BAB 16

1.4K 74 0
                                        

"Kenapa awak diam saja harini Iman?" Ujar Zahid

"Tiada benda nak di borakkan" Hairah menjawab ringkas.

Dia sedang berfikir, macam mana nak buat Zahid suka dia bukan sebab dia Iman. Tapi sebab dia Hairah. Dia juga nak orang sayang dia kerana dirinya. Bukan dengan menyamar macam nii.

"Awak tengah fikir macam mana nak bagitahu saya yang awak sebenarnya Hairah ke?" Ucap Zahid sinis.

"Apa kau merepek nii? Apa bukti kau tuduh aku sebarangan." Cantas Hairah laju. Jantungnya berdegup kencang.

"macam inilah Hairah. Saya kenal Iman macam mana. Cara dia cakap, cara dia bawak diri dia. Awak tak boleh jadi dia.Langsung tak sama. "

"Apa maksud awak nii Zahid? Awak nak cakap saya plastik ke? Ya, maaf saya terpaksa jadi Iman untuk dekat dengan awak. Saya minta maaf" Hairah berdiri.

"Tunggu. Kalau betul kau nak dekat dengan aku. Kau kena tolong aku dapatkan Iman. Buat Iman nakkan aku. Buat Iman jealous bila kau dekat dengan aku. Boleh?"

"Apa awak nii? Iman sukakan orang lain. Jangan paksa dia untuk sukakan awak" Ujar Hairah berang.

"Awak marah saya paksa Iman atau awak marah saya cuba dapatkan Iman gunakan awak?"

Hairah terdiam. Zahid bangun dari duduk.

"Kalau awak rasa nak dekat dengan saya, nak saya sukakan awak. Awak terimalah cadangan saya tadi. Saya cuma nak buat Iman jealous. Kalau saya tak dapat jealouskan Iman. Saya akan bertunang dengan awak. Setuju?" Zahid mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi dari situ.

"Kau dah dapat apa yang aku nak?" jelas suara lelaki itu dihujung talian

"Sudah boss."

"Jumpa malam nii. Tempat biasa."

Senyuman sinis terukir diwajahnya.

'You will be mine soon,Iman.." rokok yang dihisapnya dicampakkan ketanah lalu dilenyetkan dengan kakinya.

"Zikry,Faiz tujuan aku ajak korang keluar malam nie sebab aku nak cakap something " Zahid menggosok belakang tengkuknya.

"apa dia?" Faiz mengangkat keningnya. Zikry hanya mendengar sambil memegang secawan coffee.

"Aku nak tunang bulan depan" Zahid tersenyum malu-malu

"Hah? Sumpahlah weh? Playboy macam kau nii nak kahwin? Tak percaya aku. Sudahlah perempuan keliling pinggang." Ujar Faiz bersahaja.

Zikry hanya senyum menampakkan gigi putih miliknya.

"Dengan siapa bro? "

"Alahhhh korang kenal. "

"Siapa? Roses ke?? " jawapan Faiz mengundang tawa dari Zikry.

Zahid hanya tersenyum sinis.

"Bukan. Aku akan bertunang dengan Iman. IMAN IMANI"

Suara Zahid sengaja ditekankan ketika menyebut nama perempuan tersebut. Dia tahu Zikry rapat dengan Iman sekarang. Dia mahu Zikry sakit. Dia mahu Zikry tahu,apa yang dia nak pasti akan dia dapat.

Hilang tawa dibibir Faiz, senyum lebar dimulut Zikry juga turut memudar.

"Kau biar betul Hid, dengan budak yang kita cuba tolong tu ke?yang ganas tu? Seriuslah dengan perempuan macamtu. Sejak bila kau tukar taste ni? Demam eh?" Faiz memegang dahi Zahid.Takut juga dia rakannya yang seorang ini disampuk demam kus kus.

"Tak boleh ke? Bagi aku dia special. Dia lain dari yang lain. Kan Zik? " sengaja dia bertanya kepada empunya badan. Dia tahu Zikry masih cuba menghadam apa yang baru dikatakannya tadi.

"Hah? haa..haah. Perempuan tu tahu ke yang kau akan bertunang dengan dia? "

"Dia tahu.Tak sabar aku nak bertunang. Kitaorang dah siap beli baju tunang sama sama minggu lepas" Zahir ketawa girang. Penuh dengan makna.

"Ouhh I see,congratulations bro" ujar Zikry. Dia banyak mendiamkan diri malam itu.

'Hai Zik! Buat apa tuu?' - Iman

Message dari Iman dia abaikan. Dia tahu gadis itu akan jadi milik rakan baiknya.

'Zik? Awak okay tak tu? Lama kita tak keluar. Jom keluar esok nak?' - Iman

'Saya busy, sorry' - You

Online Iman bertukar kepada last seen. Dia tahu Iman merajuk. Tapi apakan daya. Dia memang mahukan Iman berjauh hati dengannya.

Dia tak faham kenapa Iman tidak jujur dengannya. 'Perempuan itu tahu dia akan bertunang tapi kenapa masih berkawan dengannya? Tapi mungkin Iman hanya anggap dirinya kawan. Bukan salah Iman. Aku sendiri yang minta untuk berkawan dengannya. Bukan lebih. Tapi kenapa aku sakit?' Zikry meraup wajahnya. Kusut.

Sungguh dia tak faham dengan apa yang berlaku.


"ZIKRY ! Stop boleh tak?! " Iman menjerit lantang nama lelaki itu.

Lelaki itu asyik lari darinya sejak seminggu yang lalu.

Zikry berhenti dan berpaling ke arah Iman. Jika dia tak berhenti mahu bergegar satu kolej ini dengar jeritan kuat milik wanita itu.

"Kenapa awak cuba lari dari saya? Saya ada buat salah ke? " suara Iman mengendur

"Tak. Saya cuba sibuk lately nii. Memang tak Ada masa"

"Tipu! Cakap jela kenapa awak asyik mengelak dari saya" Iman mencekak pinggang.

"Tiada masa nak menipu" dingin suara lelaki itu.

"Okay fine.Hujung minggu nii jom berkelah! Bulan depan kan dah midterm." Iman tersenyum manis kearah lelaki itu

Hati miliknya cair. Dia tak kuatlah. Asal comel sangat perangai Iman nii?

"Saya busy. Saya gerak dulu"

Lelaki itu bergerak laju meninggalkan Iman sendirian di koridor itu.

"Saya akan pastikan awak ikut!!!! " jerit Iman buat kali terakhir sebelum berlalu pergi dari situ.

TO BE CONTINUE ;3

MISS MAFIA AND MR BADBOY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang