Malam itu tidak mempunyai aktiviti lain.Jadi semua berkumpul di hadapan unggun api sambil menceritakan kisah hidup masing-masing sambil bermain gitar dan nyanyi tidak ingat dunia.
Aku yang malas keluar hanya duduk didalam khemah dan melihat mereka yang tidak jauh dari aku.
"Okay semua,hari ini kita akan berjalan dalam hutan untuk melihat semua tumbuhan yang tiada di kawasan bandar.Nasihat saya tolong jangan berpecah dan cuai." Nasihat lecturer Izman sebelum memulakan langkah.
Satu-persatu tumbuhan diperkenalkan. Ada yang mengambil gambar dan tak kurang juga yang bersembang.Tidak mempedulikan lecturer yang berbuih mulut bercakap tanpa henti.
Aku pula duduk dibelakang sekali.Malas mahu berhimpit dan bertolak-tolak dengan mereka.Aku membuka game shooter.Nasib tidak perlu menggunakan internet.
Sedang aku jalan tiba aku tersepak satu akar besar yang tumbuh disitu.Aku terus menunduk lalu menggosok kasut aku yang kotor dan mengikat tali kasut semula.Sampai sahaja aku mendongak. Aku melihat kawan-kawan aku yang lain sudah tiada dihadapan mata.
Aku melilau kekiri dan kekanan.
"Eh,mana diorg ini" aku merungut. Aku sudahlah tidak tahu selok belok hutan ini.
Aku menapak selangkah demi selangkah ke hadapan.Melilau mencari kelibat manusia. Tapi satu pun tidak jumpa. Padahal aku rasa aku ikat tali kasut tadi sekejap sahaja.
Sepuluh minit berada di tempat yang sama, aku mula ingin menangis. Dirinya paling tak suka berada seorang diri didalam hutan. Seperti terimbau peristiwa lepas.
Dedaun kering seperti dipijak dari belakang.Aku berdiri tegak agar dapat mendengar dengan lebih teliti.
"Iman"..
Aku terus memutarkan tangan sesorang yang sedang memegang bahuku.
"Arghh" jerit empunya suara.
Aku meneliti muka tersebut sebelum melepaskan tangan miliknya. Rupanya lecture muda yang aku tolak semalam.
Aku menarik nafas lega.Akhirnya ada juga manusia yang terkesan dengan kehilangannya didalam kumpulan itu.
"Iman? Kamu okay?" Ujar Lecture muda itu.
"Hah? Okay-okay. Lecturer buat apa dekat sini?" aku mengutarakan soalan semula.
"Kami cari kamulah. Kamu hilang tadi. Mereka semua sudah dihadapan sana. Saya je U-turn nak cari kamu balik" lect itu bersuara lembut. Lembut dari semalam.
"Ouh" aku tersenyum kelat sebelum memulakan langkah kehadapan.
"Kamu nak pergi mana?" Ujar lecturer itu lagi.
"Pergi dekat merekalah" ujar aku tidak selesa berlama-lama dengan si dia. Rasa macam tak sedap hati.
"Kamu tahu ke jalan nak ke sana? Tahu selok belok hutan ini?" Suaranya seakan-akan memerli
Aku mendiamkan diri lalu menggeleng. Bukan berdendam pasal kes semalam. Tapi hati dia rasa tidak sedap bila ternampak lecturer muda itu. Rasa seperti mempunyai agenda.
"Mari ikut saya. Saya bukan nak culik kamu pun. Btw panggil saja saya Khai. Saya pon bukannya tua sangat.Panggil saja nama saya.Tak perlu berencik-encik atau cakap formal." Lecturer itu senyum menampakkan gigi putihnya.
Aku menarik nafas dalam sebelum memulakan perjalanan.
'Aku rasa dia tidak jahat. Mungkin aku bertengkar dengan dia semalam yang membuatkan aku fikir bukan-bukan.' Bisik hati kecilku.
Aku mengikut langkah kaki lelaki itu menapak ke depan. Makin lama makin jauh pula rasanya ke dalam hutan.
