Syukran

9 0 0
                                    

Gua ke pasar mini beli beras. Sesampai di kaunter ketika gua nak bayar, brader depan gua lambat. Dia sedang bersungguh nak memasukkan barang ke dalam plastik. Tugas ini kalau ikut mata normal, nampak mudah. Dan sebagai manusia biasa, gua jadi angry. Kenapa lama sangat?

"Tolong saya, saya parkinson," antara dengar tak dengar suaranya keluar dari rengkung. Tangannya terketar2 untuk memasukkan barang beliannya ke dalam plastik.

Gua rasa sekonyong2 mahu rebah dengan efek tahiyat akhir dek kerana nikmat yang ada.

Cerita GuaWhere stories live. Discover now