"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf
"kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani
"Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf
"So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
Baginya hari ini adalah hari yang paling malang dalam hidupnya. Dijodohkan dengan orang yang tidak disukainya. Paling tidak dapat dihadam, orang yang paling dibenci aku itulah yang akan bakal jadi suaminya.
Aku mengeluh memandang cuaca pagi itu yang cerah. Kenapa tidak hujan?
Dia bakal bertunang dihalaman rumahnya sebentar lagi.
"Iman, jom turun. Semua dah tunggu" Hairah mengetuk pintu biliknya.
Aku memandang sekali imbas mukaku kearah cermin. Tak pernah dia bersolek sepanjang hidupnya. Walaupun simple tetapi dia rimas dengan makeup yang bertapak dimukanya. Rasa berat.
Aku menghembuskan nafas perlahan sebelum menuju kearah lift dan bergerak turun ke arah pintu utama.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku bergerak turun bersama tepukan dari para tetamu. Walaupun tak ramai jemputan papa, tapi aku tahu yang dijemputnya semua rakan perniagaan dan rakan mafianya.
Aku mengikut laluan kecil menuju ke khemah kosong bersama papa disisi. Para tetamu semua berkumpul ditepiku ingin menangkap gambar detik-detik aku berjalan kearah Zahid.
Zahid berdiri ditengah-tengah laluan itu menungguku. Sambil membengkokkan tangan kanannya.
'What? Dia fikir aku akan pegang tangan dia ke? Excuse me ! Bukannya sudah kahwin,baru bertunang kut.' aku menjeling perbuatan lelaki itu didalam hati.
Aku memegang hujung bajunya supaya lelaki itu tidak berasa malu. Memang takkan aku selukkan tangan aku dicelah tangannya.
"Ehemm" dehem papa buat aku mengeluh. Aku memasukkan tanganku dicelah tangan Zahid.
'You are so beautiful today sayang' bisik Zahid perlahan ketelingaku.
Cepat-cepat aku menyiku perut lelaki itu.Senak. Itu yang dirasakan boleh Zahid ketika itu. Dia cuba berlagak biasa dan kekal tersenyum. Aku tersenyum sinis. Padan muka!
Saat aku pandang kehadapan. Aku terlihat sosok lelaki yang bernama Zikry dihadapanku.
Zikry tersenyum manis memandang aku.Muka ceria lelaki itu mengguris hatinya.Teringat peristiwa dia merayu dan ingin lakukan kerja gila untuk dapatkan lelaki itu. Tapi ?
"Zik, stop. Biarlah saya habis cakap dulu" ujar Iman Amani perlahan tetapi tegas.
"Iman, please. Esok awak nak jadi tunang kawan saya. Saya taknak ada salah faham antara kita nanti. "
"Tak. Apa masalahnya sekarang nii. Kau kawan aku. Kenapa nak salah faham? Salah ke kalau kita berkawan? Kenapa? Zahid tak bagi? "
"Iman." Suaranya keras. Dia menghembus nafasnya kasar.
"Apa?" aku meninggikan suara.
"Saya yang lepaskan awak dekat tangan Zahid.Saya yang suruh dia jaga awak. Saya yang nak jauhkan diri saya. Saya memang tiada perasaan yang sama macam apa yang awak rasa. Cukup. Act like we don't know each other,okay?"