"Khai? awak betul ke tahu jalan nak ke sana?paling kurang pun patah balik ke khemah ke?" Aku menelan air liur. Aku sudah kehausan.
"Kenapa? Tak percaya saya?"Suara lelaki itu sumpah menyeramkan. Seperti bercakap dengan hantu. Kejap lembut saja suaranya,kejap kasar, Dan kejap mystery. Suara dia macam suara perogol misteri pon ada.
"Bukan begitu. Tapi saya rasa kita sudah kedalam hutan sangat nii" aku memadang sekeliling hutan itu dengan perasaan gerun. Aku benci hutan.
"Takpelah kita rehat dulu.Nah air, mesti awak dahaga" lecturer itu menghulurkan sebotol air mineral.
"Erk..terima kasih" aku pada mulanya teragak ambil juga. Aku dahaga sangat. Nantakla apa nak jadi. Botol pon belum dibuka lagi.
Aku meneguk air itu sehingga setengah. Fuh..dahaga sangat nie.
"Jom kita mulakan perjalanan" lecturer lelaki itu berdiri
"Okay" kami meneruskan perjalanan.
Selang beberapa minit. Aku mula berasa pening. Tapi aku hanya berbuat biasa. Sebab aku rasa pening dia lain macam. Macam pening makan ubat tidur.Bukan pening biasa.
Lecturer didepan aku asyik toleh kearah aku. Aku mula rasa ada yang tak kena. Tapi makin lama makin kuat peningnya. Rasa berdesing telinga.
Aku sudah tak dapat kawal muka aku dari berkerut sakit. Aku tertunduk lemah memegang kepala.
"Iman, awak kenapa nii?" Lecturer itu menghampiriku
"Takde apa,penat sikit. Saya rehat kejap ye" aku duduk diatas akar kayu.
"Sakit kepala ke?dekat mana?" Lecturer itu memegang mukaku
"Apa ni!" Aku menepis. Aku dah agak lecturer itu ada niat tak baik
"Marila saya tengok" lecturer itu memegang kepalaku mendekati mukanya
Aku menolak lelaki itu sekuat hati sebelum berlari jauh darinya. Aku memandang samar-samar dahan pokok yg berada dihutan itu. Mata aku mulai kabur. Larian aku sudah terhuyu-hayang membawa badan.
"Iman,awak nak pergi mana." lelaki itu merentap tanganku. Aku terjatuh ketanah. Mengundur jauh dari lelaki itu
"Kau takut ya? Masa kau malukan aku dihadapan semua orang, kau tak takut pulak.. Kau tak kenal aku siapa Iman. Kau fikir aku akan bebaskan kau sesuka hati aku je ke! Meh aku bagi kau malu pulak.. "
Lelaki itu membuka tali pinggang seluarnya dihadapan aku.Muka bengis lelaki itu aku lihat samar-samar. Aku betul-betul tak larat berdiri sekarang ini.
Lelaki itu menghampiriku. Dia memegang baju aku seperti ingin direntap agar terkoyak. Aku menendang kemaluan lelaki itu sebelum berdiri.
Aku fikir aku terlepas tapi..
"Awak tak apa-apa Iman?"Suara garau seorang lelaki memanggil
Aku terus pengsan.Tidak sedarkan diri.
Tit.... Tit...... Tit....... Tit.......
"Iman..... " suara kakakku membangunkanku.
Aku memandang sekeliling bilik itu.
"Kamu dekat hospital" ucap Hairah
Aku memandang pelik lelaki itu. Macam mana dia ada dekat sini?
"Apa dah jadi sebenarnya?" Aku bangun daripada perbaringan.
"Kamu tanyalah Zahid sendiri. Kakak keluar dulu"
Kakaknya pun beredar, menutup pintu biliknya.
"So? " aku mengangkatkan keningku
"Apa??" Lelaki itu blur.
"Macam mana aku boleh ada dekat atas katil hospital ni?" Aku memandang lelaki itu tajam
"Seriously? Kau tak ingat apa-apa ke?"
"Sebab aku tak ingatlah aku tanya" aku menjeling lelaki itu. Geram.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
