak warna apa?design macam mana?"
"Kau pilih jelah apa-apa. Nanti masa tunang kita tukar jelah tempat." ucap Iman selamba.
"Iman kamu gila ke Iman. Kalau kantoi macam mana?"
"Zahid tadi perasan tak kau tu aku? Tidakkan? So kira selamatlah. Takdenya dia cam."
"Tapi... "
"Dah-dah. Aku tutup dulu. Aku tengah dating nii sibuk je! " Iman menutup panggilan dihujung talian.
{Iman pov}
"Siapa call tadi?" Zikry menyoal
"Rahsia" aku mengukir senyuman nakal.
"Kalau rahsia-rahsia nii. Mesti buah hati" Zikry menjawab pertanyaannya sendiri.
"Kalau ya kenapa?" Aku mengangkat-angkat keningku
"Melepaslah saya macam ni" Zikry mencebik. Eyy. Nak saja aku cubit mulut dia.!
"Takdelah. Tadi Hairah call" aku berterus terang.
"Yeke nii?" Zikry mengecilkan matanya
"Iyaa. Nak tengok?jap saya buka" aku membuka camera.
"Tengok sini"
Zikry menoleh kearah screen iphone aku.
~snapp >
"HEY! " Zikry menunding jari kearah aku yang sudah berlari jauh darinya.
Akhirnya dapat juga dia mengambil gambar wajah cemburu lelaki itu. Nak ajak selfie malu. Arhh. Teruk betul perangai.
"Thanks bawak aku dating harini. "
"Takde hal la.Untuk awak, terbang ke bulan pun saya sanggup"
"Euw. Blah la kau." Aku menunjuk mimik muka mahu termuntah. Tapi dalam hati berbunga-bunga. Acewahhhh. Iman dah pandai menggatal sekarang. HAHAHAHA.
"Hati-hati bawak motor. Jangan bawak laju-laju. Jangan selit selit, jangan.. "
"Can you shut up bro. Aku tahulah. Aku bukan budak kecil" Aku merenung Zikry tajam.
"Aku just nak kau sampai rumah dalam keadaan selamat. Itu saja"
"Kau???" aku perlahan merungut.
Aku terus memasukkan kunci pada motorbike aku sebelum laju meninggalkan lelaki itu tanpa sebarang kata.
"Iman? dah kenapa pulak nii?" Lelaki itu bercakap sendiri sebelum masuk kedalam perut kereta miliknya.
Aku menghempas badan aku kasar keatas katil. 'Aku terasa ke dia cakap kau aku tadi? '.
'Ehh.Tak mungkin tak mungkin.Takkan la sebab tu je?'
Aku merenung cadar katil. Hm. Macam nii ke rasanya suka dekat seseorang? Sakit hati tak tentu pasal? Like seriously?
"Iman!! " sergah Hairah membuka pintu bilik aku luas.
Aku yang terkejut memegang dada yang seakan-akan sesak diperlakukan begitu.
"Kau dah berapa lama tak makan penumbuk aku?dah lama hidup? " aku mengeraskan suara aku.
"Sorrylah. Kakak tak sengaja. Nii kakak nak tunjuk apa yang kakak beli tadi."
Hairah menjimbit masuk beg-beg kertas pelbagai jenama itu keatas katil aku.
"Tengoklah" Ini semua Zahid yang belikan untuk kamu.Cantik" jelas kedengaran nada cemburu disebalik suaranya.
"Hah? Kau ambik jelah. Aku tak nak" aku menolak
"Ehh seriuslah? Siapa nak pakai baju, bag, kasut nii semua?" Hairah hairan
"Kau la. Siapa lagi. Dah shuh-shuh aku nak berangan pun susah." Aku menolak semua beg-beg kertas itu jauh dari aku.
"Mana boleh. Nanti dia nampak macam mana?"
"Macam nii. Kalau kita berdua jumpa dia. Kau berlakon jadi aku. Aku berlakon jadi kau. Settle. Dah tak payah pening-pening. Okay get out,pergi pergi " halau aku.
"Okay fine" Hairah mengutip sampah- sarapnya keluar dari bilik aku. I mean barang yang dia shopping tadi.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
