Si Garau Yang Ber-skirt

6 0 0
                                    

Demi menyahut saranan gomen agar memperkasa ekonomi rumahtangga, gua tercari-cari peluang menambah side income demi menampung kos sara hidup yang sudah serupa syaitan. Terdahulu, gua pernah acah-acah menggembleng sa-buah syarikat yang dibarisi anak muda gen-Y yang berdedikasi.

Namun, akibat kurangnya ilmu di dada dan sistem ofis yang bercelaru, akhirnya atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, pembubaran dibuat secara besar-besaran. Dan segala-galanya hanya setahun bertahan.

Ertikata lain, syarikat tersebut melingkup. Ertikata lain, bungkus. Ertikata lain, gulung tikar. Dan ertikata lain, syarikat sudah tak mampu untuk membayar gaji pekerja. Jadi, sebulan terhiling-hiling, kondisi gua dapat dihidu satu rakan. Dia rekomen agar kenderaan 4 roda gua dijadikan khidmat membawa penumpang yang takde transport ke destinasi mereka tak kira dimana sahaja waima ke syurga hatta planet Zuhal. Sejurus melalui beberapa prosedur, bermulalah job gua sebagai drebar atas talian separuh masa.

SEBERMULA..

Hari pertama memandu, gua dapat satu 'ping' bernama Junaid bukan nama sebenar namun setibanya di lokasi, kelibatnya tak kelihatan. Gua berdebar takut kena game mengenangkan lokasi hotel yang mengundang syak. Jadi, gua memutuskan call nombor tertera di aplikasi memaklumkan ketibaan gua.

"Hello encik, saya dah sampai di muka pintu hotel encik sekarang."
"Oh..Dah sampai ye. Tunggu kejap. 3 minit saya keluar.." suara Junaid di corong saling tak tumpah seperti Ramli Sarip versi album Teratai. Gua menghela nafas lega dan mula mereka dialog untuk perbualan kami kelak sambil berharap dia peminat tegar muzik rock tempatan mahupun Metallica.

Selang beberapa minit, Junaid muncul melompat masuk ke kokpit. Gua telan air liur melihat dia memakai skirt, berbaju premium dan bergincu di bibir. Naharam. Gua menguntum senyum hambar. Dia mengukir senyum seakan mahukan pelempang. Harapan gua sirna sama sekali bak teratai layu ditasik madu. Arakian adapun gua rasa seakan mahu menghantarnya ke neraka. Sepanjang perjalanan, gua berdoa agar tidak di apa-apakan dengan efek peluh satu badan. Lagu 'Unforgiven - Metallica' yang sedang ke udara perlahan-lahan gua kuatkan volume nya.

*pengsan*

Cerita GuaWhere stories live. Discover now