Selepas mandi. Zikry mengimamkan solat magrib dan isyak. Merdu suara lelaki itu mengalunkan bacaan dalam solat.
Aku hampir mengalirkan air mata mendengar bait-bait doa yang betul-betul menusuk kedalam dasar hatinya. Lelaki itu memang ada package suami idaman.
"Adik, kan abang dah cakap, nanti abang belilah basikal baru. Janganla macam ni" Zikry mengetuk pintu bilik adik perempuannya berulang kali.
Sepi. Akhirnya Zikry mengalah lalu turun menuju ke ruang tamu. Aku yang berada didapur mengendap perbuatan lelaki itu tadi.
Aku mengeluh. Ini semua salah aku. Kalau aku tak kayuh laju-laju tiadalah basikal itu jadi pameran di bendang sekarang.
Aku menarik nafas dalam sebelum mengetuk pintu bilik adik perempuan lelaki itu.
"Adik,adik.. Ni kakak Iman ni. Boleh kakak masuk?" aku berdiri dihadapan bilik itu
"Adik?" aku cuba memulas pintu. Ternyata tak berkunci. Aku duduk dibirai katil adiknya lalu mengusap perlahan rambutnya.
"Akak buat apa nii?" budak perempuan itu bangun dari perbaringan.
"Kakak nak mintak maaf pasal petang tadi. Akak tak sengaja.. "
"Tak sengaja jatuhkan basikal tu dalam bendang?" suara budak perempuan itu sinis.
Aku menegup liur. Tak pernah lagi ada orang cakap macamtu dengan aku. Ada yang nak kena sembelih nii.
"Macam ni. Kakak akan tunaikan apa saja permintaan adik. Janji adik maafkan kakak dan tak marahkan abang." Ucap aku lembut. Jarang Iman nak macamni.
"Takpelah kakak. Lagipun itu basikal lama. Kalau tak jatuh bendang pun mungkin akan tercabut tayar kalau adik bawak nanti." suara budak tu mula mengendur.
"Adik tak marah kakak ke?" aku tersenyum kelat
"Tak langsung. Cuma.." budak itu terdiam kembali
"Cuma apa?ceritalah.Mana tahu kakak boleh tolong?" aku tersenyum nipis
"Abang Zikry tu dah banyak habis duit untuk kami. Dia sambung belajar sambil kerja part time. Adik tahu dia penat, letih tapi dia tak pernah tunjuk. Lepas arwah ayah meninggal dialah yang jadi ketua keluarga. Semua benda dalam rumah ni. Semua dia buat. Tak pernah marah kitaorang pun. Cuma kadang kitaorang je suka tak faham dia. Adik selalu bertindak melulu. Tapi lama-lama adik akan rasa menyesal buat macam tu dekat abang. Adik marah abang sebab abang nak belikan basikal baru. Adik taknak pun. Adik rela jalan kaki. Adik tahu susah abang nak cari duit siang malam sambil study.Adik kesian dekat dia.Adik taknak duit dia habis untuk beli basikal baru.Basikal sekarang bukan murah! " ujar budak perempuan yang berumur 15 tahun itu mula teresak.
Aku memeluk budak itu erat. Aku mengusap perlahan rambut budak perempuan itu.Tulusnya dia mengungkapkan semua itu.
"Okay, jangan nangis dah. Akak tahu macam mana nak tolong korang."
"Macam mana?" mata budak itu bersinar-sinar.
"Adik,pergi panggil yang lain masuk bilik nii. Kita-kita je tau. Kejap lagi kakak datang. Kakak jumpa abang Zikry kejap " aku mengenyitkan mata selepas dapat isyarat okay dari si dia.
"Awak" aku mengetuk pintu bilik lelaki itu.
"Kenapa?" lelaki itu mengesat matanya.
"Awak tengah pakai ke laptop? Saya nak pinjam kejap boleh?"
"Boleh. kejap-kejap". Lelaki itu dalam keadaan mamai menuju kearah meja belajarnya lalu menyerahkan laptopnya kepada aku. Bapak awal tidur.
"Thank you!,sambung lah tidur.Goodnight"
Aku kembali ke bilik adik Zikry.
"semua dah ada?" aku bertanya
"Semua dah ada kak" perempuan membuat tabik.
"Good. Okay macam nii" aku menyelak pintu kayu itu lalu menuju ke katil bersama 3 orang adik lelaki itu.
Aku membuka aplikasi pembelian online dan menaip sesuatu dia atas keyboard lalu menekan enter.
Tidak berapa lama kemudian terpancar pelbagai jenis basikal dan warna.
"Okay,korang bertiga pilih basikal mana yang korang suka. Kakak belanja"
"Seriusla kakak? Nanti abang tahu dia mesti marah.Tak payahlah" ujar budak perempuan itu
"Eh kakak ni dah ada rezeki depan mata pergi tolak." budak lelaki yang berusia 13 tahun itu menggeleng
"Haah! Betul cakap abang tu. Acu teringin nak ada basikal sendiri" ujar budak lelaki yang berusia 10 tahun itu.
"Ish." budak perempuan itu menyekeh kepala dua orang adiknya itu.
"Takpe-takpe macam nii. Pilih dulu. Esok kakak akan cakap dengan abang zikry. Dia mesti tak marah punya. Kakak nii pandai pujuk" aku menyengitkan mataku tanda greenlight.
"abang Zikry dengan kakak ada apa-apa ke? rapat semacam je" budak lelaki yang berusia 13 tahun itu mula mengusik.
"Eh sudah. Pilih cepat hari dah malam. Esok korang kena pergi sekolah kan?" aku mengubah topik.
"Haah jugak." mereka bertiga mula menumpukan mata mereka kearah screen laptop milik abangnya.
"Akak thankyou tau sudi belikan kitaorang basikal baru. Cantik pulak tu. Harga pon cantik jugak"
"Takde hal lah. Kakak yang rosakkan basikal korang. So akak gantikan yang baru. Esok basikal sampai"
"Seriuslah akak? Cepatnya! " ujar budak perempuan itu teruja.
"Kakak cari kedai berdekatan dengan sini. Memangla cepat dapat. Cuma esoklah korang kena jalan kaki pergi sekolah" ujar aku serba salah
"Ehh takpelah. Nanti adik suruhlah abang zikry hantar. Diakan ada" mereka mengangkatkan kening mereka.
"Bye kakak! Jumpa esok! Thankyou lagi sekali" ujar dua budak lelaki itu sebelum berlalu ke kamar mereka.
Aku menutup pintu bilik sebelum terlelap disebelah budak perempuan itu.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romansa"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
