Tengah sedap layan lane kanan, sekonyong konyong sebuah lori satu tone bagi signal lantas meluru ke kanan. Secara auto gua tekan brek sama hon beberapa kali kerana jarak kereta dan lori tersebut bagai jauh di hati dekat di mata. Lebih berat ke arah mata memandang berat lagi bahu memikul kalau terjadi aksi kissing.
Brader lori masuk lane kiri semula setelah dia memintas sebuah lori lain tadi. Gua pintas semula dan ketika kenderaan kami seakan2 sama, gua toleh ke arah brader lori dengan renungan tajam tanda tak puas hati. Brader lori turut membalas dengan renungan yang takde reaksi. Gua angkat tangan gaya Karam Singh Walia sebelum memecut pergi.
Selang beberapa minit, tiba tiba kedengaran satu hon tipis. Gua toleh kiri dan kelihatan brader lori tadi tunjuk ibu jari tanda bagus ke arah gua sambil tersenyum. Mungkin beliau baru tersedar atas kesilapannya tadi. Sebagai tanda solidariti, gua balas dengan mengangkat tangan tanda brotherhood.
YOU ARE READING
Cerita Gua
Short StoryPertama-tama, suka gua ingatkan di sini, gua salah sa-orang peminat wartawan Mat Gunx. Ini cerita yang sekadar nukilan catatan ringkas kehidupan seharian gua secara runcit-runcit. Justeru, sudi-sudilah singgah dan undilah saya.