BAB 5

2.2K 143 1
                                        

"Iman,ini ada surat dari master" lelaki memberi surat itu berlalu pergi selepas meletakkan surat itu di atas mejanya.

Aku membuka surat lalu membaca isi kandungannya.Aku terus bergegas keluar dari bilik kuliah itu.

"Ehh Iman tak boleh masuk,sedang ada" belum sempat PA papanya mahu menghabiskan ayatnya aku sudah merempuh office papa.

"Diamla Kak Mai.Orang nak jumpa papa kejap saja pon." ucap aku malas melayan PA papanya itu.

"Papa,apa benda ni?" aku menunjukkan surat itu.

tercengang aku melihat semua lecturer berada didalam bilik papanya. Seperti sedang melakukan mesyuarat.

"Sorry master,saya sudah cuba halang dia masuk tapi diaa" kelu lidah miliknya mahu berkata-kata.Nampaknya rahsia keluarga itu akan terbongkar.

"Takpe.Awak boleh keluar"

Aku pula hanya kaku disitu.Nak cakap apa ni.

"Iman,tunggu papa dekat bilik itu" ujar lelaki tua itu menunjuk kearah satu bilik kecil disebelah kanannya.

Aku hanya menurut.Lecturer disitu sudah berbisik perlahan.

Aku menepuk kepala aku perlahan.Apalah yang kelam kabut sangat Iman.Semua dah tahu sekarang.

"Kenapa Iman nak jumpa Papa sangat ni?" sengaja lelaki tua itu bertanya padahal dia tahu tujuan anaknya yang seorang itu.

"Kenapa papa nak hantar Iman pergi kem?Hutan? No way!" Geram betul.

"Bukan kamu seorang saja pergi ke kem itu.Orang lain pun ada.Hairah pun terlibat sekali"

"Apa function papa hantar kitaorang pergi kem itu?" aku memeluk tubuh

"Papa nak fight dengan satu geng ini.Papa tak nak diorang detect Iman dengan Hairah.So please be undertanding. "

"Iman nak join." ujar aku selamba.

"Nope.Geng kalini dia agak kuat.Papa tak nak Iman terlibat."

"Apa ingat Iman lembik ke? Iman boleh handle lah" ujar aku sedikit bongkak.

"Kamu ikut saja rancangan papa ini atau papa hantar kamu pergi U.K sambung belajar dekat sana for 6 years. Choose. Nak pergi kem 2 hari 1 malam ke pergi U.K?

"Erh fine!" aku berlalu pergi dari office milik papaku.

Aku menggalas malas beg sandang belakang aku lalu masuk ke dalam bas.Aku mengambil seat tengah dan meletakkan beg disebelahku.Aku tidak mahu duduk disebelah sesiapa.

"Iman,boleh kamu share tempat duduk dengan Zahid?" lecturer Izman memandang aku

"Barang saya penuh ni.Tak muat" ucap aku selamba

"Iman kamu jangan nak.." lecturer muda itu seperti ingin memarahiku namun dihalang oleh lecturer Izman

"Dahla.." lecturer Izman menghalang lalu menolak lecturer muda itu kedepan.Selepas kebanyakan lecturer yang tahu aku anak pemilik college itu.Mereka tidak berani mahu memarahi aku.Nantak pi komela.

"Tak cukup tempat untuk dua orang lagi ni" ujar lecturer separuh abad itu.

"Zik,duduk sebelah aku" ujar aku selamba.

Terbeliak mata Zahid dibuatnya.Aku sengaja berbuat begitu kerana tidak mahu dekat dengan Zahid.

"Takpe lect.Zahid duduk dengan saya" ujar Hairah dibelakang.

Aku menoleh.Sejak bila kakaknya itu suka duduk dengan lelaki? Pape jelah.

Aku menuruni tangga bas itu lalu mengambil beg ditempat penyimpanan barang.

Aku duduk bertenggong disitu.Hari masih siang.Line pula tiada di kawasan hutan.Aku hanya memandang rakan yang lain sibuk mendirikan khemah.

Aku terus mengeluarkan makanan dari beg sandang belakang aku lalu makan sambil duduk bersila diatas tanah.

"Iman,boleh kamu tolong sekali rakan-rakan kamu?janganla makan sahaja." Ujar lecturer muda itu mencekak pinggang

Aku hanya memandang lelaki muda dihadapannya itu.Aku memang susah nak respect orang muda macam dia ni lagi-lagi bergelar cikgu.Sebab mulut jenis cakap lepas.Perangai cam Haram.Cakap macam dia PM. Berlagak nak mampus.

"Kenapa kamu pandang saya macamtu? Aku tak faham betul dengan budak kaya zaman sekarang." Ucap Lecturer practical itu

Aku meletakkan keropok aku ke tepi  lalu bangun dan berdiri rapat dengan lelaki itu.

"Said it again." Aku mendongakkan kepala seperti kak long kawasan. Lagipun aku pendek.Dah diam.Iman tengah marah ni.

"Aku cakap budak kekaya zaman sekarang memang tak reti nak buat kerja,manja,berlagak diva!" lelaki itu mencerlung memandangku

"Lecturer apa kurangnya.Berlagak bagus,selfish,tak boleh harap, mulut longkang..apa lagi ehh" aku membuat suara mengejek

"Kau ini" lelaki itu menaikkan tangannya

"Tamparlah, saya benarkan.Kita tengok siapa yang menang" ujar aku sinis

lelaki tadi ingin menumbuk mukaku, tapi sempat aku mengelak ke kiri.

Aku terus memegang tangan kanan lelaki itu tadi lalu menarik tangannya itu kebelakang badannya. Tanpa menunggu lama aku menolak badan lelaki itu jauh dariku.Terjelopok lelaki itu jatuh.

Yang lain turut terkejut dengan perang dingin yang berlaku antara aku dan lecturer muda itu.

"Sudah-sudah.Bersurai." tegas nada suara Lecturer separuh abad itu.

Aku kembali duduk diatas batu kecil disitu lalu mengunyah kembali keropok yang masih bersisa.


TO BE CONTINUE; 3

MISS MAFIA AND MR BADBOY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang