BAB 24

1K 67 3
                                        

Aku bangun malas dari perbaringan, hari ini semester baru sudah bermula. Aku mencapai tuala dari belakang pintu lalu menuju ke bilik air.

Mulut yang ternganga aku tutup, 'mengantuknya kena pergi kelas pagi-pagi begini' Omel aku sendirian sambil memakai kasut

Aku menuju kearah motorbike lalu menghidupkan enjin.

Zroom zroom'

Aku memulas motor aku sebelum bergerak menuju kearah jalan raya. Motorbike aku parking lalu aku membawa haluan aku ke kelas.

Aku bertentang mata dengan Zikry, tak sampai sesaat dia mengalihkan pandangannya kearah berlawanan diri aku terletak.

Aku menghampiri lelaki itu, aku tahu dia takut selepas melihat aku membunuh orang dihadapan matanya.Aku melabuhkan dudukku di sebelah lelaki itu.

Aku membisikkan sesuatu ke telinganya "Kau takut dengan aku ke? " suara halus aku menyapa gegendang telinganya.

Plak~

Jatuh buku lelaki itu ke lantai. Lelaki itu menunduk mencapai bukunya. Aku juga turut menunduk.

Aku menahan buku itu dari di angkat Zikry.

"Aku takkan kacau kau, kalau kau tutup mulut kau. Anggap saja apa yang kau tengok kelmarin hanya mimpi ngeri bagi kau. Okay? " suara aku perlahankan, cukup halus untuk didengari lelaki itu sahaja.

"Kau fikir Malaysia nie tiada undang-undang ke?!" Herdik lelaki itu kuat. Seisi kelas berpaling ke meja kami.

Aku senyum sinis, sambil mendengus halus.

"Kau ikut cakap aku kalau kau taknak.. " aku merapatkan mulut aku ke telinga lelaki itu

adik-beradik kau,mak kau mati dekat tangan aku."

Ujarku perlahan sebelum meletakkan buku lelaki itu kembali ke atas meja. Aku mengorak langkah ke depan, duduk di barisan hadapan.

Pandangan mereka aku hiraukan. Aku duduk lalu membuka ipad milikku. Selang beberapa minit professor masuk  dan memulakan kelas.

•••

"Okay, so korang dah ada target untuk bulan ni?"

"Dah boss, tinggal gerak je, semua dah completed" ujar Akim

~TING TING~

Penggera loceng berbunyi.

"Siapa pula yang datang waktu-waktu macam ini? Nak cari masalah ke apa? " ujar Aiman berang.

Loceng masih berbunyi. Aku berasa curiga.

"Man, turunkan bilik ini sekarang." Ujar aku tegas

"Tapi.. "

"Just do it Man, tukarkan lantai nii kebawah, naikkan ruang lagi satu keatas ASAP. "

"Alright" Man, Akim dan Li terus bergegas kearah suis, kami turun kelantai bawah tanah dan kembali keatas menggunakan lift.

Aku melihat dari tab. Ada polis dihadapan.
Nasib firasatnya benar untuk tukar lantai.
Aku membuka pintu besi itu dengan cap jariku.

"Ya, cari siapa? "

Polis itu terus merempuh badanku. Aku kebelakang beberapa tapak.

'Apa masalah polis ni?' ujar aku dalam hati. Mahu saja dia robek kepala polis itu disini.

Aku merentap tangan polis itu.

"Ada masalah apa ya? Datang tempat orang main rempuh je. Memang polis datang-datang tempat orang takde adab macamni me? " ujar aku dengan nada sopan dan tersenyum manis bak gula dihadapannya.

MISS MAFIA AND MR BADBOY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang