"Kamu pergi mana Iman?lama kakak cari.Papa dah bising tahu!" Hairah memandang geram selepas melihat aku membuka pintu utama rumah itu.
"Aku penatla kakak.Bagi aku rehat kejap." aku mengeluh.Tangannya seperti terseliuh.Mahu suruh Kak Minah urutkan nanti.
"Iman,kan papa suruh kamu balik dengan kakak kamu.Kenapa kamu degil sangat?" lelaki tua itu mendekati aku
"Memang Iman tunggu kakak,tapi kakak yang lembap sangat.Iman balik lah sendiri" ujar aku malas.
"Tak boleh ke bersabar sedikit?" ujar papanya lagi
"Kalau papa nak rasa,papa pergi jemur diri papa dekat tengah panas itu.Papa ingat Malaysia ini macam London ke matahari dia?" aku terus menuju kearah lift untuk ke bilikku.
Aku mengeluh kecil.Bukan tidak mahu jujur.Tapi kalau aku ganas papa aku akan dua kali ganda lebih ganas.
Pernah kawan aku ejek aku sebab aku anak yatim sahaja pun papa aku pergi serang mak bapak budak itu.
Ini kalau mendatangkan kecederaan mampus kut boss dengan anak-anak ikan dia.Aku cuma kesian dengan musuh-musuh papa yang baru nak up ini. Geng papa kuat sangat sampai sekali berperang,asyik geng papa saja yang menang. Macam tak mencabar pulak.
"Ma.." aku melihat darah yang mengalir dari kepala mamaku..
"Iman..keluar sekarang dari kereta ini" ujar mama tersekat-sekat
"Tak nakk" aku menangis kuat.
"Iman sayang mamakan?keluar dari kereta ini lepastu lari pergi mintak tolong orang ya" mama aku memujuk.
Aku menurut lalu melangkah keluar
Dari kereta yang sudah terbalik.Aku merangkak keluar dari kereta.Aku tak menghiraukan tangan aku yang terluka termasuk kaca.Aku perlu mintak tolong orang untuk selamatkan mama.
"Woii budak!" ujar satu suara dari jauh
"Arghhh" aku berlari kedalam semak hutan disebelah jalan raya.Jalan itu sangat sunyi.
"Lari Iman!Jangan pedulikan mama" mama aku menjerit dari dalam kereta
"Diamla perempuan!" rakan-rakannya menuang satu tong minyak petrol ke kereta mamaku.
Aku hanya mampu menekup mulutku dari jauh.Aku tak mampu menolong.Badan aku terlalu kecik untuk melawan.Aku takut.
"Selamat tinggal perempuan" Salah satu dari rakannya itu menghidupkan lighter lalu membakar kereta itu.
"Iman lari...mama sayang Iman" ujar mamanya itu
Aku menangis.Air mata aku mengalir deras.Aku buntu.
Aku berlari kedalam hutan itu.Semakin lama semakin dalam. Aku tak tahu kemana harus pergi.
"Iman..sini sayang uncle" satu suara lembut menggetarkan hebat badanku.
"Iman..ouhh Imann" bunyi dedaun yang dipijak oleh lelaki itu membuatkan jantung aku semakin berdegup kencang.Lemahnya aku waktu ini.
"Iman!Kau keluar sekarang!" suara bengis lelaki itu mulai keluar.
Bomss~~
Bunyi letupan kereta.
"Mama!" jerit aku kuat.
"Ya Allah bantula Iman.." ujar hati kecilku
"Dekat situ kau budak!" lelaki itu mengejar aku.
Aku berlari selaju mungkin.Menghabiskan kudrat aku yang tersisa.
"Dengar cakap mama,jangan pernah mengalah sebelum berusaha." suara mama tiba-tiba terngiang ditelinga aku waktu itu.
"Mama!" aku terbangun dari tidur.
aku mengelap air mata aku.Aku tewas lagi kali ini.Mimpi ini selalu menghantuinya sejak kematian mamanya 8 tahun yang lalu.
Aku menilik jam.Tepat pukul 3 pagi.Aku masuk kedalam bilik air bagi mengambil wuduk bagi solat sepertiga malam.
Selesai solat aku berteleku diatas sejadah.Teringatkan pertelingkahan antara dia dan papanya itu merobek kembali jiwanya.
FLASHBACK
"Kenapa Iman degil sangat ini! Papa dah katakan papa tak izinkan Iman masuk taek wan do! Apa yang Iman susah sangat nak faham?"
"Papa tak pernah nak faham Iman dengan mama. Jadi kenapa bila mama sudah meninggal papa sibuk nak larang Iman buat itu ini?!" aku meninggikan suara
Pang~
Aku memegang pipi aku.
"Kau dengan mak kau sama jelah" ujar lelaki itu geram
"Mama cuma nak kitaorang jauh dari dunia mafia papa! Itu pon papa tak faham ke? Lepas mama meninggal tiba-tiba papa ubah fikiran kenapa?"
Aku memandang papa aku sinis.Itu kali pertama aku berbuat begitu.
"Sekarang mama sudah tiada.Jadi Iman akan ikut cakap papa.Iman akan belajar pertahankan diri supaya tak mati katak saja macam mama, disebabkan musuh-musuh tak guna papa itu !Jadi papa takde hak nak halang apa yang Iman nak buat selepas ini." aku menolak lelaki itu lalu berlalu ke bilikku.
End flashback
Menitik air mata aku mengingatkan bermulanya jurang antara aku dan papa.
Mungkin betul,kalau aku ikut perangai papa tapi aku lebih sayangkan mama.
Kakak aku ikut perangai mama tapi lebih memilih papa.
Sejak 11 tahun aku cuba mengeraskan hati aku supaya tidak cepat kesian pada orang.Lagi-lagi musuh papa.
Aku masih tidak tahu siapa yang menyebabkan kematian mama. Aku akan cari sampai jumpa.
Aku akan tuntut kematian mama. Mungkin dulu aku pengecut, lembik dan senang ditindas.
Tapi sekarang semua perlu tunduk dan takut pada aku.Sejak umur aku 13 tahun aku membunuh musuh papa.
Pada mulanya memang aku takut dan trauma sebab tertikam musuh papa semasa mereka cuba memecah masuk rumah papa aku.
Tapi selepas hari itu membunuh orang sudah sebati dalam diri aku.
Sepatutnya yang cuba menculik aku harituh sudah lama aku bunuh.Cuma mengenangkan ada orang disitu aku malas.
Ini aku Iman Imani.Tiada apa yang boleh membuat aku takut.Aku tak banyak kawan sebab aku tak nak kawan-kawan aku terlibat dalam dunia gelap yang aku cipta sendiri.
TO BE CONTINUE ;3
ANDA SEDANG MEMBACA
MISS MAFIA AND MR BADBOY
Romance"woi,tak reti mintak maaf ke?" -Zahid Asyraf "kau yang langgar aku,kau yang nak panas apahal?" - Iman Imani "Aku rasa kau tak kenal lagi aku siapa. Aku anak Tan Sri Hisyam." - Zahid Asyraf "So?kau bukan sesiapa pon bagi aku.Please get lost" - Iman...
