BAB 9

2K 97 0
                                        

"Kau tepi boleh tak? Asal kau suka sangat kacau aku!" Aku mula naik darah. Apa kenalah dengan mamat seekor ini. Aku ketuk pakai kuali bibik kat rumah aku karang. Apa tak dapat.

"Ehh asal aku kena ke tepi pulak? kau yang halang laluan aku" Zahid menunduk tepat memandang anak mata aku.

Aku berjalan ke kiri dia kekiri aku berjalan ke kanan dia sibuk ke kanan
juga. Okay fine! Aku pusing belakang.

"Ehh awak tunggulah" lelaki itu mencapai tanganku

"Kau lepas sekarang" aku menarik tangan aku yang digenggam lelaki itu.

"Kalau taknak?" Lelaki itu mengukir senyuman nakal

"Ini padah dia!"

Prakkk. Aku memusingkan tangan lelaki itu.

"Arghhhhh sakit, sakit" lelaki itu terjerit kecil

"Please la. Kau jangan ganggu hidup aku.Aku semak tengok kau." Aku beredar dari situ.

"Iman, papa ada benda nak cakap dengan kamu"

"Esoklah papa, penat ni. Malam nanti ke"

"Papa sudah terima pinangan dari kawan papa"

"Pinangan apa nii? Siapa yang nak kahwin? Kakak? Suka hatilah. Iman tak halang" aku menuju ke arah lift.

"Bukan Hairah.Tapi kamu."

Ayat yang keluar dari mulut papa buat aku tergamam. Mati kutu dirinya di situ.

"Apa papa cakap tadi?ulang balik" aku berpaling memandang papaku.

"Papa terima pinangan kawan papa untuk ambik kamu jadi menantu dia. Faham?!" Orang tua itu mengulang kembali ayatnya.

"Seriously? Iman tahu papa bergurau. Kenapa tiba-tiba je ni?" Aku tertawa kecil menghilangkan gusar di hati.

"Papa tak main-main. Iman kena ikut cakap papa. Kalau tak,papa tak akan bayar satu sen pun orang suruhan kamu itu.Lagipun bukan papa nak kamu kahwin tergesa-gesa. Cuma berkenalan dahulu. Kamu habis belajar baru kamu kahwin dengan anak kawan papa itu. Faham?" Tegas dirinya.

"Tapi Pa... " lelaki itu terus beredar. Aku merengus geram sebelum masuk kedalam bilik. Aku menghempas pintu kuat.

"Arghhhhhhhhhhhhhh" aku menumbuk-numbuk punching bag yang berada didalam bilikku itu.

"Iman, kita ada tetamu" ucap papa yang sedang duduk di meja panjang.

"Erh.. " aku buntu. Karang cakap nak naik atas macam biadab pula. Tapi kalau duduk situ, nak dengar mereka bersembang ke? Aduh sembang pakcik-pakcik murung dengar.

"Duduk sini Iman salam uncle" papa berdehem dan memberi isyarat mata.

Aku terus menuju kearah mereka dengan melemparkan senyuman plastik.

"Hi uncle" aku menghulurkan tanganku. Ushh lain benar perangai aku ini. Macam buang tabiat.

"Iman tahu tak yang kami mahu jodohkan kamu dengan anak uncle?"

"Tahu. Kenapa uncle?"

"Uncle rancang lepas je kamu habis semester ni, kita akan lancarkan pertunangan kamu berdua. Dan selepas habis berlajar kamu terus menikah dengan anak uncle"

Wtf. Papa kata kenal-kenal dulu. Sudahlah aku ditengah-tengah semester sekarang. 3 Minggu lagi final exam. Hujung tahun ni menikah? Wehh aku muda lagi kot. Baru 20 tahun!!!!

"Iman?" Papa memetik jari

"Hah?" Aku tersedar. Aku hanya tersenyum sebelum berlalu pergi. Kau fikir aku heran? Nanti pandai-pandailah aku ugut anak dia. Tak pun aku lari rumah. Hahshahshahhs. Bijak jugak kau ni Iman.

"Asal awak nampak kusut nii?" Suara zikry menyapa gegendang telingaku. Ish, dia nii macam tahu-tahu je aku pergi sana, pergi sini.

"Apa awak bebel sorang-sorang tu? Nah," lelaki itu menghulurkan aiskrim magnum perisa vanila kepadaku

"Thanks" aku mengcapai lalu menggigit aiskrim itu.

"Entahla. Banyak betul masalah aku kena hadap. Malas fikir. Tapi terfikir jugak" aku menjilat aiskrim yang mula cair dan meleleh.

"Cuti short semester ni awak ada pergi mana-mana?"

"Duduk rumah jela kut. Nak pergi mana lagi?" Aku tersenyum hambar.

"Kalau awak tak keberatan,saya nak ajak awak balik kampung saya. Means, rumah mak saya. Kampung saya best. Boleh pergi bendang. Cuma tulah taktahulah kalau awak sudi" lelaki itu tersenyum manis

'Ushh..jangan pandang lama-lama Iman!' Desis hatiku

"Erk..nanti saya fikirkan. Kalau saya betul-betul free nanti saya bagitahu awak.Okay? "

"Okay" kami menghabiskan aiskrim sebelum berjalan pulang ke kampus.

[Message]

"Iman masuk pejabat papa sekarang" - papa

Aku mengeluh. Apa lagilah orang tua ini inginkan? Perlu ke atur hidupnya? Dia sudah besarlah.!

"Iman" - papa

Aku mem'bluetick' papaku. Kalau suruh masuk pejabat mesti tak lain tak bukan pasal pertunangan yang akan berlangsung pada tengah bulan ini.Serabut.

Tapi kaki aku tetap melangkah menuju ke arah pejabat papanya.

"Yes pa?" Aku duduk diatas kerusi berhadapan lelaki itu.

"Esok anak kawan papa akan jemput kamu dirumah. Nak ukur baju tunang"

"Perlu ke tergesa-gesa? Iman baru 20 years old papa. Bagila Iman enjoy dulu" aku menjulingkan mataku keatas.

"Papa taknak kamu terlibat lagi dengan dunia mafia. Kawan papa itu baik. Papa percaya yang kamu akan selamat dengan dia"

"Wait. Kenapa papa tak kahwinkan Hairah saja? Kenapa Iman yang perlu?why?"

"Musuh papa tak minat dan tak kenal Hairah macam mana mereka kenal kamu. They interested with you Iman."

"Apa bezanya? Muka Iman dengan Hairah seiras papa"

"Tapi cara pakaian dan cara kamu bercakap lain kan? Ikut saja cakap papa. Esok kamu tahu."

"If Iman berkeras taknak?" aku menegaskan pendirianku

"Papa takkan bayar gaji orang suruhan kamu. And projek yang kamu buat untuk cari pembunuh mama akan stop serta merta !" Bergema suara papa disegenap bilik itu.

"You know what pa? You are selfish! " aku menghentak mejanya lalu mengangkat kaki pergi dari situ.

"Nak sangat aku keluar dengan anak kawan dia tu kan? Okay Aku buat. Tapi jangan menyesal apa yang dia akan buat dekat lelaki itu nanti." aku tersenyum sinis sendiri. Aku akan rancang strateginya.

Aku terus bergerak ke bengkel rahsiaku. Aku nak tahu details tentang lelaki itu. Malam ini jugak!

Aku jugak perlu cari tahu. Kenapa papa sibuk mahu nikahkan aku?! Aku perlu cari punca dan sebab.

TO BE CONTINUE ;3

MISS MAFIA AND MR BADBOY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang